28 December 2012

cameron highland part 3

assalamualaikum...

akhirnya...berjaya jugak nak siapkan entri terakhir pasal Cameron..tahu tak sikit punya seksa nak upload gambar sebab internet slow macam siput? wuhuhu..tiap hari aku upload.last-last terpadam camtu jer sebab lama sangat loading..ayoo..sabar jela..so,jom la tengok ape yang terjadi pada hari terakhir kami di Cameron..

sebenarnya hari last memang dah tak plan nak singgah kemana-mana.kitaorang nak terus balik jer.tu dah kira ready nak balik la tu..dengan beg berbunjut-bunjut..comot betoll..

 masa nak balik tuh jalan sikit punya jem..tensen tahu? dah la jalan bukit-bukit.kecik pulak.kereta banyak.nasib bukan aku yang drive..kalau aku yang drive,memang azab la penghuni kereta tuh nak dengar aku membebel..hehe

seryes sesak..oleh kerana en.viva aku manual,so banyak la kena main dengan gear and brek.memula kitaorang ada bau hangit.ingat kereta orang lain.yela..kitaorang bukak tingkap sebab angin Cameron lagi best dari econ kereta.so,kitaorang buat tak tahu jer dengan bau hangit tu and terus berborak..tengah seronok aku ngan adik-adik aku berborak,tetiba adik aku panik..'eh,keta kita berasapla..'


asap putih berkepul-kepul kuar dari enjin kereta..oleh kerana panik,adik aku stop kereta tepi jalan..adik aku yang perempuan tuh terus col mak aku.oh ya..trip ni naik 2 buah kereta..bila col jerk,mak aku cakap diaorang kat belakang.so,dah rasa ok sikit.tak la mati kutu kitaorang budak-budak nak handle menda-menda cmni.ceh! budak lagi ker aku yang 24 tahun nih? 

 masa tengah tunggu mak ayah aku tu,tetiba datang sorang pakcik ni.dia cakap takyah gelabah.relaks jerk.benda biasa bila naik bukit nih keta jadi hangit..lepas dengar tu,kitaorang dah lagi ok..nampak muka suma boleh tersengih.macam best pulak tersadai tepi jalan.hehe


lepas mak ngan ayah aku sampai,mak aku terus suruh adik aku yang no 4 naik kereta dengan ayah.mak aku cakap takut nanti kitaorang takde duit kalau jadi apa-apa..bagus tak bagus? ha..bagus la.bank bergerak dah sampai.pasar pon dekat jerk.so,sementara nak tunggu enjin sejuk kitaorang jenjalan dulu kat pasar..^__^

 sempat lagi tuh membeli ubi..hehe.semalam tak sempat..ada jugak hikmahnya kereta tu panas..

 strawberi coklat yang terakhir sebelum balik ke Rawang..


 yeah..dah tamat sudah..lega rasanya..^__^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...