6 August 2016

jalan-jalan di Kuching, Sarawak (part 2)

assalamualaikum...




ok.. kita sambung cerita jalan-jalan kat Kuching. untuk entri kali ni aku sekali kan jer hari kedua dan ketiga. 

hari kedua sebenarnya kitaorang masih samar-samar lagi nak pegi mana. bangun pagi lepas solat masih dok bincang nak pi mana. ada yang nak pegi Taman Negara Bako, nak pegi muzium kucing, muzium buaya. memandangkan pagi tu hujan, jadi kami dah tolak awal-awal Taman Negara Bako. sebab semalam dah puas dah kena hujan waktu berjalan dekat Kampung Budaya. so, hari ni pilih indoor jela. nanti sakit kepala pulak asyik main hujan.

last kitaorang pilih pegi muzium. banyak muzium kat Sarawak ni. tapi kami pilih yang dekat jela.so, kami pegi Muzium Sarawak.

hujan eh.. tu Kak Sha tutup kepala sebab dia memang sejenis tak tahan kena hujan.


ni waktu melawat.. masuk percuma jer. 

Muzium Sarawak ni besar. 2 tingkat. ada banyak sangat info dalam nih. kitaorang dok dekat sini lama jugak sebab membaca dekat setiap gambar. pastu ada replika binatang, contoh rumah panjang, segala jenis patung sembahan, macam-macam laa yang korang nak tau pasal Sarawak ada kat sini. tapi dalam muzium biasala. tak boleh tangkap gambar. so, kalau nak tau dengan detail, datang sendiri.

dekat dengan Muzium Sarawak ni, ada satu lagi muzium. muzium rama-rama tak silap. kalau silap ampun.. huhu. tapi masa kitaorang pegi ni, dia tengah renovation. so, takde menda sangat. jadi, kami pon gerak pegi cari muzium lain.

pastu jumpa Muzium Islam Sarawak.

masuk sini pon percuma jer. 

besar jugak Muzium Islam ni. cuma pada aku, biasa-biasa jer muzium nih. tak banyak sangat info.

oleh kerana nak sangat tengok rumah panjang sebenar. jadi, kitaorang pegi Kampung Annah Rais. Kampung ni boleh tahan jauh jugak dari bandar. jalan nak masuk kampung pon agak mencabar sebab ada tanah runtuh. Alhamdulillah, kami dapat sampai dengan selamat.

Kampung Annah Rais ni suku kaum Bidayuh. ok, sebelum jalan kat rumah panjang diaorang, kena daftar nama dan bayar. tak ingat harga tiket berapa. RM10 kot kalau tak silap.

kalau datang Sarawak tapi tak pegi jalan dekat rumah panjang, rugi rasanya.. sebab negeri lain takdok. hehe.


 wefie dulu..




diorang proses padi bukit secara manual. 

nampak acik ni jual buah. pastu tanya-tanya dia, dia kata ni buah tampoi. sejenis buah Sarawak. dia bagi kitaorang rasa sebiji. ok la.. rasa masam-masam kelat. pastu tak beli pon. haha. sebab rasanya suma pon tak mau makan.


ada beberapa mural yang katanya dilukis oleh pelawat..

 kawasan ni sangat besar.. memang tak daya jugak kalau nak pusing sampai habis. huhu




bagi aku, suasana kat sini best.. sebab macam kat kampung. ada banyak pokok, ada sungai. pastu orang kat sini baik-baik. acik yang pakai payung tu teman kitaorang jalan sebab kitaorang nampak anjing. pastu panik tak tau nak buat apa. haha. tu yang dia ajak jalan sekali. 

rumah panjang ni pon dah moden. tengok.. mencanak Astro dimana-mana. haha

yang dah renovate rumah bagi jadi batu suma pon ada..




kedai runcit pon ada..

ada mini museum.. tapi kitaorang tak masuk pon. so, tak tau apa yang ada dalam tu.

tak pastila kalau dalam rumah diaorang takde tandas. tapi aku rasa tandas ni mesti untuk pelawat. takkan pelawat yang datang nak ketuk rumah diaorang pulak untuk tumpang tandas.


kalau ada yang rasa macam jalan satu hari tak cukup, pastu nak feeling lagi kehidupan orang Bidayuh dekat rumah panjang ni, bolehla sewa homestay. ada beberapa homestay kat sini yang korang boleh menginap.

