25 December 2013

kecik-kecik dulu...

assalamualaikum...

aku sepatutnya nak tido dah..tapi tadi ada sorang cikgu nih hantar mesej dalam group whatsapp. terus aku tersenyum..eh. eh. betul laaa.. sweet pulak bila fikir-fikir kita dulu macam gitu..hehe.

jom aku kongsikan dengan korang mesej tuh...


~ APA KENANGAN ANDA ZAMAN BUDAK-BUDAK? ~




  1. bukak kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.
  2. naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.
  3. naik basikal, boleh lepas tangan dari ' handle ', rasa hebat.
  4. masa sekolah ada orang bagi Milo free, lepas ambik sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambik sekali lagi.
  5. lukis burung guna huruf ' m '.
  6. lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
  7. masa kecik fikir bentuk hati macam ni... <3
  8. tutup peti ais dengan perlahan sebab nak tengok bila lampu dia mati.
  9. main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi. 1 jam dalam bilik mandi.
  10. fikir dunia kartun memang wujud.
  11. makan singgam. lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.
  12. koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.
  13. susun kusyen dan buat seni binaan.
  14. kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.
  15. lepas habis peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.
  16. beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.
  17. hembus nafas kat cermin pastu tulis ' saya sayang awak '
  18. tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, pastu minum dalam piring.
  19. tak bagi kawan asah pensil di kedua-dua hujung nanti mak mati.
  20. bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.
  21. sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia. tengok samada tanda + atau tanda -. orang cakap kalau tanda - tak boleh minum. terus buang.
  22. susun snek bentuk cincin ( super ring ) pada setiap jari, kemudian makan satu persatu.
  23. tengok garisan kat tapak tangan. kalau bentuk K, bermaksud nanti jadi orang kaya. kalau bentuk M, bermaksud nanti jadi orang miskin.
  24. ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.
  25. kencing dengan yakin sebab rasa dah sampai toilet. rupa-rupanya atas katil.

kelakor pulak bila ingat balik..kebanyakannya aku biasa buat kot.. no 1, 2, 5, 6, 7, 8, 10, 11, 12, 13, 14, 16, 18, 19, 20, 21, 22, 24, 25...hahahahaha. ( gelak guling-guling )

korang pon sama gak kan? ecehhh..tak nak ngaku konon... =P


terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...