16 May 2013

terima kasih cikgu

assalamualaikum...

baik..entri kali ni ringkas jer. aku nak ucap selamat hari guru dan terima kasih banyak-banyak dekat semua guru-guru yang pernah terbabit di sepanjang perjalanan hidup aku. ewahh! haha. sebenarnya aku nak wish dekat FB, tapi aku nampak ramai gila orang buat status pasal hari guru. aku cam malu pulak nak join. sebabbb....sebab aku tengok suma orang susun ayat cantik jer. sampai ke hati. aku?? confirm la tunggang langgang. baca blog aku dah la..huhu. pastu bila dah ramai-ramai wish, aku macam dah tak larat nak semakkan wall dengan menda sama. nampak macam buat pertandingan ucapan la pulak. kehkehkeh.

jadi, biarlah aku semakkan blog sendiri dengan ucapan basi nih. huhu. sepatutnya wish dari semalam. baru la boleh kata 'selamat'. ini tak..dah betul-betul 'selamat' baru aku terhegeh-hegeh nak wat ucapan..apa kono eh jang? haha. lantak la..@_@

terima kasih yang pertama adalah buat mak ayah. cikgu dekat rumahkan..lepas tu guru tadika Pasti aku dulu. Pasti tu nama apa tah..aku dulu tadika kat kampung. tadika tu pon tak rasmi sangat macam tadika sebab separuh surau, separuh tadika. jadi, aku dah lupa nama tadika sekali dengan nama cikgu pon dah tak ingat. haha. aku macam boleh terbayang-bayang rupa ustazah tu sikit-sikit jer sebab dulu dia akan ambik aku setiap pagi dekat simpang rumah tok dengan basikal. naik basikal dengan ustazah tau pegi tadika. setiap pagi lagi. tapi boleh lupa jugak nama ustazah tu. dasar betul kau ni Naqhiah!! huhu. tapi ustazah, saya nak ucap terima kasih sangat dekat ustazah sebab bukan saja dah ajar A B C & ا ب ت tapi sebab sudi tunggu saya setiap pagi dekat simpang, malah menanggung beban berat badan saya masa naik basikal. sangat kagum dengan ustazah..huhu

lepas tu masuk SK Selayang Jaya..aku paling ingat Cikgu Halimah sebab dia jadi guru kelas aku 2 tahun..pastu baik pulak. belanja aku makan McD lepas hantar aku gi klinik sebab jatuh dekat padang..tau tau jer cikgu saya tengah lapar masa tuh..hehe. terima kasih dekat suma guru-guru SK Selayang Jaya tahun 1995 hingga 1998. tak dapat nak senaraikan nama-nama cikgu yang mengajar sebab otak lembab ni dah lupa. huhu. 

terima kasih kepada guru-guru SK Seri Murni pada tahun 1999 hingga 2000. tahun 2000 memang agak penting sebab kena ambik UPSR kan..terima kasih dekat Cikgu Salmiah dan Cikgu Lim yang bertungkus lumus betulkan otak serong aku nih sampai aku boleh skor matematik dalam UPSR. kalau tak, nak bahagi pon berselirat urat otak ni cari jawapan. tak faham-faham. haha.

SMA Pekan Gurun...aku wujud dekat sekolah ni setahun jer. aku cuma boleh ingat Kak Pah kerani pejabat sebab aku selalu pinjam duit dia. haha. TQ Kak Pah..ada sorang ustazah yang ajar kelas tajwid petang-petang. aku ingat lagi rupa dia. tapi nama tak ingat la..huhu. ustazah ni garang. tapi syok belajar dengan dia sebab faham. terima kasih ya ustazah atas ilmu yang diberi..dan semua guru-guru SMA Pekan Gurun. terima kasih atas segala ilmu yang dicurah..

