18 August 2016

camping di Tanjung Leman

assalamualaikum...

Alhamdulillah.. tahun ni dapat lagi join perkhemahan kokurikulum. aku ni kan memang sejenis yang suka sangat kalau bawak berjalan. jadi, kalau ada camping ke, lawatan ke, takyah la segan silu nak ajak aku. mesti on punya kalau takde apa-apa. 

tahun ni perkhemahan dekat Tanjung Leman. salah satu sebab kenapa aku suka bila nama aku terlibat dengan perkhemahan dan lawatan, aku leh berjalan dengan percuma. haha. pastu ada tempat yang aku tak pernah lagi pegi. so, untungla.. sambil bertugas sambil tengok tempat orang. gittuw! 

sebenarnya perkhemahan ni dah settle masa bulan April lagi. aku jer yang baru sibuk nak cerita. heee. well, u know me. =P

macam biasa, kami bercamping 3 hari 2 malam. aku rasa perkhemahan kali ni lagi best dari tahun lepas. sebabnya tempat dia best. pastu banyak aktiviti boleh buat.

hari pertama kitaorang sampai kat Tanjung Leman dah petang. so, cuma bagi taklimat sesikit jer.

check kumpulan, pastu kutip henset diaorang. nanti dah nak balik, baru bagi balik henset diaorang.

dimana ada Anis, disitu ada camera. haha. well.. minah ni memang sejenis yang kalau pegi berjalan dengan dia, setapak melangkah sekeping gambar. haha. itu ibaratnya. nak bagitau yang dia memang suka bergambar. aku pon menumpang jelaa.. bagus jugak. nanti sedut je suma gambar dari dia.. Kak Sha kat belakang sibuk photoboom pulekkk..



budak dok dengar taklimat kita pon bergambar jela..

ni cikgu-cikgu praktikum kat sekolah kitaorang. bagus diaorang nih. opsyen PJ, so, suma jenis yang bertenaga je. banyak membantu. 

lepas dengar taklimat, budak pegi mandi dan solat maghrib. selesai solat baru makan malam. macam biasa cikgu tukang cedok lauk pauk dekat anak-anak.

kantin dan surau dekat sini kecik. jadi kena gilir-gilir. kalau lelaki solat, perempuan makan. kalau perempuan solat laki makan. gitu!

ok. aktiviti untuk malam ni takde gambar. malam ni sebenarnya ada aktiviti berkumpulan pastu ada night walk. night walk masuk hutan pukul 11 malam. masa night walk la kita dapat tengok macam-macam perangai budak-budak nih. hehe. memang best!

hari kedua, ada macam-macam aktiviti best. pagi tu ada senamrobik. gambar takde pulok. tapi aku memang happy betul senamrobik kat tepi pantai. kalau dengar lagu Indon yang aku tak tau tajuknya tapi lirik lagu dia cam ni ' angkat tangan ke depan, ke belakang, depan belakang.. ' pastu lagu ' pencuri hati - Ayda Jebat ' memang macam terbayang-bayang bau dan angin pantai pagi tu.. seronok betul.


lepas senamrobik dan sarapan pagi, kita bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya. main masak-masak. hehe 

dah jadi fasi ni, memang tak dapat la nak lari. kena la berpening-pening melayan budak-budak ni memasak. kali ni masak roti dan ubi bakar.

aku sendiri pon tak arif sangat bab-bab ikhtiar hidup nih. so, aku pon belajar sekali. ubi tu patutnya cara dia tanam dalam tanah bawah api. tapi kitaorang macam tak yakin. takut tak masak. jadi campak jer terus dalam api tu. tapi kita letak ubi tu bahagian tepi la. pastu golek-golekkan sesedap rasa. roti bakar gitu jela. haa.. roti tu adunan dia cuma tepung, air, gula dan garam. budak yang uli dan lilitkan dekat buluh. kita tengok dan bagi arahan jela.

tadaaaa!! terkejut tak?? haha. rentung habis dikerjakan bebudak nih. walaupon rentung, dalam dia tak masak aku rasa. tahhh.. malaih aku nak rasa. takut sakit perut. =P

nin dia kumpulan aku. PROAKTIF namanya walaupon aku rasa cam suam-suam kuku jer aktif diaorang nih. hehe. ( ko dah kenapa kak berdiri atas batu sambil cekak pinggang? dah macam ko pulak yang cikgu nih. huhu )

hasil daripada semua kumpulan. macam-macam rupa. yang tabur sekali dengan cengkerang la, dedaunan berguguran la, seram aihhh tengok pon. haha. tapi bebudak kena makan tau apa yang diaorang masak nih. pastu roti tu cicah dengan kari ayam yang telah dimasak oleh cikgu lelaki. 

