30 July 2015

cerita raya hambar

assalamualaikum..

alahai.. bosannya tengok blog nih bila takde post baru. bukak-bukak jer cerita Ramadan ritu. matik selera! haha. jadi dengan itu gagah la diri ini menaip supaya blog ni nampak hidup sikit. padahal bukan takde benda nak cerita, travel ke Batam itu hari pon dok tersimpan jer dalam draf, malaih lagi aku nak update. kengkadang bila aku semangat nak update, line lembab macam siput. terus tak jadi nak update. pastu terus menerus dah malasnya sampai berbulan-bulan. haha

oleh kerana kita masih didalam bulan Syawal, sembangla sikit pasal hari raya. korang punya raya amacam? best? maap lerrr.. kak kiah ko punya raya hambar noks. ( ko dah kenapa buat ayat cam pondan? ) 

cuti sikit. balik rumah pon dah tinggal 2 hari je lagi sebelum raya. kelam-kabut beli persiapan raya. pastu terus balik kampung. dapatla sehari bukak puasa kat rumah, sehari bukak puasa kat kampung. bukak puasa kat rumah tu bestnya, blackout pulak masa berbuka. dah candle light dinner. menggagau semua dok cari lauk. haha. kelakor bila ingat balik.

jomla layan gambar di hari raya. malaih dah aku nak cerita panjang..

kita pegi beli baju raya kan last minit, jadi gaya last minit la. cacamarba habis. ikut suka ko nak pakai camna pon.. janji pakai baju. hoho

posing sama jer macam tahun lepas. skema yang amat. bezanya tahun lepas sedondon. tahun ni cacamarba.

yang pompuan sebab beli kat kedai yang sama, jadi design samala.. cuma kaler jer kita ambik lain-lain. sebab kalau sama kang, tertukar-tukar. dah la size kita lebih kurang jer. pastu bawak bergaduh. huhu

ni sesaje feeling dalam hutan.. haha. takde kojerrr.. =P

budak berdua ni sepupu aku. bukan anak sedara. sebab aku cucu sulong kan. terserlahlah ketuaan aku dok dengan diaorang nih. huhu

trademark kami dah ni.. tangkap gambar berlima masa hari raya. hehe

petang raya pertama tu terus gerak balik kampung mak plak kat Kedah.. masa kat Sg. Dua ayah ajak berhenti makan. start dari lepas makan kat situ, aku sakit perut ( cerry berry ) teruk yang amat. sampai raya ke empat sakit perutnya kooo.. huhu

adala sekeping dua gambar masa raya kedua. tapi takyah ah.. muka orang sakit perut tu teruk sangat. haha. 

bayangla.. sakit perut dari raya kedua sampai raya keempat. raya kelima perut dah ok sikit, dah kena balik JB plak dah. tak sempat hokay nak makan sedap-sedap. makan kuih raya sebijik pon dah memulas-mulas perut. janganla ko nak cerita ketupat, lemang, rendang bagai.. hambar kan raya aku?? huhu. takpela.. sapa ada buat openhouse? aku nak pegi serang nihh.. haha. tak puas lagi nak makan ketupat rendang. heee


terima kasih buat yang sudi membaca <3 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...