4 May 2016

perginya seorang sahabat...

assalamualaikum...

9 April 2016 - aku sedang berbaring di depan TV. melayan panggung sabtu. sesekali tangan mencapai henset. cuba menyemak beberapa akaun sosial. masuk satu mesej dari Kak Eva ke dalam group.

Kak Eva hantar gambar Kak Nia yang sedang terbaring diatas katil hospital bersama caption, ' Salam adik2 dan akak2.. ni berita yg baru Kak Eva dpt dari adik Kak Nia yg bagitahu Kak Nia berada di hospital akibat pendarahan dalam perut.. Harap kita semua dpt berdoa semoga Kak Nia cepat sembuh dan kembali bertugas. '

aku terus terduduk. Allah! betul ke nih? terus bertubi-tubi soalan aku tanyakan pada Kak Eva. Kak Eva mintak semua bertenang. dia cakap insyaAllah takde apa-apa. tapi Kak Nia perlu dibedah. hati terus rasa tak sedap. kalau takde apa-apa kenapa perlu bedah? aku mintak izin pada Kak Eva untuk bagitau kawan-kawan dalam group sekolah, dengan harapan semakin ramai tahu, semakin ramai mendoakan Kak Nia. Kak Eva izinkan.

beberapa ketika, terimbau saat-saat seminggu sebelum Kak Nia balik kampung pada hujung minggu. aku perasan Kak Nia kerap pegang perut. jalan membongkok. bila aku tanya, dia jawab takde apa-apa. masa dalam bilik j-Qaf, tengah berborak sambil bergurau senda, Kak Nia mencelah. ' hang jangan buat lawak sangat Kiah. Kak tak boleh nak gelak. sakit. 'Allahu..

malam tu, Kak Eva call. Kak Eva cerita pasal sakit Kak Nia. Kak Eva kata Kak Nia sembelit. ada beberapa kali pegi klinik. katanya sembelit tu dah teruk. mungkin itulah puncanya. aku cuba positif. walaupon sudah acap kali air mata bercucuran. tak mampu nak membayangkan kesakitan yang Kak Nia tanggung.

esok pagi di sekolah, Kak Eva bagitahu yang Kak Nia dah selesai pembedahan. rupanya Kak Nia menjalani 2 pembedahan. pertama untuk buang air dalam perut. perut Kak Nia penuh dengan air. sebab tu pegi ke klinik doktor tak boleh detect. pembedahan kedua, buang ketumbuhan. ya, ketumbuhan. rupanya ada ketumbuhan dalam perut Kak Nia. dan dah pecah.. khabar tentang sakit Kak Nia sangat membimbangkan. aku seram sejuk untuk berbicara dengan semua orang. hati sentiasa berdebar-debar. mata mudah saja berkaca. sebab aku bimbang. bila cakap pasal ketumbuhan pecah, ramai yang menceritakan contoh-contoh yang menakutkan. aku takut. benar-benar takut.

Kak Eva selalu mintak supaya aku positif. insyaAllah, takde apa-apa. doa untuk Kak Nia tak putus-putus. berharap agar Kak Nia sembuh. itu saja yang aku mintak. khabar tentang keadaan Kak Nia kami terima dari adiknya, Kak Nabiha. selepas pembedahan, Kak Nia stabil cuma lemah. mendengar itu pon sudah cukup memujuk hati.

14 April 2016 - kami melawat Kak Nia di Hospital Tun Fatimah Muar. sebaik sahaja masuk ke dalam wad, melihat keadaan Kak Nia terus bercucuran air mata. demi Allah aku tak kuat. sebelum sampai aku dah niat dalam hati untuk bagi semangat pada Kak Nia. taknak menangis. tapi Allah jela yang tahu perasaan aku waktu tu. selama aku berkawan dengan Kak Nia, aku selalu nampak muka yang ceria dan gembira. tapi hari ni aku tengok Kak Nia yang sangat lemah, pucat dan tak bermaya. hati aku sakit. aku tak mampu nak tahan. Allah..

sebelum balik, aku salam Kak Nia. peluk dan cium dahi dia.

