18 April 2013

tips menutup aurat

assalamualaikum...

sedar tak yang sekarang nih lebih ramai perempuan memilih untuk bertudung daripada tak bertudung? artis-artis pon dah mula berubah untuk bertudung.. Alhamdulilah...sangat seronok melihat perkembangan ini berlaku. memang banyak sangat beza kalau nak bandingkan dengan zaman mak-mak kita dulu. tengok jerk cerita P.Ramlee sebagai contoh. mana ada pompuan pakai tudung. pakai selendang jerk. dah tu pakai dengan kebaya ketat, sendat dan melekat. seksi angattt. hoho

zaman sekarang walaupun masih ada yang seksi tapi peratus perempuan pakai tudung lebih ramai. jadi, untuk entri kali ni, aku bawakan tips menutup aurat. sebab...bertudung tak semestinya menutup aurat. menutup aurat juga tak semestinya bertudung. banyak aspek yang kita kena pandang. tambah-tambah sekarang ramai anggap pemakaian tudung tuh hanya sebagai trend. kalau tak pakai tudung maknanya tak trend..ini yang kita taknak..rugiii..rugiii..

kena faham konsep menutup aurat. dan jangan jadi manusia yang melakukan sesuatu dengan sia-sia. 


cantiknyeww kak CT.. ecehhh..tetiba panggil kak CT macam la CT nih jiran sebelah rumah nak bajet panggilan manjee..kehkeh!


TIPS MENUTUP AURAT


TAHU - pertama sekali kita kena ada ILMU. penting bagi seorang muslimah tahu tentang batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram siapa ajnabi, hukum hakam aurat dan lain-lain.

SEDAR - soal halal dan haram adalah perkara besar. jadi sila la tunaikan tuntutan syariah sesempurna yang mungkin. jangan buat sambil lewa dan acuh tak acuh.

SYIAR - wanita muslimah dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat. bila kita menutup aurat, kita seolah-olah sedang membawa nama Islam bersama. jadi, pastikanlah nama baik Islam itu terjaga seperti mana kita menjaga diri kita.

CERMIN - sebelum keluar dari rumah, cuba tengok cermin dan tanya, " wahai cermin, siapakah yang paling cantik dalam rumah ini?? " ehh..silap.silap. hehe. ini soalan sepatutnya " wahai cermin, adakah aku memakai pakaian menutup aurat? " haa..gituu

ASINGKAN - bukak almari dan godek-godek baju korang..yang mana sesuai pakai kat luar dan yang mana sesuai untuk dipakai didalam rumah untuk tatapan diri sendiri dan mahram.

MALU - orang perempuan yang tak biasa dedahkan aurat depan lelaki ajnabi akan rasa malu, takut, gelisah walaupun dia cuma sekadar bermimpi tak bertudung.

SAHABAT - cuba berkawan dengan wanita solehah untuk mendapatkan aura. insyaALLAH..bersahabat dengan orang yang baik dapat menguatkan pendirian dan langkah seseorang berubah menjadi lebih baik.

EKSKLUSIF - kecantikan seorang wanita hanyalah eksklusif milik dirinya sendiri dan si suami. jadi, tak payah tayang aurat awak secara percuma kalau si suami pon kena bayar mahar untuk memiliki awak.

MANFAAT - bila menutup aurat, perempuan itu sudah memiliki satu penghormatan yang mana penghormatan itulah yang menjaga kita. tak ada lelaki yang sibuk-sibuk nak kacau ataupun meliar matanya melihat kita.

* kesemua tips ini aku ambik daripada majalah SOLUSI. tapi aku olah mengikut gaya bahasa aku supaya lebih santai. apa ingat Naqhiah pandai sangat nak wat tips bagai? haha. diri sendiri pon masih jahil dan sedang belajar. jadi marilah kita berkongsi tips ini untuk sama-sama belajar dan berubah. pesanan untuk diri sendiri dan korang yang baca entry ini...


terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...