1 December 2012

Banda Hilir with girlfriends


assalamualaikum..

aku sebenarnya sejak kena kursus dekat IPG Melaka ni,dah banyak kali datang Banda Hilir.tapi itu pon family aku yang bawak..tak kemana pon masa family aku bawak.cuma jenjalan sikit-sikit jerk.habis kuat pon pegi dekat deret kedai yang jual macam-macam menda tuh untuk beli dodol ngan belacan Melaka sebab kengkawan mak dari KL pesan.berbeza la sikit kalau kita outing sendiri dengan kengkawan ye dak?

so,ini hari aku dengan confidentnya telah mengajak kengkawan aku untuk kuar gi Banda Hilir..roommate aku orang Kelantan tau.tapi tekad dia satu macam pulak minggu ni nak balik Kelantan lantas meninggalkan aku sorang-sorang dalam bilik.daripada aku merenung dinding bilik aku yang langsung tak lawa ni,baik aku kuar jenjalan.ade gak paedah..( esemen tak siap lagi.pandai nak sembang pasal paedah yer.. =P ) 


tadaa...sampai jugak Banda Hilir dengan hasil usaha yang tekad.kalau korang nak tahu,aku la manusia yang sangat bebal nak ingat jalan.malah sangat takut pada kesesatan yang nyata.sanggup aku duduk dalam rumah daripada terpaksa sesat atas jalan raya.wuhuhu.

tempat pertama yang kitaorang masuk ialah Muzium Islam Melaka..memula nak cari Muzium Samudera.ntah camna dah boleh sampai ke sini pulak.tengok papan tanda,ada harga bayaran masuk.RM2..murah.murah.masuk jela..walaupon terdetik dihati 'macamla aku faham sangat nilai sejarah dalam muzium nih' ngehngeh


hujan okey..bukan sesaje nak pakai payung tuh..tapi rintik-rintik jer..tak la sampai kuyup.

posing ayu jer kan? sebenarnye teringin nak naik atas kerbau ni.baru macam real sikit.tapi memikirkan aku adalah seorang perempuan melayu terakhir,tak nak la..buruk benor kalau aku naik atas kerbau tuh..haha

kapal terbang tuh jauh sangat..longgar dah lutut nak gi dekat-dekat.so,posing jela walaupon terlindung dek pokok..


pakcik beca nih sangat baik tahu..boleh dia bagi kitaorang posing dekat beca dia walaupon kitaorang taknak naik beca.memula kawan aku tuh nak posing curi-curi jerk.tapi tetiba,pakcik tu kata,'naik la..tangkap kat atas beca tuh.' kawan aku lak boleh gi tanya.'pakcik cas tak?' haha..punya la takut an..'eh..takdela.naik jer.pakcik tak cas pon' anyonyo..pakcik.u r so sweet..^_^

bukti pakcik ni sungguh sweet lagi baik hati..ha..dia tolong tangkap gambar kami bertiga yer..haila..murah rezeki pakcik sebab baik hati.^_^


kitaorang jalan lagi kedepan dan nampak....yes! A Famosa..lame betul aku tak sampai sini.rasanya kali terakhir,masa paktam aku bertunang ngan maktam aku.sekarang paktam dan maktam aku dah ade anak 3 orang dah.hehe.mase aku datang dulu waktu malam.nak nampak ape..ini hari siap aku posing lagi.ntah apela motif aku wat tabik cam gitu.bukan patutnya posing cam gitu dekat tugu negara ka yang sesuai? ah..whatever naqhiah..

dalam A Famosa..

kawan-kawan yang sporting ^_^

okey..tangga ni sangat tinggi.walaupon memula nampak cam tak tinggi,tapi oleh kerana dah sangat penat berjalan sejak kereta di parking,maka ketika menaiki tangga ini terasa cam menaiki tangga batu caves..huhu.so,untuk menghilangkan penat,snap ler dulu..tidak dipeduli orang yang lalu lalang.

nampak bangunan atas tuh? memula ingatkan ada apala kat dalam tuh.excited kemain lagi masuk.kot-kot ada peninggalan sejarah ke apa..rupa-rupanya kubur kristian..wuhuhu.kitaorang dah masuk.toleh kiri.toleh kanan.tempat apakah ini? last-last nampak keranda beserta manusia disekeliling keranda itu.huaaa! baru kami sedar yang kami ja bertudung kat situ.adoii..lari laju-laju takut akidah tersasar..haha

on the way patah balik nampak satu muzium yang tulis 'MASUK PERCUMA'..aiseyh..takkan taknak masuk.rugi.rugi.benda free kalau tak sebat tu maknanya menolak rezeki.tuhan marah tahu? hehe.tapi bila dah masuk baru tahu yang itu hanya la muzium kanak-kanak ribena.huhu.tah ape-ape tah.

tengok la aku..dok depan alat pengesan tahap warna baju aku.alat tu scan yang baju aku pakai nih mudah kena langgar dengan kereta.so,aku pon ambik la baju bomba tuh.nak uji la alat nih sensitif ke tak..yela.aku dah ambik baju kaler terang tuh.tengok-tengok,kena langgar jugak.penipu la menda nih! mencik aku!

lepas tuh dah tak pegi mana-mana dah sebab sangat lapar..lepas solat asar,laju-laju kitaorang masuk kereta dan stat enjin gi tesco..lapar sangat kot..sebelum kuar tadi makan megi ruski jer.sobsob.sampai tesco,laju-laju pegi food court nak makan.nak makan.ha..aku order ini..

nasi putih padprik.biasa aja..cuma makan dalam kuali tau.panas dan sangat sedap.haila..berbaloi-baloi aku tak makan dari pagi.hehe

banyak lagi tempat yang kitaorang tak jelajah..tak larat pulak nak pusing habis.aku ingat kecik jer tempat nih.rupanya kat belakang tuh ada banyak lagi khazanah yang boleh dilawati..emm,lain kali la pulak..ini pon dah kena mengurut kaki.kehkeh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...