4 September 2014

26

assalamualaikum...

sempena hari lahir aku yang ke-26, aku nak belanja korang 26 perkara tentang aku.



1. lahir 30/8 waktu maghrib.ramai yang cakap sayang sangat sebab sikit lagi dah boleh jadi anak merdeka. tapi apa nak buat. dah Allah tetapkan aku lahir 30hb. mampu pulak kita nak ubah?

2. berat aku masa lahir 2.3. paling kecik diantara adik beradik yang lain. malangnya susah betul nak mantain jadi orang yang paling kecik. rasanya itu jela rekod yang boleh dibanggakan. huhu.

3. kuat makan. masa sekolah rendah tahap makan aku macam jin. sebab selagi ada makanan, selagi tu aku akan makan. nasi pon bantai sehari 5 kali. dasat tak dasat..

4. kawan-kawan sekolah rendah dulu (expecially budak laki) selalu ejek aku dinasour, gajah, sumo.. dah gemuk kan..

5. pemalu dengan orang laki masa sekolah. aku pernah menyorok belakang papan hitam sebab segan nak bertembung dengan orang laki dekat pejabat. kegilaan betul!! buat malu jer bila ingat balik. haha

5. pernah kena rotan dengan pengetua dekat perhimpunan masa sekolah menengah sebab kantoi keluar pekan secara haram. huhu. sungguh pon nampak macam jahat, tapi aku dan kengkawan bukan keluar sebab nak enjoy. kami keluar pegi ziarah roommate aka kakak bilik yang sakit barah otak. walaupun kena rotan, kami tak rasa ralat sikit pon sebab waktu tu memang kakak tu dah teruk. tak lama lepas tu dia meninggal.. huhu T_T

6. sebab aku bersekolah di sekolah agama, aku tak biasa bercampur laki pompuan. pastu aku jadi kejutan budaya waktu kerja dekat 7e lepas habis sekolah. aku tak makan kalau bekerja dengan budak laki. cuma minum air jer. punya sabar aku tahan makan selama 6 bulan kerja kat situ.. haha

7. aku pegi kolej naik basikal. seryes dulu malu gila nak kayuh basikal pegi kolej. rasa old school sangat. huhu. tapi lepas dah lama-lama, rasa macam best pulak. siap pegi kayuh jauh-jauh sampai Shahab Perdana, pastu beli beras 10kg, angkut dengan basikal. =P kena ngata pon buat muka kering jer..

8. pernah obses dengan warna merah. boleh dikatakan dulu semua benda nak kaler merah. nak nak dulu terpengaruh dengan cita bawang putih bawang merah. geram pulak aku tengok si Nia Ramadhani tu dressing kaler merah, aku pon follow la. semua barang-barang, mesti kaler merah. cadar, baldi, tuala, beg, pensil box, kasut dalam bilik, baju-baju tshirt, getah rambut, semualaa.. mesti merahhh.. sampai ada yang panggil aku ' merah ' ' humaira '. hehe

9. pemalu tapi peramah. aku malu dengan orang yang aku tak kenal. aku takkan cakap banyak. tapi kalau dengan orang yang aku dah biasa, aku akan bercakap tak henti-henti. sebab tu kalau orang yang tak rapat dengan aku, dia akan rasa aku pendiam dan sopan santun. tapi kalau yang dah rapat dengan aku, dia akan kata aku kepala gila. hehe

10. garang. perkara pertama yang orang akan nampak dekat aku ialah garang. kalau nak suruh aku explain sendiri, memang aku tak tau kat mana aku garang. mungkin cara aku bercakap kot. sebab aku takkan mesra sangat dengan orang yang baru kenal. pastu suara aku pon macam kasar. haha. patutla kot kena cop garang.

11. tak suka binatang. aku tak suka maksudnya aku tak pandai nak manja-manja dengan binatang. tapi aku tak zalim. takde nak pegi ambik batu baling ker, tolak masuk parit ker. aku cuma tak boleh nak bermanja-manja dan tak tau jugak nak tengok binatang tu comel ker menda.. pokoknya memang takde perasaan punya orang. haha

12. geli dengan kucing. sampai tahap aku dah tak malu nak jerit kat kedai makan. aku pon sanggup bersila atas kerusi dekat kedai makan semata-mata geli dengan kucing. seryes memang geli. takleh langsung. huhu

13. taste macam makcik-makcik. sekarang ni tengah gila mengumpul tupperware dengan segala pinggan mangkuk. kalau pegi supermarket pon asyik la nak usha periuk belanga dan pekakas dapur. macam la rajin masak sangat.. huuu

14. minat hindustan. haha. macam tak boleh bla. dulu masa kat sekolah lagi gila. asyik nyanyi lagu hindustan sampai bila hujung tahun ada jamuan jer, mesti aku kena buat persembahan tarian hindustan. boleh bayang?? haha. aku pon tak sanggup dah nak membayang.

15. rapat dengan adik laki berbanding adik pompuan. adik laki senang. tak banyak cerita. dengan adik pompuan asyik nak gaduh jer.. hehe. serba tak kena.

16. pakai spek dari tingkatan 4. tapi tak pernah pakai betul-betul. sebab aku jenis yang rimas. aku pakai bila nak kena tengok skrin macam TV @ laptop, nak drive, dalam kuliah, tengok slide & etc. selain daripada tu, aku tak pakai..