kat sini lantai diaorang guna kayu belian. memang kukuh. diaorang akan ganti tak silap 10 tahun sekali.

nampak stok diaorang simpan?? bukan main banyak..

ok.. dah nak gerak. penat jugak jalan kat sini. pulak tu cuaca panas sangat. mula-mula macam nak pegi dekat kolam air panas. tapi sebab cuaca panas sangat, tak payah la.. dah panas nak pegi tambah lagi. baik masuk keta, bukak aircond. hehe

makan tengahhari kitaorang pegi balik dekat Muzium Sarawak. sebabnya masa kitaorang sembang-sembang dengan pekerja kat muzium tu, dia bagitahu gerai kat muzium tu ada Mee Brunei yang femes. kita pon tanya, " sedap eh? " dia jawab, " nyaman.. " ohh.. ok. kena try.

jadi, kami pon cuba, memang sedap!! 5 bintang.

selesai makan, kitaorang pegi Masjid Negeri untuk solat jamak zohor dan asar. 


masjid dia besar dan cantik..

selesai solat, kitaorang gerak pegi Waterfront. malam tadi gelap. tak sempat nak jalan-jalan. jadi, datang lagi.. oleh kerana panas, kitaorang nak try aiskrim gula apong.


letak gula apong dulu, pastu topping..

ada kacang, cornflakes, oreo.. gula apong tak nampak sebab tertutup dengan topping. hehe

layan betul makan aiskrim sambil tengok pemandangan indah di petang hari. bangunan tu DUN Sarawak.

tenang jer tengok sungai nih.. tapi jangan disangka sungai yang tenang tiada buaya. cubala ko celup tangan dalam air tu. tau tau kang, dah dok dalam mulut buaya. huish! Nauzubillah.. huhu



ok.. nak menyeberang sebab nak pegi kedai Kek Lapis Sarawak.

ok.. harga penambang ni ikut jarak. kalau ko tunggu dekat tempat yang jauh, harga dia mahal sikit. kalau dekat murah sikit. gitu! kitaorang naik penambang yang dekat jer. 50sen jer harga dia. bukan sebab nak jimat jer, tapi sebab takut. jangan nak seronok sangat dok atas Sungai Sarawak nih. huhu


tak sampai berapa minit, dah sampai. lega sangat.. hehe

dah sampai sini, kita akan nampak banyak sangat kedai kek lapis. boleh confius ooo..

tapi of coz la kita cari yang femes. kita pon bukan senang nak datang sini. so, takleh la nak ber'eksperimen' kek lapis sapa paling sedap. kalau orang kat Sarawak takpela.. dia hari-hari boleh rasa. so, kitaorang pegi kedai kek Dayang Salhah dulu.

masuk jer kedai tengok tester bukan main banyak. alamak. alamak. rambang mata terus. suma nak sumbat dalam mulut. haha

seriously, bila dah banyak-banyak camni, ko pon taktau mana yang sedap. makan ni sedap. makan tu sedap. pastu rasa lagi. pastu dah kenyang. pastu rasa cam boleh la terus balik. haha

hehe.. gembira campur confius.

pastu mulala proses memilih kek lapis untuk dibawa pulang. hat 5 ringgit ni tak tau la sedap ke tak. nampak rupa macam plasticine jer. haha

rambang mata oiii!

rambang-rambang pon takdela banyak sangat beli. hehe

pastu pegi kedai kek lapis Mira plak.


lebih kurang jer macam Dayang Salhah..

tester lagi.. kalau korang tanya aku mana sedap memang tak dapat nak jawabla. makan banyak-banyak dah rasa cam sama jer. haha. aku beli dekat dua-dua kedai. tapi tak tau beza. 

untuk makan malam, kitaorang pegi dekat Restoran Barok.


masuk-masuk jer terus nampak diaorang masak seafood segar-segar. memang mengiurkan. ewah! haha

Restoran ni konsep dia macam rumah.. memang unik.


ok.. menu kat sini kitaorang pilih citarasa Sarawak.

umai ikan.. Kak Sha kata umai nih tak masak. dia macam jerukkan jer. tah. aku tak tau. aku makan jer, hehe, sedap. rasa masam-masam dan pedas.



ayam pansuh.. ayam pansuh ni masak dalam buluh. dia masak dengan segala jenis pucuk. pon sedap jugak.

satu lagi menu belum sampai.. tunggu punya lama tak sampai jugak. last makan dulu laa..

