15 October 2016

Legoland, Malaysia.

assalamualaikum...

Alhamdulillah.. 3 tahun dok Johor, ni baru first time pi Legoland. hehe. tu pon sebab ada tiket promosi, barula nak pegi. kalau dengan harga asal, rasanya tak kot. sebab mahal gila. memang tak la.

Kitaorang pegi bertiga jer. jarang sekali Kak Eva nak join pi berjalan nih. kalau pegi makan-makan dia rajin. haha. masa mula-mula ajak tu rasa seriau jugak kalau Kak Eva tak jadi last minit, jadi kita buat ayat sedih-sedih sikit. " bertiga pon takpa.. dulu masa pi USS kami pi dengan Kak Nia. kali ni pi Legoland dengan Kak Eva pulak. " gitu! taktau la bagi korang sedih ka tak. tapi yang penting Kak Eva ikut jugak akhirnya. haha

nak pegi berjalan, harusla cari geng yang sporting dan jenis masuk dengan kepala kita. barula kita akan rasa gembira dan enjoy. 


berjalan dengan Anis, tak payah pikir pasal camera pon takpe. sebab budak ni sejenis takleh tinggal camera. pastu ko baru berjalan setapak, dah berpuluh keping dah gambar dia ambik. hebat tak hebat la wa cakap lu. *e eh tetiba gangster. haha



dia paksa aku posing kat tengah alang sorang-sorang. aku pon malu-malu tapi mahu. haha. tak tau camna nak pose. sampai pejam mata la malu kengkonon. =P

tetiba Anis bagitau dia tertinggal purse dalam kereta. pulak dah. berlari pulak dia patah balik ambik purse. pastu dah alang-alang dia tinggal henset dengan yicam, apo lagiiiii... 

amboi. gediknya pose Kak Eva. haha

orait. dah sampai depan gerbang.

masa ni baru pukul 10 pagi. tapi dia punya terik. adoidoidoi. tak leh nak bukak mata. huhu


aku memang perosak gambar la. sebab suma aku buat gaya tutup muka. haha. sabor jela. ceq memang takleh handle. huhu

Legoland ni ada 2 bahagian. waterpark dan themepark. kitaorang beli tiket combo. boleh main dua-dua. Anis dengan Kak Eva sebenarnya dah pernah datang. tapi sebelum ni diaorang main satu bahagian jer. Kak Eva pernah masuk themepark. Anis plak waterpark. aku dengar jela diorang cerita sebab aku langsung tak pernah datang. haha

kitaorang menuju ke waterpark dulu. sebab biar la basah siap-siap. lagipon kitaorang rasa bagus main air pagi-pagi. tak panas sangat. kononnya la.. padahal panas jugak. haha.

kena tebus tiket dulu kat kaunter. jangan tanya aku harga tiket ya. check sendiri dekat web. sebab Legoland selalu buat promosi. jadi harga tak menentu. tiket kena sentiasa pegang. boleh keluar masuk. janji ada tiket.

dalam waterpark kitaorang tak ambik gambar. sebab main air kan. barang-barang suma simpan dalam locker. nak sewa locker rm20. agak mahal. dah la kecik. kitaorang kena sewa 2 locker sebab tak muat satu. jadi rm40 dekat locker jer. huhu. tapi locker tu boleh pakai sepanjang hari. jadi, kitaorang guna jer locker sampai petang. berjalan sana sini, tinggal jer baju basah dalam locker. kalau biar dalam beg, berat plak.

aku rasa cadangan pegi mandi dulu ni sebenarnya ok jugak. sebab pagi tak ramai orang. kitaorang nak main apapon, boleh terus je main. tak payah tunggu-tunggu. masa kitaorang datang semula petang tu nak ambik beg, mak aii ramai gila manusia. bilik air pon penuh. serabut pulak.

bagi aku bahagian waterpark ni takdela besar mana. nampak macam besar. tapi bila masuk dalam, ' ini jer?? ' haha. kerek!

gambar bahagian dalam ni suma dari google ya.. dah masuk waterpark mestila kena main gelongsor nih suma. kalau setakat nak main air yang tenang jer, pi pantai dah cukup. takyah ko habiskan duit beratus-ratus. haha. jadi, masuk jer terus pegi cari gelongsor dulu. memula kitaorang try yang kaler oren kuning dulu. kitaorang pakai pelampung untuk tiga orang. pelampung kena bawak naik sendiri. naik bertiga, dok dengar jer Kak Eva menjerit. haha. nak tergelak pulak. tapi tak berani nak gelak masa tu. dah sampai bawah baru gelak. haha.

