12 November 2012

edisi pengenalan : siapa naqhiah khalida?



assalamualaikum...

hari Selasa yang biasa-biasa saja..tak ada planning untuk kemana-mana hari ni melainkan menyambut depavali di rumah.hahaha.apa kena-mengena aku nak sambut depavali..aku langsung takda darah campuran India mahupun Pakistan.(pakistan tu dah salah bual.bhaha) siaran tv hari ni confirm akan tayang segala macam cerita tamil mahupun hindustan..bertambah-tambah bosan an..

entri ini tercipta kerana sudah tidak tahu apa nak tulis dalam blog.
* menulis dalam keadaan perasan seperti di interview krew 'nasi lemak kopi o' (sila muntah sekarang)

nama aku :
Naqhiah bt Mohd Termizi

so,Khalida tu siapa? Naqhiah Khalida kan..:
ahaks! Naqhiah memang nama aku.Khalida tu aku pinjam sebab aku merasa teruja bila satu hari tu aku ternampak sebuah novel yang bertajuk 'Naqiah Khalida'.dengan laju-laju aku telah membeli novel tersebut dan secara tidak langsung aku telah menggunakan nama Naqhiah Khalida dekat FB,blog,email,friendster & myspace(dah pupus).

biasa orang panggil apa? :
orang panggil aku kiah jer..sempoi an? tapi jangan sama sekali menyamakan aku dengan kiah propa dalam rancangan galaksi tu.aku tak rela okay? aku bukanla seorang yang propa dan tak gelak macam dia ituuu..hukhuk.kalau kat rumah @ dikalangan sedara-mara,diaorang panggil ayong jer.comel an? =P

tinggal kat mana? :
soalan ni kan kalau yang bertanya pada aku face to face,mesti ada yang buat muka tak percaya.aku tinggal kat Rawang bermula awal tahun 2012.sebelum ni aku tinggal dekat Selayang.aku ni anak jati Selangor la kira.tapi oleh kerana aku belajar dekat Kedah selama hampir 10 tahun bermula form 1,ramai yang ingat aku ni orang Kedah.sebab loghat Kedah aku pon pekat,maka kekeliruan pon berlaku.tapi takpe.aku ngaku je sebab Kedah tu kampung aku.

berapa adik beradik dan anak keberapa? :
aku ada 5 adik beradik.3 perempuan 2 lelaki..aku anak sulong.itu sebab aku dipanggil ayong.

makanan/minuman favourite :
aku ni jenis bangsa yang tolak kayu dan batu jer..yang lain suma aku makan.kalau air plak,aku tak suka milo dan susu.bukan susu pekat manis.susu pekat manis aku orait jer.susu tepung aka susu lembu,kambing,unta dan sebagainya tu yang aku tak suka.sebab apa? sebab aku tak boleh telan.busuk! milo pulak sebab dulu masa aku kecik-kecik bila adik beradik aku minum milo,selalu tumpah atas karpet.dah tu bau milo tumpah tu semerbak melekat kedalam ingatan aku sampai sekarang.dengan sebab tu aku rasa geli nak minum milo.

apa aktiviti yang selalu dibuat bila free? :
aku suka baca novel.tapi novel tu aku pilih-pilih gak la..jiwang karat aku tak layan sangat.sebab feel aku tak sampai.huhu.aku suka baca novel Ramli Awang Murshid dan Hlovate.sebenarnya tak excited sangat.ikut mood aku jer.cuma boleh aku katakan kalau tulisan 2 penulis ni sampai gak la feel aku.walaupon Ramli tu suka mengarut dan imagine luar alam,tapi aku suka jugak.haha.selain daripada tu,aku on9..tapi aku tak suka on chat sebab aku suka skodeng page orang.(buruk betul perangai) kalau sensiang aku dah takda keja sangat,aku akan kuar jenjalan dan semakkan jalan dekat Rawang.faktor jem dekat Rawang sebab aku la..makhluk penyemak!

cita-cita? :
perlu ka tanya ape cita-cita aku? emm..aku sebenarnya lebih suka verangan dari bercita-cita.(sila mengata aku sekarang.manusia tidak ada wawasan.huh!) okayla..kalau masa aku kecik dulu kalau cikgu tanya, Naqhiah apa cita-cita awak? aku akan jawab,saya nak jadi cikgu.cikgu pon senyum kambing..yes! dia telah berjaya membawa anak murid bercita-cita menjadi seperti dia.dan sebenarnya aku tipu.wink.wink.aku tak tahu pon nak jadi apa masa tu.aku malas baca buku & buat homework.ahh,tapi itu dulu.sekarang aku dah rajin.kan aku bagitahu tadi aku suka baca novel.buku la tu kan? rajin kan? kan? emm,back to topik.aku sekarang adalah seorang guru pelatih KPLI-JQAf.guru okay..yang dolu-dolu aku tipu cikgu tu sekarang dah jadi kenyataan.aku masih dalam latihan.jadi,cita-cita aku nak jadi seorang guru tetap dan dapat gaji tetap.hehe.terjawab tak soalan?

terrer masak apa?
hihihi.(gelak kepit bagi menyatakan perasaan malu diatas soalan ini) well,as a woman mustila pandai masak an..tapi kalau nak cerita apa yang paling aku terrer,ish..malu la aku.mai la datang umah.aku akan membuktikan kehebatan aku memasak air..lalala~~

warna kegemaran? :
ini aku suka..aku peminat kaler merah..sangat suka kaler merah.dolu-dolu aku sangat berani menggayakan baju kaler merah ala mak ngah pergi ke kelas.seperti cili merah berjalan dan aku terpaksa spare kaca mata hitam dalam beg dan akan bagi kepada sesiapa yang silau melihat baju aku.huhu (aku tipu..) tapi sekarang aku dah tobat.aku taknak merah sangat walaupon hati masih menginginkan merah.huhu.dengan itu aku telah mengubah kaler kegemaran aku kepada bentuk yang lebih soft dan tak terlalu menonjol.tapi asasnya dia datang dari merah jugak la..like kaler maroon,peach,pink..merah pon aku sental jugak.tapi untuk rona sikit-sikit je ar..



picture tyme raya aidilfitri..boleh ker mood hari raya aidilifitri dimasukkan ke dalam raya depavali? sukahatiakulakan..blog aku..^__^


bila dibelek-belek balik tak macam soalan interview pon..macam isi biodata sekolah rendah jer..malu.malu..dah salah konsep. T__T


2 comments:

  1. Replies
    1. diyanordin yang wat novel Naqiah Khalida kan?? OMG!! thnks sudi datang sini. sangat suka novel itu. ^_^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...