9 October 2016

Travel : Beijing, China (Day 5)

assalamualaikum...


klik link dibawah untuk baca entry sebelum :


Alhamdulillah dah sampai hari last dah. jadi ini adalah entry last pasal travel ke Beijing. insyaAllah ada rezeki kita pi berjalan kat tempat lain pulak pastu kita cerita kat sini. hehe.

untuk hari last, kitaorang start jalan lambat sikit. sebab hari ni terus check out. kira kitaorang jalan daripada pagi sampai malam. pastu terus ke airport. takde balik-balik hotel lagi dah. so, pagi tu breakfast pon hantar ke bilik macam hari pertama. dalam pukul 10 pagi baru gerak keluar. dah siap la dengan luggage suma.


Capital Museum

cuaca hari ni sangat baik. kalau semalam jerebu, hari ni cerah jer. dah takde jerebu. tapi angin kuat gila. jadi, masih lagi sejuk menggigil bila kena angin.

muzium ni sangat besar. ada dua bahagian. tapi aku pon tak berapa faham cara pembahagiannya. hehe.


kitaorang pegi bahagian yang kaler hijau ni dulu.

ada tayangan. cerita pasal sejarah Beijing. jadi harus tengok.

jangan risau takut tak faham sebab ada subtitle. tapi masa kitaorang tengok ni, tempat dah penuh. kitaorang duduk jer kat tangga. pastu boleh serbu ja masuk tak kira show dah start ke tak, jadi macam tak berapa boleh fokus sangat sebab ada macam-macam gangguan. huhu

dah selesai tengok tayangan, kita pon naik la setiap tingkat nak tengok apa yang ada.. banyak tingkat tau muzium ni. memang besar sangat.

pemandangan dari tingkat atas..


dalam ni ada heater.. jadi aku bukak jer baju sejuk sebab rimas. 

bahagian dalam dilarang ambik gambar.. jadi bergambar kat luar jer. dalam tu biasala, ada barang-barang sejarah. kitaorang masuk suma. cuma ada bahagian yang tak bukak, kita pon tak masuk la.

dah tengok suma dekat bahagian hijau nih, tinggal masa 15 minit gitu. pastu diaorang dah ajak naik bas. alaa.. bahagian lagi satu belum tengok lagi. huhu


tak puas hati kenapa masa kejap sangat dekat muzium nih padahal besar. dia bagi sejam ja.. mana cukup. huhu. pastu aku buat perangai degil. aku nak jugak pegi belah sini. tengok cincai pon takpe. janji tengok. sebab bukan senang nak datang. 

bangunan belah oren tak tengok lagi. tak boleh jadi. kena pegi jugak!

aku ajak gak Kak Nia pi nengok belah sini. 

Kak Wahid ikut sekali. 

belah sini macam tak ketat sangat. boleh ambik gambar.. 

tengok sikit-sikit jer. kalau rasa biasa, cepat-cepat keluar. ni saja main mesin yang pamerkan barang sejarah. dia cerita la kat kita secara detail.

tak pasti ni tingkat berapa. ada opera cina. tengok gitu jer. sebab kejar masa. lagipon bukan kita faham bahasa cina. hehe

pastu gerak naik tingkat atas. macam meriah jer kat atas ni.

naik tingkat atas paling best. ada replika bentuk-bentuk rumah dan contoh adat istiadat. memang seronok la nak bergambar.

Kak Rose, Kak Sarah dan Cikgu Quek pon ada kat sini. ni pon jenis degil jugak. haha





kita degil bersebab.. sebab kitakan datang dari jauh. tapi kitaorang tak lambat sangat ya. tepat-tepat pukul 12 kitaorang dah masuk bas.

pas selesai dekat muzium, kitaorang pegi makan tengahhari. menu dekat Beijing sepanjang kat sana sampai la hari last, memang tak pernah mengecewakan. yang kecewanya sampai ke sudah tak pandai pakai chopstik. ada gak try, tapi kesudahannya jatuh ke meja jala. tak sampai mulut pon. sadisss.. huhu

aku suka menu nih. letakkan daging dekat kulit, letak sayur, pastu gulung. terus ngap. sedapnyaaaa! daging dia rasa fresh.

Niujie Muslim Supermarket


Niujie Muslim Supermarket ni dekat dengan kedai makan tadi. jadi lepas selesai makan, kitaorang terus masuk supermarket muslim ni.

depa pi tindih dinding ni dengan macam-macam barang. tulisan tak nampak habis. huhu


ramai gila manusia.. mungkin sebab ni satu-satunya tempat yang paling selesa untuk orang Islam membeli barangan halal.




aku takde beli apa-apapon kat sini. tengok-tengok jer..