' Kiah.. maafkan akak yer. doakan akak. bagitau semua orang akak mintak maaf. '
kata-kata Kak Nia aku balas, ' ya kak.. saya pon mintak maaf jugak. saya sentiasa doakan akak supaya sembuh. Allah nak bagi akak pahala yang banyak sangat.. Allah nak bagi akak syurga ' terputus-putus ayat yang aku cuba sampaikan. aku sebak. aku tak mampu nak berlama-lama. genggaman tangan Kak Nia aku lepaskan..

esok harinya, housemate aku Kak Sharimah dan beberapa lagi orang rakan pegi melawat Kak Nia. pulang ja dari ziarah, Kak Sha bagitahu keadaan Kak Nia hari ni agak baik. dia nampak segar. boleh makan. sesekali bila dengar diaorang berborak, dia tersenyum. Alhamdulillah.. gembira dengar berita positif tentang Kak Nia.

17 April 2016 - aku bertanya khabar Kak Nia pada Kak Biha melalui whatsapp. Kak Biha balas,
' keadaan Kak Nia baik. besok keputusan pengesahan sakit Kak Nia akan keluar. mohon doa semua kawan-kawan dan cikgu-cikgu agar tiada apa-apa yang membimbangkan. '

Allah debarnya..

18 April 2016 - pagi-pagi lagi aku dah whatsapp Kak Biha untuk tahu keputusan sakit Kak Nia.

Kak Biha cuma balas, ' Kak Nia perlu jalani rawatan susulan kimoterapi. '
aku membalas, ' maknanya Kak Nia cancer ke? '

diam.

aku tak mahu memaksa. kita tak tahu dan tak faham keadaan dan situasi mereka. bagi masa. petang sedikit aku cuba lagi.

' Kak Biha, maaf saya ganggu. tapi boleh saya tahu Kak Nia cancer apa dan stage berapa? '
' cancer ovari tahap 3. ' ringkas jawapan Kak Biha. Allah...

positif. positif. positif. aku pasak dalam kepala dan hati. aku mahu Kak Dania kuat dan lawan. ramai yang beri kata semangat Kak Nia masih muda. dia boleh lawan. dia kuat. kita juga perlu kuat.

setiap hari, ingatan tak pernah putus pada Kak Nia. pernah sekali aku menangis di dalam kelas di depan murid. aku terlalu sebak. aku tak mampu nak menahan perasaan. dalam kelas tu, aku selalu nampak Kak Nia di belakang sedang tasmik budak. bila aku perlu bagitahu anak-anak yang Kak Nia sakit, aku sebak. aku menangis. maaf itu bukan sengaja.

perkembangan dari Kak Nia tak begitu memberangsangkan. dia ada balik ke rumah sekejap. tapi tak sampai 24 jam, dia perlu dimasukkan ke wad kerana kurang darah.

aku cuba memberi beberapa cadangan makanan, ayat-ayat al-quran yang boleh menyembuhkan cancer, contact number ustaz. semua pon atas cadangan orang sekeliling. itu demi sebuah usaha dan ikhtiar.

28 April 2016 - kami bercamping di Tanjung Leman. minggu lepas tak dapat ziarah Kak Nia sebab ada program sekolah ' search and destroy '. minggu ni kena camping pulak. tapi kepala tak putus ingat Kak Nia. kenangan ketika bercamping tahun lepas sentiasa diungkit.

aku ingat kalau Kak Nia dah sihat nanti aku nak cerita dekat dia. best camping kali ni kak.. tapi tak boleh mandi laut sebab ada obor-obor. pastu budak Danish tu kumpulan Kak Husna. kalau kak yang datang, Kak la jadi fasi dia. sama macam tahun lepas. mesti lagi pening kepala kak sebab kali ni dia bawak adik dia pulak. asyik bergaduh jer.. hmm

malam waktu aktiviti night walk, Kak Eva tanya. ' bila kita nak pegi tengok Kak Nia eh? '
' hari Khamis nak? ' aku tanya semula.
' tapi takut nanti GB tak lepas kita balik awal.. '
' Jumaat kita masuk kelas memanah. takut tak sempat pulak kak.. '
' kita pegi tengok Kak Nia petang la. lepas memanah. '
' tapi kelas tu pukul 3. '

terus Kak Eva tarik nafas. takde jawapan..

