2 July 2018

Bandung, Indonesia : Dusun Bambu & shopping2 di Bandung

assalamualaikum...

selamat hari raya buat semua pembaca yang sudi jenguk ke blog ni. ampun maaf zahir batin atas segala salah silap sekiranya ada ya.. 

ayat pon dah kucar kacir sebab lama tak menulis. huhu. dulu aku letak syarat at least sebulan sekali mesti update. sekarang ni rasanya setahun sekali la kot paling kuat. T_T

ok kali ni sambung cerita pegi Bandung dulu. nak habiskan terus. cerita raya kemudian aku update kalau rajin. =P

kalau nak imbau balik cerita part 1 boleh klik sini untuk baca semula. ^_^

Cibaduyut

lepas kitaorang mandi, solat apa suma kat hotel, malam tu kitaorang keluar balik sambung shopping dekat Cibaduyut 

 Cibaduyut ni katanya glamor dengan barangan kulit.. Supir bawak kitaorang ke satu mall besar yang dalamnya macam-macam barang hadooo! kalau ikutkan sekitar-sekitarnya pon banyak kedai-kedai. tapi sebab dah malam, kitaorang masuk satu mall ni jela.

 ini pon dah lebih dari cukup.. kitaorang bukan tukar duit banyak sangat pon. sebab kitaorang style suka berjalan. tak suka shopping sangat. 

sini boleh pilih la nak gred apa.. nak ori ka nak tiruan ka, suma ada.. fulus pon kena ada jugekk..

bagi aku, sini memang ok nak shopping. banyak jugak barang murah yang boleh dapat kat sini. kitaorang beli sweater couple, husband beli cap, aku beli beg.. ok la tu untuk kenang-kenangan, reward diri sendiri.

selesai dekat Cibaduyut, kitaorang balik hotel dan tidur. 


Dusun Bambu

plan asal sebenarnya hari ni nak pegi Farm House. sebab Farm House lagi banyak benda yang menarik. tapi memandangkan hari Jumaat selalu jem sebab dekat Indonesia diaorang cuti 3 hari. Jumaat sampai Ahad cuti.. bestnye kalau kita pon dapat cuti 3 hari tiap minggu.. tiberrrr! ok sambung, memandangkan jalan jem, kitaorang tukar plan ke Dusun Bambu.

hari last dah hari ni. dah check out dan angkut suma barang-barang. sebab tu tak boleh nak membazir masa sebab flight pukul 7.45 pm. kalau tersekat atas jalan takut nanti lambat pulak sampai airport. so, kita redo dengan cadangan supir untuk pegi Dusun Bambu. 

masuk kena bayar, tapi tak ingat dah berapa harga. pastu Dusun Bambu ni besar yakmat. kena naik 'angkut' (van) bunga-bunga macam kereta berhias untuk perarakan hari kemerdekaan ni kalau taknak kaki melecet. haha 

 mempersembahkannnnnnn... apam kukus boek punya! =P

apa yang menarik dekat sini?? bagi aku tempat ni cantik. tapi rasa macam jalan-jalan dekat taman botani jer. takde aktiviti yang menarik pon boleh buat. cuma tengok dan bergambar.

 awek cun jual bunga.. ^_~

 rumah arnab.. Indonesia panggil arnab = kelinci. kalau biasa tengok sinetron mesti tau. hehe. comey jer tempat ni. budak-budak boleh masuk dan main. orang tua tengok daripada luar jer..

 aku tak minat binatang, jadi aku rasa biasa jela.. =P

 restoran sarang burung.. yang ini unik..


 restoran ni lagi cantik daripada yang dekat Maribaya sebab dia macam tergantung atas pokok.

 semua ruang dalam dikunci pintunya. jadi kita boleh bergambar dekat bahagian luar jela. tak boleh nak feeling2 kat bahagian dalam..


 sapa nak makan baru dia bukak kan pintu ni agaknya. tapi masa kitaorang pegi suma orang pon bergambar jer. takda yang makan. 

 udara kat sini best sebab banyak pokok-pokok. sejuk tu sedang-sedang je sebenarnya. saja nak show off sweater couple yang beli kat Cibaduyut semalam. haha


My man..<3

jalan lagi nampak kawasan yang banyak bunga-bunga..


