19 May 2013

sambutan hari guru SKTE 2013

assalamualaikum...

ini adalah tahun kedua aku sambut hari guru. best! sebab dulu masa kecik-kecik kita yang sibuk nak raikan cikgu, sekarang dah jadi cikgu, kita pulak diraikan..^_^

tapi sambutan tahun ni biasa-biasa ja sebab PPD kuarkan surat pekeliling last minit. sambutan hari guru hanya dibenarkan sambut separuh hari ja. lepas rehat, kami kena mengajar macam biasa..emm, tak sporting la PPD nih..dah la hari guru setahun sekali. itu pon kedekut nak bagi permission..huhu

walaupun begitu, redha jela..'kami yang menurut perintah' kannn..

jadi, secara sederhana je kami sambut..berkumpul dekat dataran, dengar ucapan. ucapan. ucapan. nyanyian lagu. ikrar. bergambar..

penyampaian hadiah..warna tema tahun ni ialah merah..comel tak kak ton? haha

kontra gila kaler tudung aku dengan orang lain.. macam kena nyahh dari situ jer. haha..

malu nak cakap..sebenarnya aku kat sekolah adalah sangat skema. huhu. tak reti nak bergaul  dengan cikgu-cikgu. aku cuma cakap bila perlu jer. masa hari guru ni pon malu jugak sebenarnya nak bergambar-gambar. tapi bila fikir-fikir aku cuma ada 2 minggu jer nak bersama dengan diaorang, aku wat muka tebal, tak malu, nak tangkap gambar. rupanya sporting diaorang nih..hehe.

           
ini best friend aku kat sekolah. sebab kita sama-sama J-Qaf, sama-sama dalam latihan dan sama-sama penah tinggal serumah dulu..ada 7 8 bulan jugak la tinggal serumah. pastu aku dah nyah balik duduk dengan mak. haha. 

habis ja aktiviti kat tapak perhimpunan, pakat-pakat pegi kantin dan melantak sepinggan nasi lemak ayam berempah tajaan kantin sekolah. hehe. dah sengkak sengkak perut tuh, pegi bergambar plak ramai-ramai..aktiviti wajib.

selesai semua, masuk la kami ke kelas masing-masing menjalankan kewajipan. cewahh..

aku kena relief tahun 2 hari tu sebab Cikgu Hasnah kena pegi kursus. bayangkan la betapa sedihnya hari guru tak boleh sambut sebab guru kena hantar pegi kursus..dah takde tarikh lain ker nak hantar orang gi kursus? kenapa 16 Mei? huhu..tumpang sedey nih untuk Cikgu Hasnah..T_T

masuk kelas dengan mood hari guru. jadi takde la aku nak marah-marah sangat bebudak nih. aku tahu diaorang pon takde mood nak belajar. so, oleh kerena kita takde aktiviti mengerat silaturrahim tahun ni, aku wat sendiri aktiviti silaturrahim aku. haha. panggil bebudak kelas nih bergambar dengan aku. kemain seronok lagi diaorang tau...


         
habis gegar-gegar gambar dikerjakan diaorang. aku rasa macam sikit lagi henset aku nak arwah sebab diaorang  berebut. adehhh..sudah cukup sudah. sekali ni jer ustazah bagi muka tau..

kenakalan terserlah yer..memang tau ini budak! haha

diorang ni rupanya diva jugak..selesai jer tangkap gambar dengan aku, nak pulak tangkap gambar sorang-sorang..nasib korang cute..hehe

ini antara cikgu yang dapat mengumpulkan hadiah yang banyak..sebenarnya ramai lagi. tapi takkan aku nak wat paparazi plak snap tak tentu hala. haha. malu la iolls..dah la skema kat sekolah. 

ini pulak hadiah yang aku terima pada hari guru tahun ni..sikit jer..tapi terima kasih banyak-banyak wahai anak murid tersayang sebab sudi jugak nak spend sedikit duit tabung korang beli hadiah kat ustazah. nak nak yang pujuk-pujuk mak ayah beli hadiah. untung la bebudak zaman sekarang, tak susah sangat nak beli hadiah kat cikgu. dulu masa zaman aku budak-budak, takde duit nak beli hadiah kat cikgu, aku sebat jer sabun mandi kat rumah balut bagi kat cikgu. haha. punya la nak bagi hadiah kan...

walaupun sederhana, tapi tetap meninggalkan kenangan manis wat aku..tah la berpeluang lagi ker nak sambut hari guru dekat SKTE..huhu


terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...