30 April 2016 - selesai jer majlis penutup, semua orang bebas.sambil tunggu bas datang, budak-budak sibuk selfie tepi pantai. cikgu pon sama. ada yang berselfie, ada yang berborak. aku duduk di atas tunggul kayu sambil mengadap laut. takde mood nak bergambar. rasa badan tiba-tiba macam lemau. macam ada rasa tak kena. bukak phone. baca mesej-mesej di Telegram.

ramai yang menziarah Kak Nia cuti nih. tapi semua perkhabaran dari diaorang tak menyedapkan hati.

' sedihnya tengok keadaan Dania. dia tak sedarkan diri. '
' sayu sangat hati tengok Dania. hanya air mata jer yang mengalir '

Kak Eva terus call Kak Biha. selesai ja dia cakap dengan Kak Biha, dia panggil aku. Kak Eva tarik nafas dalam-dalam.

' Kak Nia dah tak sedarkan diri. buah pinggang dan jantung lemah. kerap kali mulut menyebut Allah. '

badan menggigil. seram sejuk.. air mata mula bertakung.

' Kiah.. rasanya kita dah kena sedia dan redha dengan apa yang akan jadi lepas nih. '

diam. aku tak mampu balas. aku cuba kawal emosi. terbayang-bayang wajah Kak Nia. dalam hati, berdoa banyak agar Kak Nia mampu melalui waktu-waktu kritikal ni dan kembali sihat. moga ada keajaiban.

1 Mei 2016 - pukul 11 pagi kami bertolak dari JB ke Muar. aku dan kawan-kawan konvoi 2 kereta. nak menziarah Kak Nia. dalam perjalanan kami berborak pasal camping dan ada jugak beberapa cerita tentang Kak Nia. cuba nak menutup rasa bimbang.

ketika kereta semakin menghampiri Hospital, aku bukak phone. saja nak semak mesej. aku baca mesej dari Pn. Rosni di dalam group telegram sekolah.

' Dania dah tenat. Keluarga semua dah berkumpul. Doktor tak bagi tinggalkan dia. '

jantung berdegup kencang. betul ke nih? Kak Eva mula mendengus tak puas hati bila baca mesej tadi. mungkin jugak dia cuba menutup rasa risau..

sampai jer di Hospital, semua muka risau. Kak Eva tak pandang dah kiri kanan. lepas turun kereta, selajunya dia berjalan. aku seiring Kak Eva. aku tahu dia risau. sama macam aku. beberapa kali aku dengar Kak Eva menarik nafas. aku usap belakang Kak Eva. terus Kak Eva menangis. 

' Kiah.. Kak Nia Kiah.. ' air mata aku turut sama mengalir. tangan Kak Eva aku genggam.
' Sabar kak.. insyaAllah takde apa-apa.. ' kata-kata yang cuma penyedap hati. 

langkah terus diatur laju sambil tangan kami bergenggam erat. air mata tak henti-henti mengalir. masuk je dalam lif, kami kesat air mata. perlu kuat didepan Kak Nia.

kami bergerak menuju ke wad 12. langkah diatur laju. sampai dihujung, kelihatan ramai orang sedang berkumpul. kami mendekati. Allah! Kak Nia diatas katil kelihatan sangat lemah. tak sedarkan diri.mata Kak Nia ke atas. dada Kak Nia berombak. kiri kanan adik dan ayahnya sedang ajar mengucap. 

air mata terus mengalir laju. dada sesak dan sakit. hati aku bagi dihiris-hiris melihat keadaan Kak Nia. Kak Eva mendekati mak Kak Nia. bersalaman dan berpelukan. tangisan mengiringi pelukan yang agak kuat. aku merapati adik Kak Nia, Juni. Juni memeluk aku.. menangis dalam pelukan. kami sama-sama melepaskan segala rasa didalam tangisan. Allah.. sakitnya ya Allah.

