25 March 2013

dunia praktikum

assalamualaikum...

lama pulak rasanya tak update blog. serius tak sempat. kalau aku bukak blog pon sebab aku nak baca komen daripada readers yang mintak aku sent emel pasal panduan bercerita MTQ. lepas settle aku sent emel, aku akan terus pangkah dan keluar dari blog laju-laju. malas aku nak lagha lama-lama dekat blog sebab aku nih kalau update satu entry pon dah makan 1 hingga 2 jam. cis! sungguh lembab otak aku nak susun ayat. tu pon terhingin nak berblog. booo naqhiah booo...

kali ni walaupon sebenarnya dalam mood cuti sekolah, tapi takde la cuti sangat. kena usung laptop dan printer balik kampung sebab esemen tak siap lagi. sadiss.. jurnal 4 minggu tak siap. SPPBS pon aku tak isi lagi. ayoyo! manyaknyeww keje.. tapi masih lagi nak lagha dekat sana sini. hei! aku manusia tahu. kemalasan itu adalah satu sifat normal bagi seoarang manusia. sila simpati dengan aku sekarang. *duckface 

itu hari ada sorang kawan aku tinggalkan komen dekat CBOX mintak share pasal praktikum. so, ini hari aku rajin nak story mory dekat korang azab budak praktikum. hanya mereka yang sewaktu dengannya sahaja tahu camna terkejar-kejarnya menjadi seorang student praktikum. biasa..yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. cewahh!



ini adalah diari budak praktikum..ko suke ker, ko tak suke ker, ko kena tulis jugak! wajib! aku memang tak suke..tapi oleh kerana dah lama berchenta dengan dengan RPH nih, sabor jela..hoho. nampak tak nama pensyarah penyelia aku tepek jer dengan soletep? ha..itu kerana pensyarah aku lambat timbul. 3 minggu stat praktikum aku leh relaks tak tahu sape penyarah yang observe. buku dah balut awal. bila pensyarah timbul, aku dah malas nak bukak-bukak. tepek jela..hikhik. seb bek pensyarah aku sporting habis. relaks jer tengok aku pnya buku RPH yang selekeh. haha


pssttt..ini adalah buku RPH puaka tau..cer korang tinggalkan satu hari tak tulis RPH pastu pensyarah datang ataupon PPD datang check. dah confirm-confirm kena buang kerja. huuuu. aku kena tulis 2 buah RPH. satu RPH sekolah, satu RPH maktab. RPH sekolah okay sikit sebab pendek-pendek jer isinye. RPH maktab sikit punya panjang baq hang. satu kelas makan 4helai muka surat. terbaek punya plan..hoho. siap melukis, menempek semua cukup dalam RPH nih. cemuih cheq!

pastu budak praktikum kena selalu wat BBM. WAJIB okay..tak boleh tak buat. moh ler ker link di bawah ini untuk usya BBM yang aku buat.



mohon sangat jangan ada yang keji dan caci hasil kerja aku yang tak seberapa. aku sedar aku memang bukan manusia kreatif lagi inovatif..sobsob.



ini dia teman sejati tyme aku wat kerja. harus berada disisi. losyen mustajab dan mints..aku selalu sakit badan sejak kena bergelut dengan masa. harus sapu setiap malam. sadisss..macam orang tua.huhu. mint pulak aku sumbat dalam mulut sambil buat kerja sebab aku. cepat. mengantuk. kalau. terlalu. letih. Zzzzz..telan mints banyak-banyak sampai siap kerja. 

~ portfolio pon adalah bahan wajib siap bagi budak praktikum. tapi aku malas nak bahaskan sebab aku punya portfolio pon tak lengkap lagi..k la. dah cukup-cukup tu lagha. sambung wat kerja balik..-,-'

terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...