17. aku susah sangat nak cam orang kalau setakat selisih bahu jer. kadang-kadang ada jer yang bukan takat selisih bahu, siap ketawa menyembur-nyembur lagi. itu pon aku tak ingat jugak. haha. tak tau la masalah apa yer. amnesia ker? tapi tak la hilang ingatan sangat. cuma susah nak ingat orang. yang orang menegur kita beriya-iya. kadang sebab nak jaga hati orang, aku iyakan jer aku kenal. padahal aku tak ingat langsung.. teruk nauzubillah perangai. =P

18. memiliki En.Viva pada usia 24 tahun.. En. Viva pakwe pertama aku la kiranya. memula nak beli kereta yang kaler merah. tapi nak harga murah. sebab masa tu baru LPBS. elaun pon ciput. taknak beli keta mahal-mahal. Viva takde kaler merah. last-last ambik jela kaler grey. tapi lepas tu sibuk la penuhkan accessories kereta dengan kaler merah. punya la tak senang duduk bila takde kaler merah. hehe

19. pernah belajar jahit baju dekat Kemas. kengkonon nak jadi macam superwomen. suma benda boleh buat. tapi hampeh.. susah gila nak jahit baju. kena pulak dengan orang yang tak berapa sabar macam aku nih, memang tak kuasa rasanya nak renyah dengan kain-kain bagai. dah la asyik salah potong kain, pastu jarum pon asyik patah. pastu ehhh.. dah sambung baju lupa nak jahit tepi pulakkk.. pastu, terus baju rosak sebab tak reti kawal mesin jahit tepi. terus fed up takmo belajar jahit dah. huhu

20. boleh masak start tingkatan satu. anak sulong tapi jarang sangat nak tolong mak. haha. dah naik sekolah menengah barula nak rajin sikit. barula tahu nak masak untuk adik-adik bila mak pegi keje. tapi kalau ingat dulu menu dia sama jer. ayam kicap. ayam kicap. ayam kicap. pastu sardin. sardin. sardin. haha. takde plak adik aku merungut.. nasib baik.

21. suka baby. aku suka cium-cium baby. gomol-gomol pipi dia sampai dia rimas. sampai dia nangis. haha. gerammmm sangattt. kadang aku rasa macam psyco jer sebab aku bukannya reti nak usik-usik sangat. setengah orang dia pandai tackle budak. sembang-sembang. buat budak hepy. aku tak.. aku tau nak gomol jer. takde nak tackle-tackle. rakus tak?? haha

22. sensitif dengan sejuk. badan aku sangat tak tahan dengan cuaca sejuk. kalau hari hujan sepanjang hari dan rasa sejuk amat-amat, aku mula la asyik ulang alik ke tandas. nak terkucil jer memanjang. aircond pon aku tak tahan jugak. kalau aircond kereta aku ok lagi. aircond dalam bilik. sebab aku macam tak boleh nak tido bila sejuk sangat. nanti hidung aku berair. aku jarang nak minum air berais sebab taknak selsema dan batuk. tapi. tapi. tapi. aku rasa sekarang ni aku dah ok sikit. mungkin sebab cuaca dah makin panas. kalau hujan pon tak sejuk macam dulu. so, sindrom tu suma dah kurang berlaku pada aku. hehe

23. suka tido awal. aku punya mata dah set kena tutup sebelum pukul 12. kadang-kadang pukul 9 10 dah stat layu. pastu kalau ada keja kena buat @ keluar malam pukul 10 tak balik lagi, mula la aku nak membebel itu ini. saja jer nak menimbulkan stress.. haha

24. tak pandai bersukan. aku tak minat sukan dan tak suka bersukan. so, tak heranla kenapa aku gemuk kannnn? LOL

25. alami masalah kulit kering dan pecah dekat jari kaki dan jari tangan. masalah ni still lagi ada cuma dah tak teruk. kalau dulu, bahagian kaki aku jaga dengan sapu losyen, pakai stokin untuk elak daripada garu dan kopek kulit, pakai slipper dalam rumah. sekarang dah takyah dah sebab kulit dah makin ok. bahagian jari tangan memang tak boleh nak elak daripada pecah sebab kita pompuankan.. kerja dapur sentiasa on. kalau basuh pinggan banyak sikit, main sabun, siap la.. kadang bila dia dah start luka, aku kena makan pakai sudu. anyway, ibu jari kanan aku tak pernah ada bunga dan aku sentiasa akan ada masalah bila orang nak ambik cop jari aku sebab tak boleh baca. hehe. sabor jela.

26. takut bawak motor. aku takde lesen motor tapi aku pernah belajar bawak motor daripada adik lelaki aku. kira boleh la nak bawak sikit-sikit. tapi aku takut. aku rasa gayat. aku cuba jugak dulu bawak bila orang mintak tolong hantar dekat-dekat. tapi tak stabil langsung aku bawak. macam nak tersembam jer rasanya.. haha. pastu aku tak mau bawak tepi-tepi sebab takut jatuh. jadi, aku bawak kat tengah jalan dengan kelajuan yang menyakitkan hati. mihmihmih. jangan risau. aku dah takmau bawak moto dah. En.Viva kan ade??


fuhhh!! akhirnya...penat gila nak fikir 26 perkara tentang diri sendiri. rasa stress pulak.. 

*** dah taip panjang-panjang nih, rasanya cukup la kot.. dua bulan lagi pulak baru aku update blog. haha. ***





terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...