12 November 2013

family day @ DESARU

assalamualaikum...

dah hujung-hujung tahun ni biasa la kann..macam-macam program. cuti ritu sekolah aku buat Family Day dekat Damai Beach Resort, Desaru. program 2 hari. Sabtu dan Ahad. tapi aku join sehari jer..sebab malas nak check in. aku dengan member pegi yang hari Ahad punya program.

kena daftar dalam pukul 7.30am sampai pukul 8am. kitaorang bertolak dari Ulu Tiram pukul 7.15am. naik highway Senai - Desaru. kena bayar tol dalam 8 hengget gitu..perjalanan ambik masa 45minit la lebih kurang..


cuaca pagi tu gelap jerk. nak hujan..huhu..


sampai dekat sana, memang dah hujan. tapi renyai-renyai. tak lebat. 

pendaftaran dekat lobi..sibuk bebenor gayanya..

dah daftar dapat lah menda-menda ni sume..jajan 2 paket, dalam beg tu ada souviner yang chomel dan pemplet.

pas daftar tak boleh nak stat aktiviti lagi sebab hujan. diaorang tunggu dulu. sambil tunggu aku pegi jenjalan tepi swimming pool..

yang terer berenang, layak main kat sini..kalau tak pandai, jangan nak cuba-cuba. dalam hokay!

ini haa untuk kekanak..kalau aku nak main pon mungkin kawasan kanak-kanak. sebab aku tak reti berenang. hikhik

walaupun hujan renyai jer, tapi kuyup jugak aku round swimming pool nih. sendiri cari penyakit! -,-'

pastu tengok-tengok diaorang jemput makan pagi dulu. al-maklumla..aktiviti tak boleh nak mula lagi. nasi lemak dan teh panas time hujan..memang terbaekkk! 

Adawiyah...member aku yang paling kamcing dekat SKUT. Adawiyah ni bukan sahaja cantik dan comel tapi baik jugak..tak tipu. 

hadiah cabutan bertuah..memang best la baq hang..cabutan bertuah yang grand habis sebab 3 round dia buat cabutan. ohemgeee!

dah habis makan pon hujan tak stop lagi, terus buat cabutan bertuah yang pertama..

round pertama, Ada dapat set pinggan mangkuk..

aku pulak dapat kipas meja..Alhamdulilah..memang dok doa dapat kipas pon. gembira bukan kepalang la bila dapat. haha

hujan dah berhenti..siap sedia untuk sukaneka..tema merah biru yer..

orang tu join jugak..memang jarang sangat orang tuh nak join aktiviti sukan. ok la..transformasi 1 Manusia 1 Sukan. kahkah

muka teruja tak boleh belah..padahal main baling belon jer pon.. tsskk -,-'

ada 2 kesyukuran selepas tamat game nih. pertama, sebab dapat tempat ketiga. ok la tuu..ada jugak nombor. kesyukuran yang kedua, sebab belon tu bukan pecah dekat aku. heeee

baru main satu game dah pura-pura letih. hangkut air sirap dan pisang berkelah tepi longkang. muahaha

game seterusnya, boling padang. aku tak join sebab dah tau takkan jatuh punya botol tuh. aku tak suka buat keja sia-sia. * pura-pura bermatlamat.

dari kanan : Adawiyah, aku dan Kak Ainul..member baik aku dekat sekolah.

keretapi dadu..ini aku join sebab mudah. hehe. nombor ganjil kena undur, nombor genap kena kedepan..kumpulan aku dapat nombor dua..

habis sukaneka, sambung pulak cabutan bertuah yang kedua.

kali ni aku dapat bekas ais..

Ada pulak dapat cermin..orang tuh nak tangkap gambar Ada ker, gambar sendiri tah..


habis jamuan, terus makan tengahhari...

aku suka sangat nih..rojak Johor..mm, rojak Jawa kot. tah..haha. tapi bahan-bahan dia : tauhu, tempe, timun dan tauge. pastu curahkan kuah kacang.. marvelousss..

nasi campur..Alhamdulilah kenyang..

cabutan yang ketiga, aku dengan Ada tak dapat pon. bukan rezeki...
dalam pukul 2 camtu dah settle sume. pastu boleh buat aktiviti bebas..lepas solat Zohor dekat surau resort, kami berdua jenjalan dekat tepi pantai..

tengok jela gambar-gambar bawah nih..malas dah nak taip. hukhuk













Subhanaallah...cantik sungguh pemandangan kat sini..betul, tak tipu!
tapi, pantai nih tak sesuai untuk mandi manda sebab laut dia dalam..kalau setakat nak ambik angin pantai, okay...

kalau datang Johor, aku suggest korang datang Desaru. memang cantik..^_^


terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...