pastu try pulak yang merah kuning. yang ni naik sorang-sorang. nerbes gila. haha. pastu sampai kat tengah-tengah, (kalau korang perasan ada corong yang besar sikit dekat gelongsor tu) iolls tersangkut. boleh pulak kat tengah-tengah tu pelampung tak gerak. sebab air takleh tolak. adoyai. bertambah nerbes aku. haha. rupanya memang kat situ orang selalu sangkut. jadi, jangan risau. tenang-tenang jer.. insyaAllah ko mesti akan sampai ke bawah punya. paling tidak orang belakang ko akan tolak ko ke bawah. haha

permainan ketiga yang Anis ajak main. aku takut sebenarnya. tapi layankan jer. yang Kak Eva dah penat. mau tak penat. setiap kali naik, dia asyik jerit. haha. jadi, Kak Eva tunggu kat bawah jer. dia tak mau main dah. yang ni sebenarnya sedikit ngeri la. sebab ko kena meniarap. memang teragak-agak nak turun. tapi bila pikir nak turun pakai tangga penat, aku akhirnya redha.

nampak?? tau tak perasaan masa tu camna? adoiiii.. kenapa la aku terjebak dengan keja gila nih. haha. aku rasa macam nak tercabut nyawa dah. ngeri gila! 

pastu main pulak red rush. yang ni ajak Kak Eva sekali sebab bila tanya dengan orang yang jaga tu, dia kata yang ni paling ok. paling tak takut. so, Kak Eva pon join. tapiiiii, hahaha. dia jerit jugak. tak boleh bla Kak Eva. haha. kalau ingat muka takut dia tu, memang terburai perut aku gelak. red rush ni pelampung dia besar. boleh naik ramai. lebih daripada 5 orang aku rasa.

dah penat main gelongsor. habis biul kepala dok pusing-pusing dengan kelajuan tak masuk akal. haha. jadi,kitaorang mandi-mandi kat pantai buatan nih. pastu feeling-feeling sweet dok baling-baling air dekat hang aku. haha. 

ni tempat budak-budak sebenarnya, tapi kitaorang pegi gak main-main air dia. pastu nak tunggu air kat dalam baldi gergasi tu tumpah. ko pikir best.. padahal sekali dia simbah ko, rasa cam nak pengsan. punya la sakit. sebab air dia jatuh dengan kasarnya.

dalam pukul 11.30pagi kitaorang dah settle dah main kat waterpark. sekejap kan? haa.. sebab takde orang. suma terus main jer. takde tunggu-tunggu. dah settle mandi, bersiap apa suma, kitaorang gerak masuk themepark.


lalu depan hotel Lego, berhenti jap ambik gambar..

yeah! jom explore themepark plak.

ada banyak monumen yang dibuat daripada lego.

rasa macam gergasi pulak. haha

cantik dekorasi kat sini. tapi panas. jadi tak berapa nak menghayati. hehe

elok sangat la buat muka gitu. haha. ni nak masuk game starwars. takde game sangat pon sebenarnya.

ada tayangan kartun. bagi aku tak best sangat. pastu tengok bahagian pameran. dia ada buat starwars dari lego. hmm. bosan. haha


tak tau apa nama tempat ni. tapi nak main roller coster. tak puas-puas lagi main dengan ketinggian.

tunggu giliran. muka macam lapaq nasi. haha. roller coster ni pendek jer. tapi dia ulang 2 kali. ok la.. 


nampak dari luar macam rumah hantu.

masuk dalam takdela macam berhantu sangat..


ada buku lego. aku pon jemput baca. tapi tak berapa paham.

jadi, aku ajak Kak Eva ngan Anis baca sekali. nanti kita leh buat study group. kehkeh.

dalam ni ada roller coster jer. yang ni lebih trill daripada yang tadi. Kak Eva takmau naik. jadi kami dua jer naik. Kak Eva pon tengok kitaorang dari screen. dia kata kitaorang takde perasaan sebab keras jer tak jerit pon. haha. bukan takde perasaan. aku risau kalau aku jerit nanti gigi aku terbang. haha. jadi baik aku keraskan diri. insyaAllah selamat. 

turun dari roller coster nampak mainan ni. main jugak.. dia terbangkan kita. turun naik turun naik. macam main kuda. hehe

budak hyper. haha


penyakit sungguh pakat dok buat mulut gitu. haha.

