30 October 2014

N'Naha Beauty & Spa

assalamualaikum...

aku ni bukanla cantik sangat nak cerita bab-bab kecantikan. memang aku sedar diri la kan.. tapi, benda best kita kena kongsi bersama. tak baik kedekut-kedekut nih. nanti rezeki susah nak masuk. hehehe.

kulit muka aku jenis yang bermasalah. tapi aku malas. aku malas nak try produk tu, produk ni. aku pon bukan yang rajin nak kelebek muka lama-lama. sebab tu tak payah tanyala kenapa muka aku banyak jerawat, banyak black head, white head, kulit kusam, warna tak sekata, berminyak. ahhh.. segala masalah la dok ada kat muka nih. aku memang pasrah jer. haha

nak beli produk itu ini, aku kurang yakin sebenarnya. bukan kurang yakin dengan produk. tapi kurang yakin dengan diri sendiri. sebab kalau aku beli sesatu produk kecantikan ke apa, mula-mula ja aku semangat. lepas tu dah takda dah.. sebab tu selalunya makan tahun produk tu aku simpan tak habis-habis. last-last campak dalam tong sampah. ya.. membazir memang amalan syaitan. jadi, jangan buat kesilapan itu. huhu

so, buat rawatan kulit adalah cara yang mudah bagi aku. sebab aku cuma perlu peruntukkan satu masa jer untuk manjakan kulit muka dan buang segala kotoran. tapi tula.. nak buat facial ni selalunya mahal. setakat gaji cikgu macam aku ni, manala mampu nak buat rawatan kerap-kerap. menteri elaun nam-ribu-lebih pon merungut ikat perut. lagikan kita nih yang gaji tak sampai pon 3k.. tsskk

sebab tu kali ni aku nak memperkenalkan pada korang satu SPA yang sangat sangat best..


N'NAHA BEAUTY & SPA

kenapa aku rekemenkan spa ni? sebab service dia terbaik dan harga dia murah.. sangat murah ok. tak percaya tengok bawah nih..

nak buat facial serendah RM30??? betul? yaa.. ini betul-betul. bukan cubaan. aku dah cuba hari tu buat Sinus Facial ( Resdung ). sebab aku punya resdung boleh tahan teruk jugak. memang best la service dia. dia kerjakan kita punya muka sampai bersih. makan sejam lebih jugak. tapi harga RM35 jer.. puas hati sangat tau. kalau pegi Spa lain, memang dia hentam kita ratus-ratus. aku taula dulu aku dengan Dayah dah pernah buat kat Spa lain. sampai terketar kitaorang nak membayar. haha. 

body massage RM60. yang free tu bukan eh. ni poster promosi bulan merdeka. haha. aku main rembat jer poster ni kat FB. aku pegi dua kali tau Spa ni. 1st pegi dengan Jiha buat facial. pastu kali kedua pegi dengan mak untuk massage plak. apa yang aku boleh katakan, memang best dia urut. ringan badan. pastu tak lokek masa. maknanya bukanla tepat-tepat dia stop 1jam15minit tu.. kalau teruk sangat dia bagi lebih. macam mak aku kan dah berumur. badan pon letih. urat banyak yang dah keras, dia memang kasi kaw-kaw la kat mak aku. 

pakej lain dekat Spa nih.. kasi tunjuk harga jer. senang korang nak survey.

 make up pon dia buat jugak.. 

kami selepas buat facial.. muka puas hati. hihi

kalau ada yang macam sangsi, rasa murah sangat harga. selamat ke tak selamat nih. jangan risau yer.. owner Spa ni ( yang pakai tudung bunga-bunga ) sebelum ni lecturer dekat MSU dalam bidang kecantikan. dia memang ada sijil ok. jadi tak perlu was-was.

kalau korang ada niat nak try, boleh contact N'Naha Beauty & Spa untuk buat appointment. alamat Spa pon ada sekali. dan satu lagi.. kalau korang tak boleh nak datang Spa, korang boleh mintak diaorang datang ke rumah sebab dia ada buat service dari rumah ke rumah. best kan?? tapi area KL dan Selangor jela yer.. 

ok.. kalau nak tau lebih lanjut, korang boleh like FB N'Naha Beauty & Spa.
link klik  ( sini ). ada banyak lagi pakej best-best yang korang boleh cuba.




terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...