8 December 2012

bandar hilir - part 2

assalamualaikum...

aku rasa aku kena isytiharkan yang tahun ini adalah tahun melawat MELAKA..hoyeah! kalau orang nak sembang kencang dengan aku pasal melaka,kena fikir dulu.aku dah habis dah ni melawat melaka..haha.(bajet lebih..padahal semalam dah sesat..=P)

ok..aku terus terangla..melaka memang best.best sangat sebab banyak tempat menarik dan cantik.pastu tempat kita nak melawat pon sume dekat-dekat.kiranya korang parking keta 1 tempat jerk,takyah gerak-gerak dah.sume tempat jalan kaki jer.dah habis suma tempat bersejarah korang tawaf..best kan?

oleh kerana minggu lepas aktiviti menawaf (sesuka hati ja buat imbuhan bukan-bukan..perosak bahasala ko ni naqhiah) tak dapat diselesaikan dalam masa 1 hari,so aku angkut lagi puak-puak aku jenjalan sekitar bandar melaka ni.hehe..kali ni lebih ramai dan meriah hokey.kami adalah berlima.nasib baik sume badan kecik-kecik jer.mampula en.viva aku tu nak angkut..

 
tempat pertama yang kitaorang serbu ialah 'menara taming sari'.kitaorang kuar awal pagi.so,elok sangat la kalau gi menara dulu kan..

ramai betul manusia..panjang gila la kena beratur.cuti sekolah katakan..bayaran masuk rm15.untuk dewasa la.kanak-kanak aku tak tahu.aku tak bawak kanak-kanak bersama.haha.tapi masa gi kaunter orang tu mintak IC dan dia bagi harga rm10 kat kitaorang.khas buat warganegara Malaysia ok..^_^

 beratur sambil snap..kemain kakak aku ni mendempek..suka la tu sebab aku wangi..haha.*muntah!

sesiapa yang terasa cam nak over sikit tengok pemandangan kat atas tuh,boleh la sewa teropong.kot-kot nak skodeng sesiapa kah..(haha.tak bermotif langsung naqhiah..) harga murah jerk..rm5.tapi aku ngn kengkawan tak sewa pon.banyak lagi tempat nak melawat.rm5 tuh duit parking sehari tau..dekut kan? =P

rupa menara taming sari dari dekat..tempat duduk macam dalam ktm jerk.tapi ktm tuh tak la naik sampai atas awan..hehe
dah masuk dalam menara..hehe.dalam nih boleh nampak pemandangan seluruh melaka.ahaks! cantik..pastu dia putar-putar plak tuh bila sampai kat atas.supaya boleh tengok pemandangan keseluruhan Melaka.sebab tu menara ni dia buat bentuk bulat dan bukan bentuk keris.hehe.

dunia dibawah kaki ku?? =P tak tahu apa motif snap picture nih..tapi nak bagitahu,en,viva aku ada disitu.'en.viva..sy kat atas ni.'(lambai-lambai)

 muzium samudera..minggu lepas dah tak terjumpa muzium ni.kali ni berjalan dari menara taming sari untuk sampai ke muzium ini,sangat dekat..bayaran masuk,rm6..tapi bagi warganegara dapat potongan 50%. so,rm3 jela.sekali lagi,kanak-kanak aku tak tahu harga.tunggu aku ada anak baru aku peduli harga kanak-kanak.haha.bestnya..tiket ni kita boleh guna untuk masuk muzium samudera fasa 2,muzium TLDM dan..emm,dah tak ingat dah.tak silap aku ada 3,4 tempat la yang boleh kita pakai tiket yang sama.tapi oleh kerana aku dah lupa,maafkan la ya...

 tak sempat masuk lagi dah buat muka stress..itu suma muka lapar lerr tu..huhu

 harta karun ini ana yang punya! haha. ana ok..bukan naqhiah..

muka dah nampak semangat sikit..tahu kenapa? kat belakang tuh medan samudera.medan yer..nak makannnn..huhu.perut dah main lagu keroncong..

kitaorang gi makan kat foodcourt atas tuh.takde dah nak tangkap gambar bagai..lapar dah tahap piranha,mampu lagi ker nak tangkap gambar? haha.tak kuasa..lepas makan,terus solat dan sambung balik guna tiket muzium tuh..kali ni gi ke muzium TLDM..

 suke benor bersanding cam gini..hehe

helikopter tak bergerak..boleh la posing cam gitu.kalau bergerak,habis terbang la tudung aku..huhu

over jer kan? asal aku mendongak terlebih-lebih nih..patut aku belajar dulu dengan kapten ittew..huhu

 kengkawan aku yang comel lagi cantik..^_^

 ini muzium samudera fasa 2..aku tak tahu apa beza fasa 1 dan fasa 2..aku redah jer..

wat-wat terkejut tengok telur dinasour..ntah betul ke tak telur dinasour.tah-tah batu dalam sungai jerk..haha (kemain mulut ko yer naqhiah..kang pihak muzium sue ko baru tahu! =P)

 kapal tenggelam..feeling titanic plak aku tengok kapal nih.tapi kecik sangat.nampak sangat replika jerk.hehe

dah bosan dengan muzium..kitaorang gi river cruise.aku suke betul la part-part naik bot nih..walaupon aku tak pandai berenang.ngee..

bot nih boleh memuatkan 40orang penumpang..tak silap aku la.tak confident sangat nih nak mengeluarkan kenyataan.sebab kalau salah kang,aku dituduh menipu pulak.haha.harga nak naik cruise nih rm10 bagi warganegara.pelancong asing rm15..best jugak macam gini kan? ada beza antara pelancong asing dengan warganegara..

cantik pemandangan sungai melaka ni..ha,lupa nak cita.cruise nih dia bawak kita round 2 kali tau.kire murah la kan bayar rm10 dapat naik lama.sampai rasa cam nak tido-tido dalam bot tu sebab syahdu sangat dengan angin yang berpuput lembut..wahh..ngada-ngada betul nak berpuitis bagai.haha

sebelum tuh..lupa lak nak cita tadi.dekat menara taming sari,muzium samudera dan river cruise ade fotographer yang tunggu untuk snap gambar pelancong-pelancong nih..kitaorang pon ade la terjebak sama.masa snap tak kena cas.tapi masa nak beli tu,of course la kena bayar kan..toilet pon 30sen..haha.diaorang cas mahal jugak..kat menara tuh,kawan aku beli harga paling murah pon rm30.murah sangat..tak hingin aku beli.mintak diskaun pon kemain susah lagi nak dapat.huhu.pastu masa kat muzium samudera ade jugak kitaorang snap.kali ni dapat mintak diskaun.mintak sampai mamat bangla tuh stress..haha.terus dapat rm12.masa kat river cruise dah taknak snap dah.duit pun dah kering kontang.huhu.
tamat sudah pengembaraan kami berlima..jom aku kenalkan kengkawan aku yang cute-cute nih.
dari kiri (roommate aku,kak niza.orang kelantan.sebelah dia tuh,aku la..takyah nak kenal kan.sebelah aku,kak kinah,kak chik.dua-dua ni orang kedah.yang kanan sekali cik sal..orang johor) bagi nama pendek jerk..takyah nak panjang-panjang.bukan nak isi borang kerja.agaga

<<<<TAMAT>>>>

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...