9 May 2013

cinta hati

assalamualaikum...

bersempena dengan hari ibu yang bakal menjelang tak lama lagi, marilah bercerita tentang ibu-ibu kita..hoho

biasa orang selalu post tentang kisah menyayat hati seorang ibu yang banyak berjasa, bergolok gadai membesarkan anak tetiba anak dia boleh pulak derhaka. bila anak dah sedar dan insaf, mak pulak meninggal. tak sempat nak mintak maaf..sedih sampai ke tulang sumsum..huwaa!

kisah camni dah masuk ke dalam otak aku sejak zaman tadika lagi. sampai sekarang ni dah kerja masih jugak menggunakan trick yang sama untuk memotivasikan anak-anak. bagus..bagus..tapi kalau tiap kali anak  nak insaf mak meninggal, ahcaner plak tuh?? anak pon takut nak insaf kalau sudahnya mak meninggal..huhu

baiklah..aku tak mau dah kongsi kisah-kisah begitu. aku nak bercerita pasal mak aku. mak aku yang awesome!

MAK YANG COMEL

kalau sume orang cakap Kak Ton comel, mak aku lagi comel daripada Kak Ton. eh?? comel tak Kak Ton?  comelll sangatttt..* mata ke atas tangan kat bahu. hahaha

mak aku putih melepak.pipi dia tembam. kalau senyum ker, gelak ker mata dia mesti hilang. haha. seryes comel bila tengok mak gelak. sebenarnya bila mak tak gelak pon comel. nak nak mak memang suka kerut kening bila berjalan. lawak tau mimik muka dia bila panas ker, bila nak snap gambar ker. macam dia tak tau camne nak control mimik muka sendiri. bila kita tegur dia ' mak napa kerut kening? ' 'mak senyum la sikit..masam ja.' mak mesti jawab, 'hampa ni pantang apa sikit..muka mak camni la.camnu la..biaqla..' sambil tergelak-gelak & wat muka masam. ko bayangkan betapa hebat mak aku sampai 2 mimik muka dia boleh wat sekaligus..haha.

MAK YANG SEDERHANA

mak aku tak pandai shopping barang-barang sendiri. selalu shopping barang rumah jerk. bayangkanla selipar dia dah nazak nak tercabut pon dia leh pikir lagi nak beli ker tak?? dia lebih suka beli makanan sebab dia pikir nanti anak-anak dia sume lapar takde menda nak makan. ishh..sedey la camni..huhu

selalunya mak akan pakai apa yang ada sahaja dan tak minat nak bergaya-gaya. kalau dulu, mak simpul jer tudung dia. takmau pin banyak-banyak sebab rimas. bila aku stat ade duit sikit, aku belila pin kat mak..tapi mak aku boleh tanya ' nak buat apa?? ' ayooo.. lama kelamaan mak dah mula ikut kehendak anak-anak yang nak mak dia nampak comel. mak akan pakai apa saja yang kami bagi. dulu mak tak pakai perfume. tapi bila kami beli perfume baru dia pakai perfume. hehe

adik lelaki aku pon eksited nak mak nampak comel. selalu tanya aku ' abang nak beli baju kat mak..kaler apa yang cantik? ' 'ayong..amir nak bagi hadiah kat mak. nak bagi apa eh? tak pandai beli barang kat orang pompuan.tolong belikan boleh?' anyonyonyo..comel la sume orang sebab eksited nak mak nampak comel. mak penah cerita, adik lelaki aku siap tolong betulkan tudung mak bila tengok mak duduk tak diam. 'mak..tudung dah senget. tak comel. meh betulkan..' hahaha

mak tak pernah mintak-mintak. sebab mak sangat sederhana. kalau tengok gambar mak, dia asyik pakai baju yang sama jer. macam tak tukar-tukar. tapi dia tak sedar..mmm

MAK YANG COOL

orang selalu cakap antara mak ngan ayah, mak mesti kuat bebel. ayah cool jer. tapi mak ayah aku terbalik. mak aku cool..ayah aku yang kuat bebel. haha. mak tak suka marah-marah. mak jenis relaks jer.

dulu masa zaman study kalau kitaorang bagitahu result teruk, mak cuma cakap camni jer ' takpa..ok la tu..' ok?? aku ingat nak kena hentam dengan batang paip dah. rupanya mak aku wat muka selamba takde perasaan. haha. cool gila..

tapi walaupon begitu, tak pulak kami 5beradik ambik kesempatan untuk gagal dalam pelajaran. usaha sebaik mungkin sebab walaupon mak nampak cool, tapi sebenarnya harapan dia menggunung tinggi tau..

