7 December 2012

apabila aku menjadi seorang pemain MUZIK...

assalamualaikum...

tajuk entry kemain lagi yerk? bimbo habis..haha..musti yang datang nak membaca post aku kali nih terasa macam 'eh,ape hal plak naqhiah tukar bidang? bukan main skema lagi aku tengok dia tuh..ada hati nak jadi pemain muzik..' huh! jangan sesedap rasa yer nak ngata aku..aku ni ada darah seni tahu.mak ngan ayah aku penyanyi tau.siap ada lagu glamor lagi..'tepuk amai-amai belalang kupu-kupu..tepuk bagi pandai emak upah susu' ha..penah dengar?? mak aku la tu nyanyi.wahaha. siap la aku bila balik rumah nanti.kena sebat dengan mak aku sebab menipu dikhalayak ramai.huhu..

bukti hari ni aku telah menjadi seorang pemain muzik..haha.(pakai pink yer kengkawan..bajet ayu lettew! =P) ok..cita la sikit macam mana aku boleh terjebak dalam industri seni nih..oit! ayat tu biar betul sikit.ngehngeh..sebenarnya aku hari ni ade kelas 'seni dalam pendidikan' (SDP). dah nama pon seni..faham-faham jela.suma menda pon berkait dengan seni lerr..muzik jugak adalah seni..hoyeah..

tadi aku cakap aku ada kelas kan? ha..ini dia kaum kerabat 'pendidikan islam kumpulan 3' kelas SDP ni dah masuk kelas yang ke3 tau..dah belajar 4jam sebelum nih,sepatah haram tak faham.maklumla suma jenis tak berseni..kira hari ni bila tengok dalam jadual ada SDP,dah rasa macam 'alaaa...napa ada SDP. tak suka la..' ha..merungut bukan main lagi.punya tak suka.pastu siap masuk lambat setengah jam lagi plak tuh.kengkonon nak tunjuk protes la..











tapi bila masuk jer bilik muzik..alamak! bestnya...sebelum nih belajar kat kelas.bosan.ini hari datang bilik muzik nampak segala macam alat muzik dah jadi macam sawan..waa..suma benda nak ketuk.kihkih

betul tak aku kata kitaorang macam sawan?? hahaha..sory cik sal..sungguh tak mengerti apa motif cik sal duduk dibelakang gong itu.adakah ingin menyatakan bahawa gong ini berpuaka? agaga

ini roomate aku yang cute..nampak tak betapa ayunya dia.tapi..cik sal..haha.cik sal masih disitu sebagai penunggu gong yang setia lantas merosakkan gambar ayu kakak aku nih..cewahh..puji jangan tak puji.nak menumpang wireless yang sangat power kena la buat baik.ye dak? hehe

 puan aisyah..comel kan? ecececeh..mau tak tidor malam kak syah sebab aku puji dia.hehe

 bersama orang-orang cantik agar kecantikan mereka menyerap kepada aku.boleh ker macam tuh??

cikgu tengah mengajar camna nak main alat muzik nih suma..tapi aku yang dok belakang tak fokus langsung.asyik bergambor jerk..sampai ada sorang budak laki kelas aku tengok sambil geleng-geleng kepala sebab kitaorang tak habis lagi posing.mesti dia kata apala orang pompuan nih..taksub betul bergambar.ah..biar la nak kata apa pon.nanti korang jadi pompuan korang tahu la..haha.boleh pulak macam tu yer..apa-apa jela naqhiah..=P

 kak mas sakit mata masa nih..sebenarnya dah lama dah.berhari-hari mata dia merah.sian kak mas..motif aku letak gambar ni supaya sesiapa yang rasa cam nak ambik MC tenung la mata ni lama-lama..confirm korang dapat MC..hehe

 posing lagi...tengok muka budak laki kelas aku.diaorang nak bergambar sekali tuh sebenarnya.tapi malu..buktinya tengok gaya diaorang..sedih jer sebab kitaorang tak ajak bergambar sekali.hehe..baju biru tuh k.u (ketua unit) kitaorang..mesti dalam hati dia kata,sampai hati korang tak ajak aku bergambar.aku tarik kad siswa baru tahu.haha (memandai aku buat dialog..kang betul-betul k.u ambik kad siswa aku,baru menangis tak berlagu..huhu)

 hola! aku la pemain sarung demong terhandal di abad ini..berebut diaorang nih nak bergambar dengan aku.well..retiss katakan.agaga (ok..nampak tak aku dah potong nama alat tuh? aku sebenarnya dah lupa nama dia.tadi dalam kelas kemain lagi aku tanya cikgu nama menda alah nih..3 kali aku tanya 3 kali cikgu jawab.last-last balik dari kelas aku merayau kat tesco pastu aku terus dah lupa nama alat nih..ish..tula.mak aku tak bagi makan semut,aku makan..kan dah jadi pelupa.bhaha)

 itu adala kod untuk lagu yang kitaorang kena main..cikgu tak pakai kod yang pelik-pelik macam ahli muzik pakai tuh.kitaorang guna kod nombor jerk. dekat alat muzik tu suma dah ada nombor.so,ketuk jer ikut nombor..tapi walaupon ketuk,bukan sebarangan ketuk tahu..

cute betul lah mereka-mereka ini..^_^


NK : fuhhh..penat gila pilih gambar..huhu
          motif buat entri nih sebab nak bagitahu,
          aku suka gila boleh men dalam bilik muzik.^_^
          tamat sudah.. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...