SMA Yayasan Khairiah 2002 hingga 2006. ramai sangat cikgu dekat sekolah ni yang aku suka. masa ni kan dah besar sikit. pastu lama plak kena duduk kat sekolah ni. paling aku ingat sekali Cikgu Zul. sebab Cikgu Zul yang paling sporting sekali. nak kuar pekan, nak balik kampung cari Cikgu Zul. nak suruh tekan duit, cari Cikgu Zul. nak henset, cari Cikgu Zul jugak. haha. aku dulu simpan henset kat Cikgu Zul. budak KL kononnya..boleh la bawak henset. hehe. thanks Cikgu Zul sebab sudi tengok muka ni tiap hari, tiap minggu. menapak pegi bilik Cikgu Zul dengan macam-macam alasan.

lagi, teringat Ustaz Awie, Ustaz Baha, Ustaz Lah, Cikgu Wan..amboi..suma cikgu laki. nampak sangat aku miang masa sekolah menengah. hahaha.

masuk KUIN..2007 hingga 2011. ini pon kalau aku nak sebut memang harus la aku sebut nama Syeikh ja..kebanyakan Dr dekat KUIN lelaki. kang mula la label aku bukan-bukan. haha. pokoknya..semua yang penah mengajar aku dekat KUIN, terima kasih banyak-banyak. termasuk student yang tolong buat kelas tambahan. korang pon cikgu aku jugak. iyala..sengal sangat nak faham bahasa arab yang Dr dok hujah dalam kelas jela-jela sampai kena pegi kelas tambahan lagi. kalau takde kelas tambahan dari best best student nih, mau parah result aku..huhu 

IPG Kampus Perempuan Melayu..terima kasih buat Cikgu Rosli Badron selaku mentor yang sangat sporting lagi understanding. tak tau nak puji banyak mana lagi dah..ucapan selamat hari guru pon dia yang wish dulu kat aku. apakah?? memang baik sangattttt... punyala caring dengan anak buah dia. masa pegi BIG pon dia dah tak peduli dengan orang lain. jaga kitaorang jer..anyonyo..sweet betul. thanks cikgu..

Cikgu Rosli dan bakal-bakal cikgu...sporting kan mentor kitaorang? macho lagi tauu..haha


buat semua cikgu-cikgu, ustaz ustazah dekat IPGKPM terima kasih banyak-banyak diatas ilmu yang dicurahkan..nak sebut nama tapi macam ramai jer..kita sekali kan jela..yang penting sangat appreciate dengan setiap ilmu dan tunjuk ajar yang kalian berikan.

SK Taman Ehsan..ini adalah sekolah tempat aku mengajar sekarang. sekaligus mengutip ilmu dalam bidang pendidikan ketika masih dalam latihan. tentunya guru besar la orang yang perlu aku ucap terima kasih sebab sudi bagi tunjuk ajar waktu hari pertama aku masuk. dah la caring dengan aku. siap announce dekat meeting yang kami nak cari rumah sewa lagi..haha. memang membantu. seterusnya warga SK Taman Ehsan. baik dari cikgu Jqaf, cikgu Pendidikan Islam sampai la kesemua kategori cikgu. memang tak boleh nak elak bahawa mereka adalah cikgu-cikgu yang baik dan tak kedekut ilmu. bayangkan la dah penat ajar budak sekolah rendah, nak kena ajar budak tua bangka ni lagi..semput tauuu..tapi diaorang relaks jer layan aku. thanks sangat-sangat. memang sweet..hehe.

guru pembimbing aku...baik sangat..jadi, aku telah sediakan hadiah kecik yang tak seberapa buat beliau dengan harapan halal la segala tunjuk ajar..


sebelum aku terlupa..pensyarah pembimbing aku dari IPG Bahasa Melayu, Dr. Murad. baik sangatt..tak kedekut ilmu langsung walaupun pangkat Dr..terima kasih ya Dr..

dan akhir sekali buat semua warga pendidik di Malaysia. kalian la pembentuk masa depan negara dulu, kini dan selamanya..cewahh! kalau boleh aku nak senaraikan semua nama-nama cikgu yang pernah hadir dalam hidup aku. tapi apakan daya. memori aku 8GB jer. dah penuh dengan segala perkara lagha. haha. yang penting doa untuk kalian, tak akan aku lupa. walau dimana pon kalian semua, insyaALLAH aku akan tetap kirimkan doa. semoga Allah akan merahmati dan memberkati jasa baik cikgu dalam mendidik anak bangsa..TERIMA KASIH CIKGU!

sambutan hari guru aku akan update di lain entri..
(kengkonon nak ringkas sangat entri nih..tapi jela-jela jugak.huu..apala..)


terima kasih buat yang sudi membaca <3



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...