4 July 2014

macam - macam nak cerita tapi...

assalamualaikum...

salam jumaat dan salam ramadan semua!

lama tak update blog.. dah makin malas. padahal macam-macam nak cerita. tapi bila dah dok depan laptop, dah takde idea plak..huhu

sejak posting itu hari, berlaku sedikit perubahan. masuk sekolah baru, jumpa murid-murid baru, kengkawan baru. jadi kena stat balik dari awal. 

Alhamdulilah lepas daftar masuk sekolah, ada kawan yang ajak tinggal serumah. dekat sikit dengan sekolah. jadi, tanpa berfikir panjang aku pon pindah ke rumah sewa baru. syukur, syukur. tak la kesunyian dok sorang-sorang. plus ada teman nak pegi terawih sama-sama. ^_^ 

sebelum puasa itu hari, sempat la jumpa kakak-kakak Jqaf kat sekolah lama. buat makan-makan sikit. dah nak pisah kan.. huhu


kitaorang jumpa dekat rumah Kak Nani ( yang pakai tudung pink biru ). pastu diaorang kasi hadiah Tupperware kek dengan telekung. thanks kakak-kakak semua..

dari kiri : Kak Natirah, aku, Kak Nik, Kak Ainul dan Kak Su..
terima kasih atas kerjasama dan tunjuk ajar yang diberikan pada diri ini.

sebenarnya tadi memang banyak sangat nak cerita. tapi mood nak menulis tu masih belum sampai. sekarang aku rasa dah macam tah pape sangat entry nih. bosan gila. macam nak delete tapi dah penat taip. jadi, aku publish jela.. len kali cerita pasal sekolah baru dan kengkawan baru yer..

selamat berpuasa korang. k bye!



terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...