25 April 2013

kerana Naqiah Khalida..

assalamualaikum...

wahhh..class tajuk entry kali ni. macam tajuk drama petang-petang kat TV3 slot Akasia. wahaha.

nama aku Naqhiah. takde Nur ataupun Siti di depan nama aku. Naqhiah semata-mata. ramai member lama aku tanya. kenapa tetiba nama aku jadi Naqhiah Khalida. sejak kapan?? hewhew

kawan : kenapa letak nama Naqhiah Khalida?
aku      : apa yang tak kena dengan nama Naqhiah Khalida?
kawan : nama pakwe eh?
aku      : camna plak leh jadi nama pakwe? kan Khalida..
kawan : mana tahu..kot-kot pakwe nama Khalid. nak cover jadi la Khalida..hehe
aku      : huh??

apa muka aku miang sangat ker nak gabung gabung nama dengan pakwe sedemikian rupa. geli angatttt kot..huhu

ini pula perbualan ketika ber 'we chat' dengan member lama

kawan 2  : Khalida? bila nama hang ada Khalida..aku tak tau pon sebelum nih..
aku          : nama manja la..( manja sangat..*mata ke atas )
kawan 2  : hang dah kawin?
aku          : belum
kawan 2 : ingatkan Khalida tuh nama anak hang.
aku         : mmm...

bukan-bukan jerk orang fikir pasal nama Khalida tuh..hehe

meh nak story sikit pasal nama aku..dulu masa zaman budak-budak aka zaman sekolah, aku tak suka gila dengan nama aku. aku selalu tanya mak, kenapa nama ayong Naqhiah? kenapa bukan Nabila ke Nazirah ke ape-ape Na jela sebab mak aku letak nama anak perempuan mula dengan 'Na'..ikut nama mak Nadzifah..mak aku jawab, kan bagus nama Naqhiah. maknanya suci bersih..kenapa pulak tak suka??

aku tak suka sebab kawan-kawan suka ejek nama aku. ade yang panggil aku Nokia,Cokia. cis! berani-beraninya mereka samakan nama aku dengan brand handphone! ade jugak panggil aku Kiah..dah la panggil Kiah, pastu tambah-tambah plak tu kat belakang. Kiah Petai. Kiah Toto, Kiah Rock..eeee..benci! benci! dah la tak ramai orang nama Naqhiah. huhu. waktu tuh memang rasa rendah diri sangat nak sebut nama sendiri. macam nak tukar nama jerk.

sampai la satu hari ni aku dapat tahu ada satu novel keluar menggunakan nama aku. tajuk dia 'Naqiah Khalida.' wahhh..excited melampau. tak penah terfikir pulak yang nama Naqiah boleh di comercial kan.haha. jadi aku laju-laju pegi beli novel tuh. waktu tuh aku tak minat pon baca novel. aku tak penah beli novel. tapi oleh kerana aku over..nampak ja tajuk dia pakai nama aku, terus aku pegi beli dan baca. poyo habis budak nih..huhu. Naqiah Khalida adalah novel pertama yang aku beli. sebelum nih kalau aku nak baca novel aku pinjam jerk. haha.

lepas baca novel tuh, aku terus pakai nama Naqhiah Khalida pada semua laman sosial yang aku ada. Friendster, Myspace, Facebook, Blog, Emel..dengan serta merta aku terasa nama Naqhiah dah jadi sweet. kehkeh. terus tak rasa malu. malah berbangga pulak sebab nama aku unik. (kenapa macam dah berbau takbur disitu?? Astaghfirullah...hukhuk)




ini dia novel Naqiah Khalida..dah konyok-konyok pon. aku khatam 2 kali baca novel nih. see?? over tak over aku nih? baca buku lain tak penah habis. baca novel yang guna nama aku 2 kali aku ulang. haha. feeling sangat bahawa aku la heroin dalam novel nih. bhaha.

baik...aku nih jarang jugak nak bukak blog belek-belek. kadang-kadang tak sedar ada readers komen dekat entry. tapi tetiba aku perasan ada komen pada entri edisi pengenalan : Naqhiah Khalida..



DIYA NORDIN?? tahukah siapa ini?? penulis novel Naqiah Khalida..waaaa! lompat bintang tiba-tiba. haha.

for sure Diya Nordin datang jenguk ke sini kerana nama blog aku yang telah menggunakan nama novel beliau. aku sangat terharu sebab Diya sudi datang ke blog aku yang daif nih..terima kasih banyak-banyak. oleh kerana novel Diya la aku dah rasa yakin dengan nama aku. hewhew.

kalau korang nampak novel Naqiah Khalida di kedai-kedai, boleh la rembat laju-laju. novel nih bukan la novel jiwang karat. konsep dia lebih kepada Islamik. kisah percintaan pon mengikut saluran agama yang betul..dan waktu baca tuh boleh la korang imagine wajah ini sebagai heroin ~~~~>


tapi...mungkin akan berlaku percanggahan imaginasi. sebab watak yang digambarkan dalam novel adalah ayu dan sopan santun. aku takdela ayu sangat..aku cuma comel dan cute jerk. bhaha. (sila muntah jika perlu).


DIYA NORDIN ada blog tau..jom follow beliau untuk support karya-karya beliau yang superb!



terima kasih buat yang sudi membaca <3

2 comments:

  1. I used to have a same thought; kenapa emak dan ayah saya namakan saya nama yang saya miliki sekarang.

    Tapi dari nama tu; saya miliki nama pena saya.
    Never underestimate what you have Naqi. Allah knows better :)

    Saya enjoy baca blog Naqi.
    Anyway; tq promotekan link blog tu :)
    Dah lama saya tak updates blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis.. terima kasih atas komen. really appreciate coz u sudi dtg kat blog ni for a second time. dah terasa malu pulak sbb banyak mengarut. huhu.

      u right sis. Allah knows better. lagipon masa kecik-kecik dulu, selalu sangat fikir benda yang remeh. pasal nama pon over benau. tapi, itula yang membuatkan kita belajar menerima diri kita hari ini.

      thanks for coming sis. i iz terharuuuu.. sobsob

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...