 marilah feeling-feeling shah rukh khan dan kajol dalam ladang bunga versi tak cukup sifat. haha




sebenarnya dah start terik. tapi kalau bukak sweater kena pegang. malas nak pegang, jadi pakai ja wat-wat cool.. =P





 tersandar keletihan..


jambatan unik menyeberang sungai..

 sungai ni air dia boleh tahan sejukkk.

 suami cacak gopro dalam air. jadi style jugak gambar ni.. hehe


dah puas main kat sungai, cari lagi apo yang menarik.

 jumpa restoran tepi danau.. 

 restorannya sebelah sana. tapi kitaorang jumpa seberang sini dulu. bagus jugak sebab sini lagi cantik nak ambik gambar.

 kalau nak seberang guna sampan ni pon boleh. tapi tak ingat la berapa harganya.

 cantik dan unik sampan dia. tapi tak naik pon. rasa membazir pulak. bukan kitaorang nak makan pon kalau pegi restoran dia.


 lawa kan pemandangan kat sini? ^_^

ok. dah tak larat jalan, kami pon balik. tunggu van tadi dekat tempat yang sama. selesai dalam satu jam pusing-pusing sini.

 tangkap gambar dulu kat gerbang depan. bai2 Dusun Bambu.


Kedai Kain Persona


 singgah sini dulu sebelum terus ke Bandar Bandung. tak banyak pon shoppingnya. tambah lagi 2 pasang kain jer. kan dah cakap bukan nak shopping sangat. haha. orang lain datang sini borong kain berkotak-kotak. aku relaks ja beli sepasang dua. itu pon dah gembira.


Restoran Belacan

 restoran ni hipstur dan klasik. memang cantik sangat dia punya deko. oleh kerana ni makan yang terakhir kat sini sebelum balik, banyak jugak kitaorang order. nasi sorang satu set. pastu suami order mee bandung tak silap. sebab dia kata kena rasa mee bandung kat Bandung. =P boeklahhhh.. haha 

 ni nasi yang aku order. meriahhhh. dengan ayamnya, udangnya dan segala macam bahan. memang puas makan.. lain-lain menu, husben yang snap gambar. tapi takde pulak dalam pendrive. so, takleh la nak tayang.. hehe


Factory Outlet Riau

lepas dah makan kenyang-kenyang terus kitaorang jalan-jalan dekat kedai-kedai area situ. restoran tadi memang dekat ja dengan kedai-kedai ni suma. kitaorang window shopping jer. dah takde apa nak beli.

 nak tukar spek ikut saiz badan ke bang? haha

 harga barang-barang kat sini memang ok sangat. kalau korang gila shopping, memang heaven la. sebab barang ada kualiti dan murah. 

 tak beli apa.. dapat penat ja. haha. dah jom balik..

ini dia airport Bandung. kecik jer. tunggu kat luar je uolls sebelum check in baggage. ada satu pintu jer. 

rupanya ada satu penerbangan ja masa kitaorang balik hari tu. hehe. seryes jakun sebab ni la airport yang paling kecik aku penah sampai. jalan tak sempat penat dah jumpa pintu keluar. >_<

 flight kitaorang delay. jadi jalan-jalan sekitar kedai kat situ, pastu duit ada baki lagi, kitaorang beli brownies dari Mayasari ni.

panas lagi masa ni. heaven betul rasanya. sekejap ja habis. haha.

insyaAllah ada rezeki nak repeat lagi pegi Bandung. nak pegi tempat yang kitaorang tak sempat pergi. kalau ada plan nak pegi Bandung, better ambik banyak hari sikit dekat sana. 3 hari 2 malam pendek sangat. jalan kat sana pulak boleh tahan sesak. jadi kalau pegi lama sikit, tak la kelam kabut sangat.

ok la. bye2. jumpa dekat entri yang lain.. ^_^



terima kasih buat yang sudi membaca <3


1 comment:

  1. Buruan Join SAHABATKARTU
    Game judi online terpercaya
    Menggunakan SERVER POKER V
    Server terbaik saat ini
    Dengan Bonus rollingan 0,5% ( Kalah / Menang tetap dapat )
    Bonus Referal 15% ( Seumur hidup )

    SILAKAN HUBUNGI KAMI DI :
    Livechat : www*sahabatkartu*biz
    W.A : +85581734028
    PIN BB : 2BCDBEE2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...