1 April 2014

ber 'Muhasabah' Cinta...

assalamualaikum...

beberapa minggu yang lepas, ( mukadimah pon dah wat orang jelek nak baca. cerita basi lagiiii.. =P ) aku join program anjuran Biro Haluanita Johor dekat Kolej Profesional Mara. Kak Ainul yang ajak aku join.

Kak Ainul : Naqhiah nak tak ikut akak join program dekat KPM Bandar Penawar?
Aku : Program ape?
Kak Ainul : Program nih macam pasal cinta la.. kalau orang yang nak kawin ker, baru kawin ker, suka la kot join.. ( sengih )

dengar jer gitu, hati macam takmau pi la..aku bukan dok bercinta pon. kalau aku pegi nanti sentap jer. f.o.r.e.v.e.r.a.l.o.n.e. T_T

Kak Ainul : Panel dia Fatimah Syarha dengan ade sorang lagi Ustaz.. nama apa tak ingat.
Aku : Hmmm.. boleh la.. ( kelemahan aku ialah aku tak pandai tolak pelawaan orang. kalau aku takde keje apa-apa, orang ajak la aku join aktiviti menda pon, otomatik aku on. tapi, tak termasuk pelawaan dari lelaki ajnabi yer. mentah-mentah aku reject. )

sebenarnya, tak rugi langsung join program nih. dakwaan orang yang nak kawin ataupun dah kawin jer leh dengar seminar 'Muhasabah Cinta' nih, sama sekali tidak benar.. sebab cinta tu mempunyai makna yang sangat luassssss ( kedua-dua tangan buat bulatan yang besar. hoho )

dua orang panel yang sangat mantap..
Tn. Haji Norazman & Fatimah Syarha.
sumpah diaorang ni tak bosan langsung. mata segar bugar jer dengar diaorang bercakap. macam ada aura yang menarik untuk dengar diaorang bercakap. 

Tuan Haji nih ketua rombongan kapal Mavimarmara yang pernah pergi ke Gaza untuk memberi bantuan tapi dalam perjalanan diaorang kena tahan dengan Zionis. Tuan Haji ada tunjuk video beberapa sedutan masa kapal diaorang kena serang. cemas gila aku tengok. real-real baq ang! macam dalam filem pon ada. tapi ni la sebenarnya cinta. sanggup berkorban apa sahaja. demi cinta kepada Islam, sahabat-sahabat se-Islam dan tentunya kepada Allah. cinta yang sangat dalam sehingga mencipta satu kekuatan luar biasa. Allahu Rabbi!

Fatimah Syarha.. penulis novel dan penceramah bebas. aku pernah jumpa Ustazah 3 kali. tapi ini kali kedua aku bergambar dengan Ustazah. makin cantik berseri-seri dan bergaya. hehe. ( gambar aku edit sikit sebab nak tunggu bergambar dengan Ustazah lama sangat. kena berebut. sampai turn aku, dewan pon dah tutup lampu. sabor jela..huhu )

haaa.. ni gambar dulu. beberapa tahun lepas. beza tak? heee..aku pon beza kot. sememeh lagi. ceh! macam la sekarang ni lawooo sangat. puih! haha. tapi Ustazah of coz la manis ajeee.. ^_^

tak sah la kalau tak beli novel Ustazah.. harus beli. bacanya? sehari sehelai. mampu? tahun bilalaaa nak khatam. hoho

tapi..drama dia aku layan la jugak dekat Youtube. tak tengok kat tv sebab aku jarang tengok tv. so, nak follow tu memang susah. kalau kat Youtube, rasa nak tengok, bukak jer..tak rugi ok. banyak sangat ilmu dalam cerita nih. sambil tengok, sambil dapat ilmu.

hebatnya Ustazah dan suami.. tak lepaskan sedikit pon peluang untuk menyampaikan ilmu dalam pelbagai bentuk. sangat kagum!



nota cinta dari Ustazah Fatimah Syarha.


nota cinta 1 : cinta nombor satu, cinta pada yang satu

nota cinta 2 : begin with the end in the mind. niat dan matlamat

nota cinta 3 : dapat Allah lebih beruntung daripada segalanya

nota cinta 4 : cintakan ibubapa menghantar kepada cinta utama

nota cinta 5 : bijak memilih

nota cinta 6 : celikkan cinta buta

nota cinta 7 : kudrat manusia terbatas. bergantunglah pada Allah yang kudratNya Maha Luas 


ini pulak pesan dari Tuan Haji Norazman.

3 perkara untuk berubah

  1. kalau ada perkara yang kita buat Allah tak suka, buang!
  2. cari perkara yang paling ikhlas kita buat dalam hidup dan terus istiqamah.
  3. carilah Allah dalam hidup kita.

salam Muhasabah Cinta kawan-kawan... ^_~
jom intai cinta menuju Jannah!



terima kasih buat yang sudi membaca <3



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...