ok. nak naik Menara Taming Sari versi Legoland.


bolehlah lihat keseluruhan Legoland dari angkasa.



turun dari Menara Taming Sari, kitaorang pegi ke pawagam 4D. pawagam ni sebelah jer dengan menara. over tak pakai spek awal-awal? haha. Anis la ni. aku dah rasa macam mokcik nak menari Agogo. haha

tutup double chin. haha. disebabkan aku dah pernah tengok pawagam 6D, jadi aku rasa yang 4D ni biasa jer.. kerek tak? haha. tapi betul.. kalau korang penah pegi USS tengok cerita 6D punya, mesti korang pon akan cakap benda yang sama. rasa jauh jugak feeling dia tu.

keluar dari pawagam dah pukul 1.15 gitu. nak pegi solat. terserempak pakwe pulekk.. terus manja-manja bagitau ' i dah letih jalan. i nak sandar. ' dush!! penumbuk sekali. haha. berangan lebih. ok. belakang tu surau. ada 2 surau dalam ni. dekat pintu masuk 1, dekat pawagam 1. jadi takde alasan la yer..

selesai solat, nampak alat muzik kat air.. dia berbunyi tau kalau kita lalu sebelah. dasyat btoi.


Dino Island ni kalau nak main, dia akan basahkan baju kita.. Kak Eva takmau main. pastu aku dengan Anis dok pikir lagi. memula macam takmau sebab nanti basah. tapi nanti rugi pulak. basahkan sekejap jer. jadi, aku dengan Anis redah.

 memang basah la sikit. tapi ok jer. Malaysia kan panas. apa ada hal? haha

Kak Eva ajak main apatah yang tembak-tembak. dia kata best.. tapi malangnya tutup. jadi kitaorang bedal main menda nih. tak tau apa nama dia. nampak macam permainan budak-budak.

budak-budak la sangat. sekali dia angkat ko ke atas, ko dah mengucap panjang. haha. dia naik turun naik turun.

masa dia naik ok lagi. bila dia turunnn, Allah hu Rabbi. takut gila. haha. yang ni aku bising sikit sebab, kaki tergantung. aku lagi rasa takut main ni daripada roller coster.

nampak peta. acah-acah tengok. padahal tak kisah pon. bedal jer. nampak mainan tu kita boleh main, main jer. takyah pilih-pilih.

 pastu jumpa train. naik jer la.. dah tak larat jalan. 

 Train To Busan.. pasni diaorang jadi zombi. *tak kelakar.

Anis dengan Kak Eva dok sekali dalam train. tetiba tak mau kawan dengan aku. haha. gurauuu.. mana muat nak dok 3 orang. takyah ngada sangat.

ni game last kitaorang main sebelum pegi makan.. dah penat gila masa nih. air pon dah habis.

tengah hari rembang pi main kat tasik, seksa gila. haha. panas memancor-mancor. Anis bawak bot sorang-sorang. 

aku suruh Kak Eva drive sebab aku malas. haha. lepas main bot, kitaorang terus keluar. pi makan KFC kat depan Legoland.

lepas makan, kitaorang masuk balik. aku dengan Anis jer pegi main lagi. Kak Eva tunggu kat kerusi nih. tak tangkap gambar dah sebab Anis tinggal jer barang-barang suh Kak Eva jaga. sempat la kitaorang main 3 game lagi. naik roller coster, main apatah yang lantai bergerak tu, pastu main basikal terbang. yang basikal terbang tu, kena simbah air. pegi balik dekat Kak Eva, dia heran kenapa tetiba lencun. haha

apa-apapon memang puas hati. pi pulak dengan geng satu kepala. seronok tak kira la. oh ya. nasihat aku kalau nak datang sini, pakai sport shoes pastu spare air masak. cuaca panas nanti ko tak tahan. lagipon barang dekat Legoland standart la mahal. kalau duit tu tak tau nak buat apa, boleh la beli. si Anis pi beli air milo cawan size regular, rm5. dah tak tahan sangat kekdahnya. air kitaorang suma dah habis. huhu. jadi, cubala siapkan apa yang patut. sebab Legoland sangat besar. walaupon kita boleh keluar masuk, tapi mesti tak larat punya bila dah banyak jalan. hehe.

ok la. sampai sini jer.. ada cerita aku tulis lagi. insyaAllah.



terima kasih buat yang sudi membaca <3



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...