13 December 2012

hepy bowling tyme


assalamualaikum..

selasa lepas kelas aku ade wat satu program ukhwah untuk mengeratkan silaturrahim antara setiap ahli kelas.cewahh..program ukhwah.. memandai aku wat nama program sendiri padahal takde pon tulis nama program tu camtu dalam pamphlet.takpe la kan..motifnya memang nak mengeratkan silaturrahim pon sebab besok dah habis interaksi.so,pakat nak balik rumah dan tahun depan baru jumpa balik.itu pon dah sibuk nak exam.eyewww..takutnya..huhu

aku sebenarnya nak wat entri ni lama dah.iye la..selasa hari tuh program ni,aku dah menangguhkan entri ni selama 2 hari.kira cam dah basi la jugak sebab kengkawan aku dah publish gambar-gambar kitaorang dekat FB lebih dari 24 jam tahu? terkilan sebab tak leh nak publish entri ni seawal yang mungkin.tapi oleh kerana kepala aku dah pening yang amat bila belajar TMK dan aku sibuk nak menukar templet blog ini secara pantas,lantas tahap kepeningan aku bertukar menjadi migrain..wuhuhu.nak tukar templet blog ni lebih susah daripada masak nasi faham tak?? aku dah nekad.aku akan tukar templet blog aku ni 4 tahun sekali ja.ha..dah macam sistem mengundi tak? haha.

ok..tak mau cakap banyak..jom review our hepy bowling tyme..^_^

ada pemphlet tau.. kemain class lagi kitaorang punya program.banyak-banyak TQ dekat kak muslimah sebab bertungkus lumus dengan program nih.
mentor kitaorang yang sangat sporting lagi understanding tengah berucap..cewahh..puji taknak kalah aku ni kan.hehe.kitaorang gi main dekat MIBC ataupon nama panjang dia Melaka International Bowling Centre.INTERNATIONAL ok..bukan low class punya tempat.Melaka Bandaraya Maju katakan..
sebelum stat program haruslah baca doa agar dapat berkat..baju hijau belang-belang,husband kak muslimah.sangat baik hati sebab boleh join kitaorang punya program pastu banyak membantu belakang tabir..selebihnya tu kumbang-kumbang dalam kelas kitaorang.hehe.kumbang yang sumanya dah ada bunga hokey!
perasmian..cikgu stat game dulu..untuk trial je..lepas cikgu wat perasmian tu,kitaorang apa lagi.laju-laju pegi dekat lane masing-masing dan campak bola sesuka hati sebab masih dalam keadaan trial.nak warm up dulu..
dari tadi memuji kak muslimah tapi masih belum kenalkan yerk? hehe..ha..itu dia kak muslimah.yang berbaju hijau.sedondon la dengan husband dia kan..nampak tak muka pemurah dekat wajah dia?ha..aku nak gi kutip aura tula.itu pasal asyik memuji dari tadi.ngengeh.
orang cantik ni memang dari sudut apa pon nampak cantik kan? anyonyo..
daripada umur memang aku paling kecik..tapi kalau daripada size badan,wuhuhu..asal kakak-kakak sume lebih kecik dari aku? tak aci la camni!
selesai acara mem'bowling' sebanyak 2 set...itu dia pemenang bagi kategori.....jengjengjeng...pemain longkang terbanyak! wahahaha.
pemain longkang tak best eh?? hehe..ini dia juara bagi kategori lelaki.husband kak muslimah..bestnye la..balut hadiah sendiri,dapat sendiri.moral of the story,rajin-rajin la balut hadiah tyme program.wuhuhu
pemain longkang lelaki dah tahu kan? ini dia pemain longkang perempuan..ececece..kemain suka lagi yerk? kalah tapi dapat hadiah..
juara kategori perempuan..tererr oo kak syukriah ni.cool jerk baling,tapi bedentum! apa la tererr sangat..jeles aku!
sibuk nak tunjuk hadiah masing-masing..padahal takde sape pon balik tangan kosong.nama pon nak mengeratkan silaturrahim.kang kalau tak bagi hadiah sorang satu,pakat tarik hamper sang juara tu,mau berterabur mamee atas lantai.hehehe
aku dapat nombor 4..kira ok la kan.markah aku dengan kak muslimah beza 1 mata je pon..kalau tak,aku dah boleh wak balik hamper dah.huhu

aku ni kan,susah gila nak menang apa-apa jenis pertandingan.memanjang kalah jerk.nasib baik game nih takde kira kalah menang baru boleh dapat hadiah.merasa jugak la aku pegang kotak hadiah.hehe.itu pasal macam orang sasau jerk posing dengan hadiah.itu belum dapat juara lagi tuh.kalau dapat juara,aku gi hantar gambar aku kat surat kabar semata-mata nak bagitahu aku menang main bowling.bhahaha.putus fius betul!

mana ada penganjur program yang baik hati macam kak muslimah ni..sampai tahap pemain longkang pon boleh dapat 2 hadiah..mane aci! bahagia je kan kak zeela..kalau aku tau,aku campak jerk bola dalam longkang awal-awal.boleh dapat 2 hadiah.wuhuhu
before balik..bergambar dulu dengan hadiah memasing..
aku tak tahu apa masalah budak laki..tahu la korang dah habis gaya.tapi takkan sampai tahap nak tarik baju bagai.ish.ish.anak sapa lani..
habis jerk main,kitaorang gi solat asar..pastu terus pegi dekat restoran apa tah.aku dah tak ingat.tapi menu istimewa ialah 'nasi kukus ayam berempah.' nyumnyum

antara lauk yang dihidangkan.tomyam dan telur dadar..tomyam tuh macam cair je kan? tapi masa makan tu tak tahu dah sedap ke tak sebab lapar tahap piranha.wuhuhu.kitaorang suma tahan perut dari pagi sebab nak serang petang nih..

kailan ikan masin..
ayam berempah..aduii..aku dah cuba nak snap sehabis baik.tapi tahap kelaparan diaorang ni tidak dapat diperbincangkan lagi.masa aku tengah snap pon ade yang serbu..huhu.nampak tak tangan itu? nampak tak? nampak tak?
 
kakak-kakak nih memang dalam kelaparan yang teramat sangat..emm,cayer tak? hehe..buat la dialog korang sendiri pada gambar diatas yerk..


kami yang adik-adik ni sangat sopan malah lemah lembut budi pekerti..makanya kami lebih bertolak ansur dan tidak berebut ketika makan.wahaha.(habis la aku lepas nih! kena raging dengan kakak-kakak ittew)
selesai sume aktiviti pada pukul 6.30ptg..alhamdulilah..sume berjalan dengan lancar.hepy sangat bila dapat buat aktiviti cam gini dengan kengkawan..sekurang-kurangnya adala moment yang boleh dibawak balik lepas habis interaksi..^_^  

kenangan untuk dibawa balik ke rawang..cawan angry bird.aku baru perasan ade gambar pig kat situ..nak padam la gambar tu.mencemarkan imej aku jerk.hehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...