1 November 2013

dugaan

assalamualaikum...

setiap hari, aku dok berkira-kira berapa hari lagi nak cuti. nak balik rumah katanya..padahal bukanla ada apa sangat kat rumah tu, tapi nak jugak kepala nih pikirkan rumah. 

raya haji hari tu, dalam kereta on the way hantar aku ke TBS, mak ayah dah pesan siap-siap. ' Depavali nanti tak payah balik. duduk ja kat Johor. kan tak lama pastu ada cuti panjang akhir tahun. balik jauh-jauh penat ja..duit pon banyak habis. ' hmmm, aku angguk macam redha sangat. padahal hati kata, nak buat apa dok kat rumah sewa time cuti nanti. bosan kot. nak balik jugakkk..hoho

hari-hari dok kira berapa hari lagi nak cuti..sibuk borak dengan kengkawan bagitau 'kite balik Depavali nanti..lama kot cuti. mana boleh tak balik.' tapi ni yang nak cerita ni..manusia kan. kita hanya merancang, Allah yang menentukan. -,-'

dua hari sebelum cuti.

balik dari sekolah..drive nak balik rumah. terasa semacam jer kereta aku. kenapa tah waktu bawak tu terasa gegar gegar. aku dah macam pelik. air kurang ker? rasa macam dah cek itu hari. ok jer. minyak hitam pon dah tengok. sambil drive perasan sebelah kiri kereta macam mendap sikit. tayar ker?? adoiii..dok doa dalam hati semoga sempat sampai rumah. jangan la jadi apa-apa atas jalan. kang sapa pulak nak tolong.huhu

sampai kat rumah, turun dari kereta terus tengok tayar. cek satu-satu. bajet pandai sangat kononnya. apa sangat la aku cek pon. aku tendang-tendang jer tayar tuh. nampak macam keras. ok la kotttt..ngeee. enjin tak cek sebab baru lepas bawak. tengah panas. malas la..petang karang aku tengok balik.

petang tu, nak kuar beli makanan. aku pon pegi la usya kereta. tengok-tengok, tayar dah kempis. aku pon dah macam sawan.

" Dayah!! tayar aku pancit! " terkejut Dayah yang tengah dok sidai baju. hehe
" kalau camtu jom kita pi kedai tayar "
" camna nak pi, kempis sangat. "
" boleh kot gagah gagah.." sukahati ja Dayah nih..tak tengok tak apa, dia bajet pro. haha

pastu tiba-tiba ada jiran terjengul dekat pagar rumah. terus dia cakap,

" adik, ni bukan pancit..tayar adik meletup "
" huh?? " masalah besarrr kat situ..huhu
" adik nampak laki gemuk kat situ? " dia tunjuk pada sorang lelaki badan gempal yang tengah dok berborak. " dia tu mekanik. pegi mintak tolong dia. " cadang pakcik tadi. tapi tak sempat aku nak cakap apa-apa, pakcik tu dah suruh anak dia pegi bagitau dekat lelaki tadi. terusla diaorang datang belek-belek aku punya kereta.

Dayah pon datang jugak tengok..bila aku bagitau Dayah tayar aku meletup, Dayah cakap " patut aku dengar bunyi meletup tadi. ingat kan budak-budak main mercun.." hmm, tak sedar pulak aku. sedap sangat aku membuta tengahhari tuh. =P 

lepas diaorang tukar tayar spare, mekanik pesan kat aku supaya cepat-cepat tukar tayar sebab tayar spare tak boleh jalan jauh. 


tayar spare yang meragukan. =P
ececeh..orang tuh gigihnyeww snap gambor. haha. 

of coz la aku nak tukar tayar cepat. tayar spare tuh kecik sangat kot. macam tayar basikal jerk size dia. seram pulak aku nak bawak. huhu. 

so, malam tuh mengadula ngan mak..mintak tolong masukkan duit. duit simpanan aku dah kering sangat. terpaksa lerrr.

besok lepas sekolah, ambik duit kat bank pastu terus pegi tukar tayar. biasalakan..nak tukar tayar, bukan boleh sebijik. nanti tak balance. kena tukar dua bijik terus. hangus duit aku rm250. yang tadi kuarkan rm300, dah tinggal rm50. kepala dok pikir pulak. besok nak balik KL. tiket bas  tak beli lagi. dah la tiket bas gi KL harga rm40. haiii..mana cukup. ada baki rm10 jer. nak kena pi cucuk lagi. parah betoiii..

petang tuh, dok makan petang dengan Dayah. dia bagitau yang suami dia tak dapat cuti. so,dia terpikir nak gi KL. konon nak pegi rumah pakcik la, kawan la..tah..taktau berapa ramai adik beradik dia kat KL. mula-mula macam best jugak kalau Dayah nak pi KL. leh balik ngan aku. dok sat tuu,, dia kata malas pulak nak balik. nak dok rumah jer..pulak? tetiba Dayah kata camni, ' hang takyah balik la..kita dok sini ja. nanti kita jalan-jalan nak? ' huh?? emm, macam best pulak bunyinya tak balik..dah la duit pon dah banyak habis. tak payah balik la..

malam tu bagitau mak, 
' ayong tak jadi balik la mak. nanti cuti panjang ayong balik..'
' haa..takpa. cuti panjang pon tak lama dah '

so, cuti nih sila la berbahagia dengan bumi Johor..hukhuk


DEAR EN.VIVA

En.Viva, kite dah tukar tayar awak 2 bijik tau..please jangan buat perangai lagi. jangan sampai nanti gaji masuk, kite tukarkan awak terus. kekeke. ( macam besor sangat gaji engkooo kannn. puih!! haha )


terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...