6 April 2014

trauma la jugak...

assalamualaikum...

semua kawan-kawan rapat dan family tau penyakit aku. aku jenis yang tak ingat jalan. penakut pulak. tak suka nak tergedik-gedik cuba teroka jalan sendiri. seryes penyakit takut yang menyebal.

kalau dulu, nak bawak kereta tapi takde sapa-sapa nak teman aku kat sebelah, sumpah aku takkan keluar. tapi bila dah start keje, kena la belajar-belajar drive sorang. mengada sangat la kan kalau semua benda nak kena teman. tapi tula..sebelum nak tinggalkan aku sorang-sorang dalam kereta, haruslah kena bagi aku ingat jalan dulu. macam masa first keje kat SKTE dulu, 3 kali mak ngan adik aku tunjuk jalan. 3 kali ok! sampai adik aku dah bebal dengan aku. muka masam jer sebab geram. haha. sory Ngah!

pastu masuk SKUT pon sama..kena ajar macammana nak drive dari rumah sewa sampai sekolah. 2 kali kena pusing tunjuk jalan. bagus la manusia yang kena layan kerenah aku. sabar tak hengat. banyak pahala korang tau. leh nampak tak function aku kat situ?? aku ni dana untuk korang tambah pahala. haha. *joke!

nak jadi cerita, aku dapat jemputan walimah dari seorang kakak. memang baik la kakak nih. penah la dulu deal dengan dia nak beli kereta, tapi sebab ade masalah sikit tak jadi pulak. tapi walaupun tak jadi, tetap jer dia baik dengan aku. mula-mula memang la berat sikit nak pegi sebab pikir pasal jalan kan..aku kan memang tak reti sangat bab jalan ni sume. kalau jalan yang aku dok biasa lalu pon kekadang terbabas, ini kan pulak tempat yang aku tak biasa pegi. setakat tengok peta kat kad pengantin jer..hazabedah la kannn..

tapi oleh kerana kakak ni beriya sangat jemput aku, tak sampai hati plak tak pegi. so,aku gagahkan diri. hangkut semua adik-adik aku kecuali yang bongsu. yang bongsu tu memang dah..susah sangat nak keluar rumah.

mula-mula hepy sangat nak pegi kenduri.. yang dak Amin kat belakang tu sebenarnya masa ni baru jer balik dari asrama. dia turun dari KTM kami pegi ambik, terus bawak pegi KL. konon nak bagi makan nasi minyak la kan.. tapi lepas beberapa jam, semua dah mula fed up! langsung tak nampak bayang rumah kendurinya.. dah guna GPS. dah belek peta dekat kad. dah turun tanya orang. dah U-Turn berpuluh kali..

mana rumah kenduri?? mana??  

semua dalam kereta dah macam nak bertukar jadi zombi. haha. L.A.P.A.R kotttt.. dari pukul 12 kitaorang keluar rumah. makan cekodok jer..sekarang dah nak masuk pukul 4. tak dapat makan lagi..of coz adik-adik aku tensen. aku pon tensen jugak. tapi aku yang ajak diaorang. so,takleh nak over sangat la..sebab rasa bersalah lagi banyak kerana melibatkan mereka dalam kesesatan ini..huhu

oleh kerana kesesatan ni macam tiada penghujung, maka aku dah give up! patah balik. mohon maaf bebanyak kepada pengantin sebab tak dapat hadir walaupun berpuluh-puluh percubaan dilakukan untuk sampai ke rumah kenduri.. berhentila kami dekat Petronas. solat dulu...

lepas solat zohor, kami tunggu asar. dah nak masuk waktu kan..sambil tunggu, aku suh dak Amin tapau makanan kat kedai runcit Petronas tu..
sedih tengok gambar nih..dak Amin macam tengah menyumbangkan roti pada fakir miskin..haha


 maka..lapik la perut dulu dengan roti sementara nak dapat makan nasi..*kesat air mata.

seryes aku takkan lupa moment nih..haha. lawak bila tengok kitaorang makan roti dalam keadaan sebak sebab tak dapat makan nasi minyak.

lepas solat asar baru la aku belanja adik-adik aku makan kat Restoran Johnny. nak tebus kesalahan..huhu. 

so, boleh tak kengkawan sekalian kalau aku tak datang kenduri, korang anggap jer aku trauma?? haha



terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...