aku mendekati mak Kak Nia pula..bersalaman dan berpelukan. tangisan pun berhamburan.
' doakan Dania ya Naqhiah.. doakan ' 
aku usap-usap badan mak Kak Nia, ' sentiasa makcik. semua orang sentiasa doakan Kak Nia. semua orang nak Kak Nia sembuh. semua sayang Kak Nia. '
' yaa.. Dania anak yang baik. ' mak Kak Nia membalas.
' baik makcik. baik sangat.. takde yang buruk pada Kak Nia. '

sepanjang hari berada di hospital melihat keadaan Kak Nia. al-fatihah dan bacaan yassin berulang kali dibaca. sesekali mendekati Kak Nia. pegang tangan dan kaki dia. kaki dia bengkak.

dalam pukul 4.30 petang, kami nak beransur pulang. insyaAllah besok kami nak datang lagi tengok Kak Nia. sebelum balik, aku menghampiri Kak Nia. pegang tangan Kak Nia dan berbisik di telinganya.

' Kak Nia ni saya Naqhiah.. Kak Nia, semua orang doakan akak. semua orang sayangkan akak. semua nak akak sembuh. Kak.. ingat Allah banyak-banyak. Allah nak bagi akak syurga. saya mintak maaf banyak-banyak kak.. saya selalu melawak dengan akak. saya sayang akak. saya rindu. '

aku bawak tangan Kak Nia ke bibir. aku cium tangan dia sepuas hati. aku lihat air mata Kak Nia mengalir. Kak Nia dengar apa yang aku cakap.

' saya balik dulu kak.. assalamualaikum. '

perjalanan dari Muar ke JB terasa pilu. terasa jauh sangat perjalanan. ditambah pula dengan kesesakan jalan raya. sampai dirumah dalam pukul 10 malam. badan letih yang amat. lepas mandi dan solat, aku berbaring diatas katil. penat memang penat. sebab letih balik dari camping tak habis, pastu banyak pulak menangis. pedih jugak mata. tapi tah kenapa terasa macam tak boleh tidur. aku capai henset dan membuka beberapa akaun sosial. saja menengok-nengok. tiba-tiba masuk mesej whatsapp dari Kak Nabiha.

' akak saya dah kembali ke rahmatullah. doakan dia ditempatkan dikalangan orang-orang beriman '

Allah!! aku terus terduduk. Kak Nia dah tak ada. Kak Nia betul-betul dah pergi tinggalkan kami.. aku mengurut dada. istighfar sebanyak mungkin. cuba menenangkan diri. berasa diri sedikit tenang, aku foward mesej ke group ' kita-kita aje ' dan group sekolah. bertubi-tubi mesej masuk. mengucap takziah..

telefon berdering. Kak Eva memanggil. aku mengangkat.

' Kiah.... kita baru jer jumpa dia Kiah. ' tangisan Kak Eva berhamburan. aku juga tak dapat menahan. buat seketika kami melepaskan tangisan. bila sedikit reda, aku mengatur bicara.

' kita dah janji nak redha kan? kita kena terima kak.. besok kita pegi tengok dia yaa.. ' Kak Eva mula tenang. 
' hmm.. besok kita pegi tengok dia. ' talian dimatikan. aku menyambung tangis. aku mintak Kak Eva tenang, tapi aku juga tak begitu kuat.

telefon berdering sekali lagi. Anis pula memanggil. bila talian diangkat, Anis cuma menangis. menangis dan terus menangis. aku cuma mendengar dan turut sama menangis.

' Anis.. sabar. kita kena redha. besok kita pegi tengok Kak Nia eh.. '
' hmmm.. ' kemudian Anis kembali menangis. aku dah tak kuat. aku mintak Anis tenang. aku putuskan talian.

aku turun ke bawah. ambil wuduk dan terus baca yassin buat Kak Nia. sepanjang malam, hanya wajah Kak Nia terbayang. mata tak bisa lelap sampai ke pagi.

