15 November 2016

jemputan Walimatul Urus..

assalamualaikum...

Alhamdulillah.. dapat jugak bersiaran. insyaAllah kali ni nak kongsi berita gembira. tak tau la kalau ada yang tak gembira. tapi setakat ni, bila aku bagitau orang yang aku nak kawin, ramai yang kata, 

" wahhh. akhirnya!! " 
" finally! " 

haha. apa maksudnya tuh?? gembira ka penat tunggu berita aku nak kawin ni? haha.

yaa.. betul la tu. aku dah nak kawin. kalau ikutkan ada la seminggu lebih lagi sebelum majlis. segan jugak nak tulis dekat sini, tapi blog ni dah ibarat diari aku dah. walaupon bukan selalu update, tapi banyak benda best yang aku kongsi dekat sini. kira benda-benda yang aku rasa penting untuk kenangan aku, harus aku tulis dekat sini. nanti bila rasa rindu nak flashback, leh baca blog sendiri. =P


Perkenalan 

ramai tanya, kat mana kenal dengan bakal suami. study sama-sama ker? cikgu ker? jawapannya, kami kenal atas keluarga. mak dia kawan dengan ayah aku. 

satu hari ni ayah tanya, 
" Yong ada kawan dengan sapa-sapa tak? "
" ramai jer kawan. kenapa? "
" kawan ayah berkenan nak buat menantu. kalau takda sapa-sapa boleh la kenai dengan dia "

masa tu, seriously memang tak minat langsung. aku dah biasa sangat orang recommend sana sini. penghujungnya hampas. jadi, aku diam jer. tak bagi jawapan apa-apa sebab dah malas. 

pastu masa hari raya, tiba-tiba mak bagitau family diaorang nak datang beraya. mak punya semangat masa tu. mungkin sebab dia tengok anak dia ni macam dah kritikal sangat. haha. 

sebelum diaorang balik, mak masuk dapur tanya. " camna Yong? boleh ka nak teruskan? mak tak paksa, Ayong buat keputusan sendiri. pada mak, dah elok sangat. "

" baik untuk mak, baik la untuk Ayong. " tu jer jawapan aku. pastu mak pon masuk ruang tamu semula dan bagi jawapan pada keluarga diaorang. aku dengar ramai-ramai sebut Alhamdulillah.. masa tu jugak aku mohon doa, mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

malam tu, dia mula whatsapp aku. ayah yang bagi nombor sebab nak bagi kami kenal-kenal. sembang topik tak penting dan biasa-biasa jer. sebab masing-masing pemalu. ( iolls memang pemalu. sila percaya )

sampai sekarang pon sebenarnya kitaorang biasa-biasa jer. takde dating, takde gayut. whatsapp jer. masing-masing pon kekok agaknya. lagipon umur dah berapa nak main cinta macam budak sekolah. takde masa. kawin je terus. haha, harap-harap dia tak terkejut la dengan perangai aku yang masuk air nih. huhu


Merisik 

merisik ni rare sikit. sebab sarung cincin merisik dekat rumah dia. sebenarnya kitaorang ada kenduri sepupu dekat Ipoh. jadi keluarga dia ajak datang rumah malamnya tu.. tapi dia takde pon. dia keje. ada mak dengan ayahnya jer. ingatkan pegi ni macam balas kunjungan jela. ziarah menziarahi kan amalan mulia gitu. hehe. sekali sebelum balik tetiba mak dia kata, " saya nak menyarung cincin risik. takpela terbalik sikit. nak buat camna. halal jela " pulak dah? haha. 

 pakai tshirt jer.. dah malam. pastu mana aku tau nak sarung cincin time nih. hehe

19 September 2015 merisik. aku tak hafal yaa. aku buat reminder dalam phone. sebab aku memang jenis yang tak ingat tarikh. sebelum aku kuburkan semua tarikh penting, baik reminder siap-siap. hehe.


Bertunang

sebenarnya bertunang ni takde nak buat majlis pon. ingatkan nak buat simple-simple jer. macam risik gitu jela. aku pon memang tak prepare apa-apa sebab baru balik Beijing. kira nak harung jela apa-apa pon. tapi pastu pihak lelaki kata nak bawak hantaran, keluarga yang ikut pon agak ramai. so, fikir punya fikir, buat la majlis sikit. tapi still la simple ja. sebab tak plan kan. mana yang mampu jer..

Bertunang 13 Disember 2015. 



ada yang kata, diam-diam je eh. tau tau dah nak kawin. yela.. diam tak diam 28 tahun dah membujang. haha. memang aku diamkan jer sebab tak mau nampak cewi sangat. buat apa nak kecoh-kecoh selagi takde apa-apa. ko sabar jap. karang dah kawin aku buat ko muntah hijooo! haha.


Walimatul Urus sebelah perempuan

insyaAllah majlis belah perempuan pada 26 November 2016 di Dewan Komuniti Bukit Sentosa. pagi akad nikah, tengahhari terus resepsi. sekali harung jer. 






Walimatul Urus sebelah lelaki

Majlis sebelah lelaki, 4 Disember 2016.




sesiapa yang kenal diri ni dan berkelapangan, jemput la datang. aku takde bahasa bunga-bunga ataupon pantun berkerat-kerat nak menjemput.. walaupon begitu, aku ikhlas menjemput. maaf kalau aku terlepas pandang, tak jemput secara personal. tapi kalau korang baca entry ni, ini pon dah kira jemputan. dengar daripada kawan-kawan lain pon kira jemputan. kalau korang tau jer aku nak kawin, korang dah dijemput. gitu. please.. tak mau dengar ayat " dia tak jemput aku pon.." huhu. sebab ramai sangat orang yang kita kenal tapi kita mungkin lost contact. ada yang ada dalam contact tapi tak leh contact. ada yang ada dalam fb /ig tapi tak pernah tegur. ok. belum apa-apa dah bagi alasan supaya tak kena blame kalau tak panggil jemputan. haha. nampak tak sejenis apa aku nih? kalut tak bertempat. =P

tak dapat datang kerana aral melintang pukang, takpe.. korang doakan yang baik-baik dari kejauhan pon dah cukup. dapat pos peti ais 4 pintu pon ok. iolls terima dengan hati yang terbuka. haha. guwauuu. doa jela yang baik-baik ya.. mudah-mudahan majlis berjalan lancar dan perkahwinan ni bahagia hingga ke jannah. amin..

untuk awak.. silalah nikmati waktu bujang yang dah tak berapa lama nih. sebab lepas nih saya akan menghantui hidup awak. hahaha. ( gelak jahat )



terima kasih buat yang sudi membaca <3


7 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...