11 May 2013

untuk dia

assalamualaikum...

bulan ni memang bulan yang speacial bagi cinta hati aku. pertama sebab mothers day jatuh bulan May. kedua sebab mak aku lahir bulan May jugak..jadi sangat berdouble cheese speacial. hukhuk. tapi sila jangan kata aku manusia takde akidah plak sebab sambut mothers day bagai..aku sayang mak aku setiap hari, tapi perkara istimewa datang bukan setiap hari. kalau dah tiap hari itu adalah perkara biasa. tak awesome!

aku memang dah terfikir-fikir nak gantikan handphone mak sebab mak pakai handphone zaman batu. haha. ok..melampau sangat perumpamaan tuh. tapi yala..kan aku dah cerita pada entri ini. mak jenis manusia yang tak kan ganti barang dia selagi boleh pakai. sadiss..handphone yang mak pakai sekarang pon aku beli 5 tahun lepas. sebelum tuh mak pakai Nokia 3310. sampai nazak jugak mak aku pakai. asyik terpadam sendiri. kesian tengok, aku pon beli handphone baru. biasa jer..cuma tambah kamera seketul dan ada radio. tu pon dia syok kemain lagi tau.

so, semalam aku try la ajak mak jenjalan kat Jusco..memula ingat nak suruh mak pilih sendiri. tapi dia taknak ikut la pulak. katanya panas. mak tak larat..ok la..kita pilih sendiri jela.

tadaa..NOKIA ASHA 310..cute tak?? aku pilih handphone ni atas beberapa sebab..

pertama, sebab ini adalah smartphone. walaupon aku tahu mak aku bukannya reti pon nak men FB @ twitter, tapi mana tau lepas ni mak leh terer men FB..(takut gila kalau mak pandai men FB..nanti dia cerita kat orang aku tak basuh pinggan acane??) paling kuat pon aku leh download application we chat, whatsapp, line..leh gak chatting ngan mak masa dia kat dapur, aku kat bilik. haha

kedua, sebab handphone ini adalah dual sim..mak aku pakai dua nombor. satu maxis, satu celcom. susah la kan nak usung 2 3 henset nih. bukan saja menyusahkan, malah berat handbag. jadi, dengan menggunakan handphone nih, ruang di dalam beg mak akan menjadi lebih luas dan selesa gituuu..

ketiga, sebab dalam ni ada segala tok nenek game. mak aku nih hobi dia main game. part nih mak aku moden sikit..haha. kalau mak orang lain hobinya menjahit, berkebun, jaga cucu dan sebagainya. mak aku tak habis-habis dengan game 'toing toing'. jadi lepas ni mak boleh la memupuk minat dengan game dalam handphone pulak yer..boleh men dalam KTM, dalam bas, dalam rumah, dalam ofis..semoga sifat lagha ini tidak parah sehingga mak lupa pada dunia nyata kerana dunia maya. hukhuk

sifat awesome smartphone ini tidak terbatas..tengok..remaja pon nampak style jer pakai handphone nih. dah la style. murah plak tuh. rm330 jer..tak caya? silakan percaya..adik aku yang sorang tu pon dah terjebak beli sekali. habis duit gaji kerja kat Parkson sebulan. haha

apa tunggu lagi..kalau nak beli smartphone tak perlu tunggu duit ada ribu riban dah..rm330 dah lebih daripada mampu. bagi dekat cashier rm350 dapat baki rm20 boleh lepak kedai mamak minum teh tarik , makan roti nan siap boleh connect wifi free guna henset baru lagi..hehe. berbaloi-baloi..^_^


terima kasih buat yang sudi membaca <3


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...