2 Mei 2016 - sampai jer sekolah, aku taknak bercakap dengan sesiapa. aku tak kuat. aku lihat Kak Balyah memeluk Kak Eva di parkir kereta. erat.. aku berjalan terus ke bilik guru. aku lihat Kak Ina dimeja. masih aku tak mahu menegur. aku cuba mengumpul segala kekuatan untuk menerima hakikat.

aku turun ke dataran. pagi ni akan diadakan bacaan yassin buat Kak Nia. aku memilih kerusi paling hujung. jauh dari semua orang. Kak Rin mencapai microfon lantas terus membuat pengumuman.

' pagi ni kita akan buat bacaan yassin. untuk pengetahuan semua, Ustazah Dania telah kembali ke rahmatullah. ' ada nada sebak pada suara Kak Rin. kekuatan aku mula hilang. air mata mengalir deras. Kak Rin duduk sebelah aku. usap belakang aku. tangisan makin menjadi-jadi. Allahu.. sakitnya ya Allah. sakit.

yassin dibacakan dan diketuai oleh Ustaz Rizam. dikiri kanan, depan belakang, terdengar tangisan dari guru-guru. sungguh syahdu bacaan yassin pagi ini. selesai bacaan yassin, Puan Hajah Rokiah menghampiri aku dan Kak Eva. 

' akak nak peluk korang. ' terus Puan Hajah peluk kami berdua. erat. kami bertiga tenggelam dalam tangisan

 ' akak tak sempat nak peluk Nia. akak peluk korang sebab rindu pada dia. percayala.. Dania orang yang baik. Allah pasti akan sediakan tempat terbaik untuk dia. ' 

dalam pukul 8 pagi, kami bergerak menuju ke Muar. dalam pukul 10 pagi, sampailah kami diperkarangan rumah Kak Nia. rumah Kak Nia sebelah surau. jenazah sedang disembahyangkan waktu kami sampai.

kami cuma dapat lihat jenazah dimasukkan ke dalam van sahaja. tak dapat lihat wajah arwah. walaupun begitu, masih bersyukur sebab kami sempat melihat dari jauh.

sungguhpon sedih dengan pemergian Kak Nia, tapi setidaknya Kak Nia tak menanggung sakit yang lama. sebanyak mana pon sayang kami pada Kak Nia, Allah lebih sayangkan Kak Nia. kita semua milik Allah. sampai masa kami juga akan mengikut jejak langkah Kak Nia. janji Allah itu pasti. damai lah kau disana kakakku sayang.. tinggalkan segala penat lelah dunia dan semoga Allah menempatkanmu dikalangan orang-yang orang beriman.

terima kasih ya Allah kerana Kau pinjamkan Kak Nia kepada kami. walau sebentar cuma, aku sangat menghargai persahabatan ini. Kak Nia orang yang sangat baik, sabar, murah senyuman, banyak mengalah, menghiburkan.. Allah.. terlalu banyak kalau aku nak tulis kebaikan Kak Nia. yang penting aku mengharapkan tempat yang baik untuk Kak Nia. kenangan bersama Kak Nia akan terus terpahat di ingatan.. semoga kita dapat bertemu disana nanti Kak Nia.



Allahyarhamah Dania bt Khalid,

4 Mei 1983 - 1 Mei 2016

Al-Fatihah..





terima kasih buat yang sudi membaca <3




15 comments:

  1. selamat jalan k.dania syg....k.nia org kdua selepas ayah aku pergi y meninggalkan kesan y terdalam dr hati...aku x tahan baca entry hang kiah.rindu menusuk2 kalbu.

    ReplyDelete
  2. Allahmaghfirlaha warhamha...
    Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun

    ReplyDelete
  3. Allahmaghfirlaha warhamha...
    Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun

    ReplyDelete
  4. Kami warga ipg kampus bt lintang mengucapkan salam takziah...semoga rohnya dicucuri rahmat dan dianugerahkan kematian yg terindah...

