16 August 2015

Travel : Pulau Batam Indonesia ( Part 2 )

assalamualaikum...

amboi.. lama bebenor peram cerita. ok la. memandangkan aku tengah rajin nih, jom kita sambung kisah kat Batam pada hari kedua.

kalau ada yang dah lupa part 1, boleh la klik link kat bawah untuk baca balik.


HARI KEDUA

pagi tu lepas siap-siap, kitaorang terus turun kat lobi hotel. janji dengan Abang Jacka dalam pukul 8. sambil menunggu cam biasalaa.. pompuan. posing dulu seketul dua. hehe



depan hotel kitaorang, ada Kolej Jururawat. diaorang dok senamrobik pagi tu kemahennn.. kita pon nengok jer sambil gelak-gelak. pastu hati rasa cam berdebar. dah kenapa plak Abang Jacka ni tak sampai-sampai. risau betul. dalam pukul 8.30 baru la dia datang. fuhhh!

SARAPAN PAGI

Sebelum kitaorang pegi jalan, Abang Jacka bawak kami pegi sarapan dulu. nama kedai dah tak ingat. tapi sedapla makanannya. kami pakat order mee basah. bebetul basah mee dia. dah macam mee kuah. hehe

pastu kitaorang try kuih ni. namanya Luti Gendang. enak bangat dong! haha. kuih ni garing kat luar. lembut kat dalam. pastu dalam dia ada serunding. memang terbaik!

 KTM RESORT

pas makan Abang Jacka bawak kitaorang pegi KTM Resort. memula aku cam tak faham. kenapa nak bawak kitaorang datang sini. rupanya sebab tempat ni cantik untuk bergambar..


memang cantik Resort nih. kalau ada bajet lebih boleh la check in. tapi kitaorang punya percutian, percutian bajet. jadi, nengok jelaaa.. huhu

 terus nampak laut terbentang hokay! MasyaAllah cantik..

 tapi panas terik la. mata pon susah nak celik. heee



takde niat eh nak tangkap gambar dengan patung belakang tu.. kami nak posing bagi nampak tulisan KTM Resort tu je.. atee, dah patung tu besor bebenor. tak daye keme nak ngelak. =P

belakang tu Singapore tau. abaikan posing tahap kejung tuh. almaklum la.. model kampungan.


 nah! setelah di zoom.. nampak ke tidok??


 ok.. last dah. nak gerak pegi tempat lain plak.

TAMAN KOLAM SEKUPANG BATAM

 makcik tu tak kasi chance pon.. dia photoboom gambar kami. huhu

 aku suka tempat nih.. sejuk jer. angin kuat.

 ada banyak ikan.. 


suka sangat-sangat sebab cantik. pastu hati jadi tenang gitu.. dengan anginnya. MasyaAllah SubhanAllah.


 biji teratai.. yang orang selalu dok edit kengkonon ada penyakit kulit la bagai kan.. tipu jer. huhu. first time aku makan biji teratai nih. sedap la jugak. macam apa tah.. tak reti nak explain. heee.

MASJID JABAL ARAFAH


pastu kami pegi Masjid Jabal Arafah.. 

 best Masjid nih. besar.. selesa. toilet dia pon bersih sangat.

ada gerai kecik dekat depan Masjid. jual cenderahati..

kami tengok-tengok jer.. tak beli pon.

 pastu, beli tiket. nak naik menara. harga 5000 rupiah. bersamaan RM2 tak silap.

settle beli tiket, jom naik.

aku suka betul part naik menara nih. leh teropong-teropong. walaupon tak tau teropong apa. hehe

 bila naik menara, baru puas nak tengok bandar. baru kita tau besar mana bandar tuu.. pesat tak pesat pembangunan. 



 pose ni kelakor sangat. macam pose pemain bola tak jadi. haha

 OLE-OLE

sebelum balik, takkan nak balik dengan tangan kosong. jadi, kami mintak Abang Jacka bawak kami ke kedai cenderahati..

kat sini, bukan setakat cenderahati dari Batam jer. dari Singapore pon banyak. nak membongak kata pegi jenjalan Singapore sekali pon boleh. hehe. tapi aku tak wat gitu la kan.. kat sini kitaorang pakat beli fridge magnet dengan key chain.

 pastu singgah kedai Oleh-Oleh Batam. kat sini ada kek pisang best.

 kedai dia luas sangat. ada macam-macam jenis makanan kita boleh bawak balik. aku beli la serba sikit.

 tshirt pon ada. tapi tak beli pon sebab harga mahal sikit berbanding dekat kedai cenderahati.

 haaa.. ni dia kek pisang best dari Batam.. packaging pon dah tau betapa larisnya kek nih.

 ramah diaorang nih. pastu pandai plak tu pujuk kita beli banyak-banyak. sabor jela..

hasilnyaaaa.. ni jela. takdela banyak mana pon. hehe. cukup la tu habuan nak rasa.

ES TELLER TIARA

tengahhari sebelum balik, kitaorang pegi makan dulu dekat depan hotel. makan nasi dengan ayam bakar. sedap jugak.. Alhamdulillah..

 part yang paling best.. ini la dia. dessert kitaorang. Es Teller ( yang ada avokado ) dan sup buah ( yang warna-warni )

 nyaman tekak uiiii... setiap kali masuk mulut jer, nikmatnya Ya Allah. sedap sangat-sangat..

pas dah makan, kitaorang pon terus gerak balik. sebelum sampai jeti sempat Abang Jacka berenti dulu tepi jalan. suh kitaorang snap kat ' Welcome to Batam '. welcome apa tah.. dah nak balik nih. haha.

pastu dia suh plak posing bagi nampak masjid negeri. adoiii.. dah la panaih. macam nak buli kami jer Bang Jacka nih. =P

ok.. dah nak balik. tempek seketul gambar dengan Abang Jacka. dalam keta sebenarmya banyak lagi gambar selfie dengan dia. tapi takyahla.. buat korang muntah jer. haha. buruk bebenor. 

kesimpulannya, memang best sangat jenjalan dekat Batam nih. walaupon kami pegi kejap jer, tapi puas hati. sebab kita pegi dengan kengkawan satu kepala, pastu supir pon baik yang amat. orang-orang kat Batam pon boleh tahan budi bahasanya. makanan pon suma sedap. kira boleh telan la dan sesuai dengan tekak aku. pendek kata, Batam memang best!!



terima kasih buat yang sudi membaca <3

1 comment:

  1. hi....abg jacka ni mmg supir dekat batam ke? bole bagi no contct dia.. my email i_nadiya@yahoo.com.my

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...