cikgu pon dapat makan jugak. tapi ni yang cikgu laki buat la. bukan hat budak punya. sedap roti lilit nih. macam tak puas makan sikit. hehe, tu yang pakat berebut tuu..

roti lilit nih kena buat nipis-nipis. baru dia masak. pastu rangup jer.. eh, bersungguhnya ko! haha.

petang sikit dalam pukul 3, kitaorang bersedia nak hiking. sebenarnya risau jugak nak hiking petang ni. sebabnya cuaca nampak mendung. pastu ada bunyi guruh. kalau tetiba masa tengah hiking tu hujan, jenuhlaa.. 


sebelum naik, bergambar dulu.. Kak Eva tak join hiking petang ni sebab tak sihat. 

mendaki kali ni aku rasa mencabar sikit berbanding Gunung Pulai sebab trek dia lebih cerun. sepanjang pendakian, kita kena pegang tali jer. pastu mata kena tengok bawah sebab takut kaki kita landing tempat yang salah. sebab tu tangan kena kuat pegang tali.

jadi tugas kitaorang cikgu-cikgu, kena jaga setiap tempat tambah-tambah kawasan bahaya. kena tengok anak murid sepanjang diaorang mendaki. pastu bagi jugak kata semangat supaya diaorang boleh selesaikan pendakian. 

walaupon ada murid yang takut, kurang keyakinan, tapi diaorang cuba jugak. Alhamdulillah.. gembira tengok.

botol air suma bergantung macam tu.. cikgu laki buat macam beg. comel jer. senang nak bawak.

bila suma budak dah selesai, baru kita boleh sambung mendaki..

Alhamdulillah.. diaorang suma berjaya sampai atas dengan selamat. ni sesi melepaskan penat lelah. 


pastu cikgu-cikgu pon teruja sebab dapat sampai atas. hehe


dekat hujung nampak pemandangan indah alam semula jadi. laut terbentang luas.. suma murid-murid boleh bergambar. kitaorang mencelah masa kumpulan last tangkap gambar. hehe


cikgu cikgi yang handle camping 2016..

memandangkan nak naik sini susah, tah bila lagi nak datang. pastu kita pon tak tentu boleh bekerjasama lagi, jadi tempek la banyak sikit gambar bersama. hehe


ok.. nak turun dah.


 cikgu kena turun dulu sebab nak jaga budak..

 dah sampai bawah.. Alhamdulillah. suma berjaya mendaki dan turun dengan selamat.

dah cukup suma, baru kita gerakkan diaorang balik khemah. pastu kendiri. ( rehat dan bersihkan diri )


cikgu pon dah keletihan. tapi tangkap gambar tak letih pulok? haha. 


aktiviti malam ada camp fire. ada pertandingan persembahan antara unit beruniform. feeling pulak melayan persembahan budak-budak nih depan unggun api sambil dengar deruan ombak. ecewah! hehe. tapi seryes best.

habis pertandingan, budak-budak boleh terus tido. kita tau diaorang penat. jadi bagi jer tido awal. cikgu malam ni ada buat BBQ. tapi makan sikit jer sebab dah ngantuk sangat. nafsu tido lagi kuat dari nafsu makan. sekarang rasa nyesal pulak sebab teringat ayam bakar dengan ikan bakar yang Kak Ecah dan Kak Mas buat sedap kemahen. tapi makan sikit jer. huhu. rugi rugi.

untuk hari last, perancangan asal nak bagi budak mandi laut jer. tapi memandangkan obor-obor banyak dan berada ditepian, terpaksa batalkan aktiviti mandi laut. jadi Kak Sha buat macam-macam aktiviti la untuk mengisi masa. paling best main galah panjang. ni kan permainan kita masa kecik-kecik. mengimbau la jugak. 

bukan budak jer main, cikgu pon main jugak. siap lawan dengan murid lagi. ok.. bukan senang nak tengok aku gelak-gelak dengan anak murid. time camping jela kita sporting sikit. hehe






lepas makan tengahhari, dalam pukul 12 dah kena check out. jadi barang suma kemas dulu. pastu baru buat majlis penutup.


 Majlis penutup ringkas jer.. ada ucapan dan penyampaian hadiah.

ok.. bergambar kenang-kenangan dengan kumpulan aku. takde menang apa-apapon kumpulan ni. tapi takpe.. asal diaorang enjoy dan dapat belajar sesuatu pon dah cukup.

bergambar kenang-kenangan dengan suma fasi. memang terbaik lah! takde tensen-tensen pon. suma enjoy jer.. 

nanti jemput ceq join camping lagi tau! hehe. ( tak malu. )



terima kasih buat yang sudi membaca <3


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...