MAK YANG BANYAK BERKORBAN

kalau nak cakap pasal korban korban ni, takyah la bayang yang mak aku sanggup gadai tanah kat kampung sebab nak sekolah kan kitaorang. family aku biasa-biasa jer..mana berharta sangat nak men gadai-gadai tanah bagai.haha

tapi pengorbanan dia terlampau banyak dan mungkin lebih besar daripada apa yang kami nampak. penah sekali tu, mak balik Kedah sorang-sorang sebab adik dia sakit. mak nek KTM. sampai Kedah mak datang kat KUIN, nak ajak aku balik kampung sama-sama. lepas habis ziarah, masing-masing nak balik tempat masing-masing. aku balik KUIN, mak nak balik KL.

dalam bas mak tanya aku ' ayong ada duit? ' 'emm,ada rm5 ja..' adehh..sedih tengok purse sendiri kosong. mak bukak purse dia pulak. 'emm, mak ada rm50 ni ja..nah..' masa tu aku nampak purse mak memang ada sekeping tu jer..takkan mak nak bagi kat aku pastu balik KL dengan dompet kosong..' eh? mak ada duit ka? tak payahla..nanti ayong pinjam duit kawan.' hambek kau..muka tak malu nak pinjam-pinjam duit kawan. macamla kawan aku billionare..haha 'takpa..nanti mak tekan duit kat ATM' 'kalau rosak??' 'takpa..ambik ja..pandaila mak' pastu mak terus tekan loceng dan stop dekat perhentian bas. jalan kaki sikit punya jauh stesen KTM. tahu tak waktu tu merambu air mata aku keluar sebab tengok mak jalan terkedek-kedek dengan duit tak ade..camna kalau ATM rosak. sian mak aku...huhu.

sampai rumah sewa aku col mak. risau tau kalau mak aku dok tunggu kat KTM tuh sorang-sorang. ' mak kat mana? dah naik train? ' ' takpon..tiket train dah habis. mak balik besok' 'ha?? pastu sekarang mak dok kat mana?' 'mak dok rumah mak teh..besok takyah pi keja..hehehe' ewahhh..suka plak dia. kita punya risaukan dia. dah la tadi nangis dalam bas sikit punya teruk. habis orang tengok. apahal minah ni nangis kemain lagi macam kena tipu skim cepat kaya..huuu..

MAK YANG CARING

kalau orang cakap aku anak manja, asyik berkepit dengan mak jer, aku tak kisah pon. memang..mengaku jer. aku memang tak boleh kalau mak takde. stat daripada pegi sekolah mak teman, masuk KUIN mak teman, nak keja part tyme pon mak teman, interview pon mak teman, masuk maktab pon mak teman.. pokok pangkalnya mak selalu ada..huhu

penah lepas habis sekolah nak tunggu result STAM, aku dapat keja part tyme dekat kedai serbaneka. hari first mak tolong hantar. siap borak-borak dengan bos lagi bagitahu yang aku takde pengalaman la, tak reti lagi cmne nak handle kedai & blablabla. macam nak masuk sekolah plak kan..aku tak sedar pon tau yang sebenarnya aku pelik daripada orang lain. sampai la satu hari ni ada member aku tanya, 'naqhiah, ko dah ade pakwe?' tak sempat aku jawab, sorang member aku menyampuk..'dia mana ada pakwe. anak mak..datang keja pon mak hantar. balik keja pon mak ambik.hahaha' kuang asam!! ko ejek aku eh..ape salahnya jadi anak mak?? membara tau orang ejek gitu..aku bangga dengan mak aku. peduli la orang nak kata apa. =P

memang sampai sekarang pon aku tak peduli. hari first nak masuk SK Taman Ehsan tempat aku ngajar sekarang ni pon mak aku tolong teman. tapi tak la teman sampai meja guru. depan pagar jer pon.. korang jangan ingat mak aku suka mengongkong. takkk..dia cuma datang dan teman sambil tengok-tengok gitu jer. tak penah complain complain. dia cuma nak tengok jer.sikit pon tak kacau. adik aku yang lain pon dia wat gitu. keja kat Parkson dia tengok, praktikal dekat farmasi dia pegi tengok. sebenarnya bila dia datang tengok, macam ada satu semangat yang datang tau. kurang-kurang dalam hati akan kata 'mak dah tengok tempat aku keja.' 'mak dah tengok tempat aku study' best gilaaa..