dah makan separuh baru sampai menu last. pepahat. menu last ni ok ok jer..  hehe.

habis makan kitaorang nak terus balik. hari pon dah gelap. harga penambang waktu malam jadi double. kalau datang tadi 50sen. balik harga RM1. tapi alhamdulillah, masa turun nak bayar tetiba ada sorang mamat nih tolong bayarkan kat kitaorang berempat. terkejut pulak kita. terima kasih pon tak sempat nak ucap sebab dia terus pegi camtu jer. takpela.. mudahan murah rezeki awak sebab buat kebaikan secara rambang. hehe

hari ketiga kitaorang janji dengan Aton sebab Aton nak bawak pegi jenjalan dekat Pasar Serikin. memula Aton nak ajak sarapan laksa sarawak. tapi kitaorang memang ada sarapan kat apartment. so, tak sarapan la dengan Aton. jadi, konvoi sesama ja pegi Serikin.

pasar Serikin ni lebih kurang macam Rantau Panjang ataupon Padang Besar la.. dia bukak hari Sabtu dan Ahad dari pukul 7 pagi sampai 2 petang. banyakla barang-barang yang dijual dekat sini. kain batik, telekung, tikar, baju.. suma murah-murah. kalau pandai menawar lagi untung. macam aku nih, aku jalan dengan Aton. sebabkan dia dah biasa, dia bawak pegi kedai yang memang murah jer. pastu, ramai gak aku jumpa kawan-kawan study yang keje kat sini. dah jejak kasih di tengah-tengah keramaian manusia. haha

Thanks Ton bawak kitaorang shopping kat sini. boleh tahan banyak gak aku membeli. sampai kosong purse aku. haha

insyaAllah panjang umur ada rezeki kita jumpa lagi eh.. bye-bye Ton. thanks bagi ole-ole. hehe

balik, kitaorang nak balik sendiri sebab nak singgah-singgah. so, tak follow Aton la. pastu nak singgah Gua Fairy. sekali tersilap pi naik kat gua tempat orang sembahyang. eh? pebenda pulak. termalu kitaorang kat situ. patut takde orang Islam. haha

sini baru betul Gua Fairy. tapi bahagian atas tak boleh naik. diaorang tutup. kat bawah nih ada karaoke pulak. layan jela..

so, kitaorang jalan kat bawah-bawah jer..





 dah puas tangkap gambar.. kitaorang gerak nak pegi makan tengahhari..

makan tengahhari ni atas cadangan Kak Wahid. dia kata abang dia suruh try pegi makan kat Rumah Hijau

boleh la kalau korang nak check it out!

memang best Rumah Hijau ni sebab dia memang sebuah rumah yang diubah suai menjadi restoran. masa kitaorang datang ni memang fullhouse. ok.. ni antara hidangan kek yang menjadi kegemaran jugak bagi pengunjung. jadi, kena try.

kitaorang pon ambik sorang sepotong. pastu rasala sorang sikit. sedap!

aku tak ingat apa jenis minuman nih. tapi memang curlasss! tajuknya ' jangan kata hakak tak payung yung yung ' haha

oleh kerana, diaorang kata Nasi Ayam Penyet paling special sekali kat sini, maka kita pon try Nasi Ayam Penyet..



sebabkan dekat Serikin tadi tak habis lagi shopping, kitaorang pegi Pasar Satok pulak untuk beli-belah terakhir, hehe
sini pon best jugak. pastu kitaorang rasa ada sesetengah barang kat sini lagi murah daripada Serikin. 



mungkin jugak sebab Serikin ni waktu cuti sekolah dia naikkan harga sikit.. biasalakan.. ramai orang.

terubuk masin Sarawak.. kalau datang sini tak beli terubuk masin, rugi.. pakcik ni bukan main ramah lagi. orang Terengganu yang dah lama merantau kat Sarawak. bila dia tau Kak Sha orang Terengganu, terus dia tukar dialek. hehe

pastu kitaorang pon terus mintak diskaun. murah hati pakcik nih. dia lebih kurang halal jer..

dalam pukul 7pm camtu kitaorang naik flight ke JB. alhamdulillah.. syukur sangat dapat mengembara ke tempat orang. banyak benda boleh belajar. mudah-mudahan ada rezeki lagi Allah bagi untuk terus mengembara.. Amin..



terima kasih buat semua yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...