10 April 2013

memandang lautan juga pahala

assalamualaikum...

sejak aku kena stay dekat Selangor, kepala aku selalu kusut. bukan kusut sebab keja yang belambak-lambak, tapi kusut dengan keadaan dekat sini. kereta banyak, masuk shopping mall pon ramai manusia. semua yang kita nak buat selalu stuck. mesti akan ambik masa yang lama. sebab tula hari kerja, aku kena bangun pagi pukul 5. pkl 6 dah bertolak pegi sekolah. kalau lambat sikit, azab la nak bersesak dengan manusia dekat jalan. silap-silap punch card merah terus. bukan silap-silap dah sebenarnya. aku dah catat rekod 2 kali merah dah awal tahun hari tu. kihkih

so, bila balik kampung memang suka benar aku nih. walaupun sekarang nih kampung dah tak macam kampung sangat sebab banyak gak kereta di sana sini, tapi kat kampung ada laut..hihi. kalau kampung belah ayah, kitaorang boleh pergi dekat Teluk Batik. kalau kampung belah emak, kitaorang boleh pegi dekat Tanjung Dawai. awesome la mak ayah aku punya kampung. macammana jodoh mereka strategik dengan laut?? * ko dah kenapa Naqhiah? macam takde kena mengena jer..


ini dekat Teluk Batik..dah besar-besar nih takde sape nak tenggelam dalam laut. dah segan. so,kitaorang lepak-lepak dan posing sambil bajet macam Ombak Rindu jela tepi pantai.

 
yang dua orang tengah berdiri tu betul la bajet macam Ombak Rindu...yang duduk tu mungkin rasa diri sangat tak sesuai untuk di Ombak kan..haha


yang nih sibuk main ombak..haishhh..dah kenapa aku nih dari tadi ombak ombak. pening pulak taip ombak banyak kali. haha


dulu diaorang nih aku jaga dari besar tapak tangan sampai sekarang tapak tangan diaorang lagi besar dari aku. haha. bajet kakak mithali boleh aku nih..padahalllll..mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu. mihmihmih!


ini adik no 2 dan no 3..muka diaorang yang matang menyebabkan sume orang confius..aku dah tetiba jadi adik no 3 pulak sebab diaorang dah ambik alih takhta sulong aku tanpa disengaja. * tapi aku suka ja bajet macam adik kecik. ^_^


adik no 4 pon boleh tinggi daripada aku..apahal la diaorang nih. rasanya minum susu ibu yang sama. kenapa aku tak leh jadi tinggi macam diaorang. tetiba aku jadi kemetot dalam keluarga sendiri. huhu


ok..ini masa kat Tanjung Dawai. tengah hari terik pegi tengok pantai. agak tak sesuai la jugak..tapi sebab ayah aku suka makan ikan bakar dekat sini jadi kitaorang terus lepak tengok laut lepas habis makan. walaupun panas terik, tapi angin pantai kuat. so, tak terasa bahang pon..


daripada Aisyah ( R.A ) bahawa Rasulullah (SAW) bersabda : " melihat kepada 3 perkara adalah ibadah. melihat wajah ibu bapa, melihat Al-Quran dan melihat lautan. " - riwayat Abu Nuaim dan ditambah dengan " melihat kaabah ". ( riwayat Abu Daud )


untung la orang yang rumah dia dekat dengan pantai..untung la...-,-


terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...