MAK ADALAH BEST FRIEND

mak adalah pendengar terbaik bagi anak-anak. ko borak la pasal apa pon..dia layan jer. kadang-kadang tyme dia letih pon dia masih gak layan. contohnya macam adik bongsu aku. dia tak pandai nak borak dengan kami kakak kakak & abang abang dia. selalu dengan kami dia diam jer. tak reti nak cakap apa-apa. tapi bila borak dengan mak, segala tok nenek dia cerita. nama kengkawan dia habis dia sebut. mak aku layan jer sambil gelak-gelak. macam paham sangat kann. padahal nama-nama yang adik aku sebut tu dia tak kenal pon.

memang pendengar yang baik. kalau aku, adik aku borak sebut nama kawan-kawan dia yang takde kena mengena dengan hidup aku, aku tarik selimut, tido..haha.

MAK YANG SPORTING

mak langsung tak penah sekat apa yang kami nak buat. apa saja yang kami suka, redahkan jela..mak tak penah letakkan peraturan pada anak-anak dia. jangan buat itu, jangan buat ini. mesti buat itu, mesti buat ini. langsung takde..kalau kat rumah pon, mak tak penah marah-marah cakap anak dara kena cam gini cam gitu. kalau kami tak tolong dia pon, dia tak penah paksa 'meh tolong mak ni! apa nak jadi ni? malas! mak dah penat buat itu, buat ini..' oh no no no! jauh sekali perwatakan begitu pada mak aku. mak aku memang manusia paling cool di abad ini. aku pon jeles dengan sifat mak yang satu nih. asal aku tak leh jadi gitu? aku asyik-asyik nak marah. apahal la kan..

apa saja yang kami mintak dekat mak, mudah-mudah jer dapat izin. mak selalu percaya dengan kami. mana pon nak pergi mak tak kisah asalkan mak tahu mana anak mak nak pergi. walaupon kengkadang berlaku keterlampauan batas disitu bila anak-anak balik lepas maghrib. huhu. tapi mak tak bising. mak tanya elok-elok. yang tukang emo sape?? naqhiah la..bebel tiba-tiba macam dia punya kuasa. haha. aku tukang lepaskan perasaan mak sebab aku tahu mak selalu pendam. *ayat cover

LOVE MAK FOREVER & EVER..

kalau aku nak cerita setiap satu keistimewaan cinta hati aku ni, mungkin aku leh wat novel 25 siri. seiring dengan usia aku.haha. manakan tak, aku hidup di bawah kasih sayang & didikan mak selama 25 tahun. ingat mampu ker sebuah entri menceritakan semua keistimewaan insan bernama NADZIFAH BT AB RAHMAN ni. tak mampu..malah kalau mintak aku balas kasih sayang dan pengorbanan mak tu pon mungkin jauh sangat kemampuan diri ni. sebab ikhlasnya mak, tak boleh nak dibandingkan dengan segala apa yang ada dalam dunia.

dan apa yang perlu kita ingat, biar setinggi manapun kita berdiri, sejauh manapun kita melangkah, insan ini la yang paling banyak berjasa. kalau kau lupa, lihatla pada dirinya..pada dirinya masih berbekas parut ketika melahirkan kita. rela perut ditoreh dan putus urat demi kita. alangkah zalim kalau kita lupa semua tuh..

aku berharap, walaupon mungkin aku dan adik-adik tidak dapat menghimpunkan harta yang banyak untuk beri pada mak aku, tapi kami takkan lupa pada jasa mak. sebab mak la tulang belakang kami. tanpa mak, mana mampu anak-anak mak jadi awesome sebegini..eh?? sedey plak wat pengakuan begini..huhu


mak..love u forever & ever..L.O.V.E.L.O.V.E.L.O.V.E.L.O.V.E. mak 150 juta kali...

selamat hari ibu semua..hargai la ibu anda yer..^_^


terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...