23 May 2013

berakhir sudah...

assalamualaikum...

pejam celik pejam celik dah habis setahun setengah. cepat betul masa berlalu. rasa macam baru semalam jer pegi amek surat dekat JPN dan pegi SKTE. hari ni dah kena kemas meja sebab dah tamat latihan dekat SKTE. huhu.


orang perempuan kalau dia kata nak kemas tuh memang betul la dia kemas. barang atas meja aku boleh penuh dalam kereta. belum tengok aku hangkut barang pegi asrama lagi. memang azab nak tutup pintu. haha


hari ni sekolah aku ade wat sedikit jamuan. plan nak wat jamuan tuh memang dah lama pon. katanya sempena hari guru. so, aku macam biasa jala. tinggal simpan perut nak makan. haha. tapi, tengok-tengok boleh pulak pengerusi jemput untuk bagi sepatah dua kata. adehhh..lemah betul!

tapi dalam pada lemah-lemah tu, aku bagi la sepatah dua kata. memang betul-betul sepatah dua kata baq hang. aku ucap terima kasih dan mintak maaf jer. haha. aku pon tak tau diaorang faham ker tak apa benda aku merepek kat depan tu..aku sendiri pon tak faham, diaorang mungkin berkali ganda tak faham. nak-nak kat depan mata dah terbentang nasi arab..memang harus la nak dengar aku merepek kannn..


thanks sangat-sangat atas cenderahati yang sweet nih. aku bayar duit BKGS sikit jer pon..tapi diaorang tak berkira pon nak beli hadiah kat kitaorang. murah hati betul la..

frame tuh memang sweet sangatttt...kat depan surah Yaasin..tapi kat belakang ada picture hari guru tahun ni. walaupun tak berwarna, tetap rasa sweet sebab kenangan abadi kot. boleh la tenung-tenung diwaktu sengang. hikhik

ntah la sebenarnya bakal berjodoh dengan SKTE lagi ataupun akan ditempatkan di sekolah lain. walaupun tak berapa pasti, tapi aku bersedia jala macam dah kena hantar kat tempat lain. mintak maaf, mintak halal dan ucap terima kasih dekat semua.

sebelum balik, bersalam dengan cikgu-cikgu dan staf-staf SKTE..cleaner pon aku mintak maaf sekali. tapi dah terlupa pulak nak pegi kantin mintak maaf. sebab hari ni aku memang terlupa nak makan. jadi terlupa jugak la dengan warga kantin. apala..melantak nasi bukan main sedap. tapi tak reti nak pegi ucap terima kasih dan mintak maaf. huhu. dah terlupaaa..melayu kan mudah lupa..=P

walaupun sedih sangat nak ucap selamat tinggal bagai, tapi masih nak maintain macho. budak menangis dalam kelas pon aku relaks jer. tapi tyme nak balik tuh, stat enjin, bukak radio, tetiba boleh pulak kan radio tu main lagu perpisahan. ngada-ngada sangat radio nih. terus tutup radio. biarkan sunyi sepi. petang tadi pulak bukak Upin Ipin, cerita pasal Cikgu Jasmin nak pindah. adoiii...pergolakan emosi melampau. dah tak pasal-pasal feeling sedih lak tengok Upin Ipin. huhu. memang tau radio ngan tv hari ni..saja ja nak bagi aku nangis. haha

apa pon aku memang seronok berada di SKTE sepanjang setahun setengah ni. harap dapat posting dekat situ lagi. tapi kalau tak dapat pon nak wat camna kan..doa jela yang baik-baik..^_^

mood : relakan jiwa *tetiba sangat...


terima kasih buat yang sudi membaca <3


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...