Kak Nia dengan Makcik yang duduk sebelah dia dalam bas. 

Majid Niujie


Masjid Niujie adalah masjid yang tertua dekat sini..

masa masuk mula-mula, kitaorang buat tak tau jer dengan map nih. seryes dia punya bangunan bersimpang siur. sampai tak jumpa-jumpa mana tempat solat perempuan. sesat masuk dalam nih. huhu



tak reti nak cerita la dia punya simpang siur tu camna. tapi kalau korang datang sini, tolong tengok map dulu. barula tak buang masa cari tempat. 


bergambar dengan orang tempatan. 


tak tau bangunan apa yang banyak-banyak sangat. tapi cantik. snap jer. hehe



diaorang baru selesai solat jemaah. 

dah kuar masjid, sambung pulak tangkap gambar kat luar. haha.


nampak langit biru.. cantik sangat.





Jalan-Jalan



aku tak dapat nak pastikan tempat ni nama apa. sebab Anita pon tak bagitau betul-betul. bila aku search nama-nama tempat yang aku agak, aku tengok gambarnya tak sama macam kat sini. jadi, sory. tak dapatla nak bagitau nama apa. 

kat sini kita cuma bergambar jer..

pasal tempat ni aku memang takleh nak cerita sangat sebab aku tak tau apa. kat sini aku cuma menikmati pemandangan dan ambik gambar.


dekorasi kat sini macam ala-ala English. 





takde caption la eh.. korang tengok gambar jer. sebab tak tau nak letak caption apa. haha




angin memang kuat eh. nampak mafla tu kucar-kacir bukan sebab apa. angin punya pasal. hehe. menggigil jugak ni sebenarnya.




ok.. dah nak gerak tempat lain dah.


Silk Street

ni last dah untuk shopping kat sini. sebelum berangkat pulang. mesti ada yang tak cukup barang lagi. kat sini la nak membelinya.

aku macam takde selera sangat nak shopping. sebab mengenangkan perangai diorang yang buruk masa kat Pearl Market semalam.


tapi bila masuk je dalam ni, macam tenang jer. tak kecoh-kecoh macam kat Pearl Market.

gedik betoi bila nampak cermin. mendongak nengok cermin atas esculator. hehe

oleh kerana orang kat sini macam baik-baik sikit, jadi aku pon beli la. haha. tak banyak pon. tambah-tambah sikit jer. lagipon duit masih ada lagi.

jadi, aku lebih gembira shopping dekat sini daripada Pearl Market. sebab kat sini lebih tenang.


The Place LED Screen

malamnya kitaorang pegi tengok LED Screen terpanjang di Asia.





panjang gila.. sampai tak tau camna nak tengok. haha


sakit leher dok melangut tapi tak tau punca tengok apa. =P


menarik. cuma tak faham camna nak tengok tanpa perlu menanggung sakit leher. mungkin pasni dia buat tilam bawah tu biar bergolek ramai-ramai nengok screen. haha.

Makan Malam

ni antara restoran febret Kak Sal, travel agent kitaorang. 

makan sampai kenyang sebab lepas ni terus pegi airport. yea! dah nak balik Malaysia.

dalam perjalanan ke airport, pakat-pakat bagi ucapan. Arwah Abang Fendi sebagai wakil travel agent Malaysia, Anita wakil travel agent Beijing, dan Kak Salmi sebagai wakil pelanggan yang berpuas hati. hehe.


kali terakhir melancong dengan arwah Kak Dania. kalau ikutkan dulu banyak perancangan. banyak tempat kita nak pegi. tapi Allah lebih tahu segalanya. syukur atas kesempatan yang diberi. dapat terbang jauh dengan Kak Nia dan cipta banyak kenangan manis. kami sama-sama teruja sebab dapat pegi jauh ke negeri China. Alhamdulillah..


nota : segala cerita yang aku kongsikan disini, adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan sendiri. tak semestinya pengalaman dan pandangan kita sama. kalau korang pegi nanti tak rasa sama macam apa yang aku cerita, ataupon korang dah pegi tapi tak sama macam apa yang aku cerita, tak perlu persoalkan. setiap orang pasti ada pandangan dan jalan cerita sendiri. yang paling penting, berseronokla ketika percutian. mudah-mudahan banyak kenangan manis dapat tercipta.


terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...