1 April 2013

april fool!!

assalamualaikum...

budak 1 : oit! tengok tu! ade ape kat kasut kau??
budak 2 : ha?? ape? ape? (sambil tengok kasut dengan cemas)
budak 1 : APRIL FOOL!!! hahahaha

hari ini adalah tanggal 1 April. rasanya sume orang dah tahu ape tuh April Fool. hari 'mempermainkan' orang. tipu sana, tipu sini, tipu kanan, tipu kiri..ha..dah macam jampi serapah dah..tsskk.

ok..tipu la kan kalau aku cakap aku tak terjebak dengan menda alah nih. penah la jugak terjebak masa kat sekolah menengah dulu. zaman sekolah..biasa la. otak tak berapa nak centre. asyik-asyik nak cuba itu, ini. pekena orang tu dah macam hobi. aiseyhh..jahatnyeww la diri ini. hukhuk

tapi aku rasa cam tak la teruk sangat. kitaorang cuma sapu kapur kasut dekat muka roommate yang tengah nyenyak tidor jerk..hahaha. ade jugak sumbat bihun goreng lebihan dari koperasi masa tengah tidor. bila nampak muka diorang yang tengah tidor tu jilat-jilat bihun tanpa sedar, rasa macam geli hati yang amat. gelak guling-guling 360 darjah.. ya Allah..teruk betul perangai.

ha..tapi bukan aku jer wat kat orang. ade gak diaorang buat kat aku. penah sekali tuh aku tidor dekat katil lain sebab sayang nak tidor atas katil sendiri dek kerana malas nak tarik cadar, sekali bangun pagi aku tengok ade taik atas katil aku. what?? dah la besar..tak macam taik kucing pon..aku dah macam nak nangis. cmna nak cuci nih?? geli kowt..huhu. tengok-tengok adik bilik aku selamba ja pegi ambik taik tuh dengan tangan. cis!! toys rupanya..aku ingat taik betul..huhu

masa tu permainan ala-ala macam real tu sikit punya femes kat asrama. memang benda daebak la nak kenakan orang. walaupun aku tahu permainan tu wujud tapi kenapa tah otak sikit punya lembab nak fikir bila diri dikenakan manusia lain. langsung tak cool.. 

ada sekali nih datang sorang member dekat aku dan geng lepas habis kuliah maghrib. 

" wei! hampa tau dak. Ustaz Baha lempang orang sampai terkeluaq hidung! "
" ha?? hang betoi sikit! hidung nih bukannya tempek pakai soletep nak tekeluaq sesuka hati "
" betoi...Ustaz Baha kan jenis baca doa. kalau dia buat orang mesti teruk punya "

okay...dah macam terpengaruh sikit..emm,sebenarnya tak sikit..banyak kot. sebab kitaorang terus menonong  pegi kat dataran dengan telekung tak bukak lagi sebab nak tengok hidung yang kononnya dah terkeluar kena pelempang Ustaz Baha. bila tengok dekat dekat hidung tuh, confirm-confirm la plastik.. kuang asam betul! terkena lagi! haishh...

tapi itu dulu la..zaman sekolah. aku pon ikut jerk kawan-kawan. budak tak matang katakan..sekarang dah tobat. nak sebut April Fool pon jauh sekali okay..

jom check it out sikit hukum April Fool..



sambutan April Fool dilarang oleh 4 sebab :

  1. larangan menipu yang sudah termaktub didalam Al-Quran & Sunnah
  2. kesedihan & ketakutan yang tak berasas ( disebabkan penipuan ) yang mungkin boleh menimpa seseorang dan kesemua ahli keluarganya walaupun dalam tempoh satu jam
  3. pengkianatan diatas kepercayaan yang diberikan
  4. meniru budaya buruk yang bukan milik kita iaitu penipuan

Sheikh Shalih Fauzan menyatakan :

penipuan adalah tidak dibenarkan langsung pada bila-bila masa sahaja. bahkan adalah tidak dibenarkan meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka samaada pada hari April Fool ataupun pada hari yang lain-lain. 

Rasulullah S.A.W bersabda : " Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka. "


Allah Hu Akhbar..diri sendiri yang tulis entri nih pon dah rasa seram sejuk sebab penah terjebak dengan menda alah nih..tapi sumpah takmo dah main cam gitu. huhu. insaf..insaf..T_T



terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...