    ReplyDelete
  5. Dania tetap dalam kenangan..dari rakan2 di SKTabuan 😢

    ReplyDelete
  6. Dania tetap dalam kenangan..dari rakan2 di SKTabuan 😢

    ReplyDelete
  7. Maha suci Allah...walau sebentar perkenalan kita di UNITI....sungguh akak sgt menghormati awak dania....semoga syurga lah yg Allah beri buat awak...amiin....allahummaghfirlaha warhamha

    ReplyDelete
  8. Maha suci Allah...walau sebentar perkenalan kita di UNITI....sungguh akak sgt menghormati awak dania....semoga syurga lah yg Allah beri buat awak...amiin....allahummaghfirlaha warhamha

    ReplyDelete
  9. Dania.. mmg terlalu baik.. semoga syurga tempat dania..

    ReplyDelete
  10. Al Fatihah....buat sahabat ku.....

    ReplyDelete
  11. Kak Dania..wlpn sekampung..x penah berjumpa...tapi kuasa Allah...kami berkenalan dan berkawan di Sarawak...org yg suka senyum..ketawa...hilang segala kerisauan bila tgk muka kak dania...kami berkawan hingga lah dipindah kan ke johor tahun 2014...sama2 di bawah satu ppd...bulan 9 2015..skali lagi kami bersama mengikuti kursus PTM di mersing...jemput kak dania utk sama2 ke mersing..satu bilik ngn kak dania selama sminggu...balik anta kak dania...ya Allah..begitu terkesan sgt di hati...tahun ni x jumpa lg kak dania sbb xad program..dan x sgka...tahun lpas la tahun terakhir kami bertemu n berbual mesra...slalu bertanya tntang jodoh masing2...ya Allah..smoga arwah kak dania ditempat kan dikalangan org2 mukmin...rindu pd arwah..hanya al fatihah ku kirim kan..damai la kak di sana..tggu nani bersama bidadara2 syurga...aminn...

    ReplyDelete
  12. Kak Dania..wlpn sekampung..x penah berjumpa...tapi kuasa Allah...kami berkenalan dan berkawan di Sarawak...org yg suka senyum..ketawa...hilang segala kerisauan bila tgk muka kak dania...kami berkawan hingga lah dipindah kan ke johor tahun 2014...sama2 di bawah satu ppd...bulan 9 2015..skali lagi kami bersama mengikuti kursus PTM di mersing...jemput kak dania utk sama2 ke mersing..satu bilik ngn kak dania selama sminggu...balik anta kak dania...ya Allah..begitu terkesan sgt di hati...tahun ni x jumpa lg kak dania sbb xad program..dan x sgka...tahun lpas la tahun terakhir kami bertemu n berbual mesra...slalu bertanya tntang jodoh masing2...ya Allah..smoga arwah kak dania ditempat kan dikalangan org2 mukmin...rindu pd arwah..hanya al fatihah ku kirim kan..damai la kak di sana..tggu nani bersama bidadara2 syurga...aminn...

    ReplyDelete
  13. walaupun hanya sebentar saja mengenali dania,sempat sama mengajar satu sekolah di sarawak,arwah seorang yang sangat baik.murah senyuman..moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman...

    ReplyDelete
  14. Allauakbar....sehingga kini saya masih belum begitu kuat menerima pemergian Nia. Masih segar wajah tenang dan senyuman yang x pernah lekang dr bibir Nia.Masih terdengar2 suaranya, gelak guraunya. Masih terpapar gelagat lucunya. Hanya sedekah Al-Fatihah mampu dititipkan bersama juraian airmata untuk Allahyarhamah Dania bt. Khalid. InsyaAllah suatu masa nanti kita akan bersua di alam sana, Nia. Damailah dikau sahabatku disamping Allah SWT Yang Maha Penyayang...Amiin... ~EmyNBJ

    ReplyDelete
  15. terima kasih k.dania untuk perjumpaan yang smentara..tak banyak detik brsamanya..tp setiap kali bertumbung senyuman dibibirnya tak pernah lekang...hati ku brduka mnjdi trhibur melihat keletah k.nia.. k.nia..doa nisa..smoga k.nia tenang dan di tempatkn dikalangan org yang beriman..insyallah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...