19 October 2013

luahan hati...

assalamualaikum...

sebelum sebelum ni aku penah bagitaukan hari yang paling aku tunggu dalam dunia pekerjaan adalah :

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
HARI CUTI & HARI GAJI....muahahaha
ngada-ngadakan? ehh..lantakla..dah aku suka gitu. nak wat camne..hehe.

kat sekolah baru nih tiap minggu..hari Sabtu mestiiiiii kena sekolah. aku dah la pemalas. malas nak iron baju. malas nak mandi awal pagi. ingatkan ada dua hari boleh bersenang lenang kat umah. tapi NON ADO! mujur minggu lepas raya haji. kalau tak, memang kempunan aku tak merasa cuti hari Sabtu. ( perghh!! ayat aku. nampak sangat pemalas tahap dewa. bhahaha. )

aku tak tau la kalau korang tak suka cuti..tapi aku sukaaaaaa sangat cuti, faham? kalau boleh aku nak cuti. cuti. cuti. tapi gaji jalan. mampu?? kahkah! janganla ko biarkan aku keja kat tempat ko. memang berpusing urat kepala ko handle manusia pemalas macam haku. -,-'

walaupun begitu..dengan hati yang pasrah dan penuh tanggungjawab aku pegi jugak sekolah pada hari Sabtu. datang awal lagi kooo..( mata keatas, tangan kat bahu pleasee )  

cepatlah wahai masa..aku nak balik kampung Depavali nanti..muahaha. ( dah siap tenyeh kalendar dah! nak balik umah..walaupun mak ayah aku tak bagi balik sebab jarak antara cuti Depavali ngan cuti akhir tahun seminggu jer..takpela..nanti bodek lagi..hehe )

tu cerita pasal cuti..bab gaji pulak..

sapa tak suka gaji? cer habaq mai sini..gila sangat tak suka gaji! gila pon tak macam nih..haha. aku nih kan baru ja keja..gaji pon dok sangkut lagi. tak tau depa pi sangkut kot mana. hehe. tapi dengar kata 3 bulan keja baru dapat gaji..aku pon cubalah untuk bersabar...bersabar untuk memerangi nafsu shopping. ko faham la pompuankan..dia mana leh nampak tanda ' SALE '. secara tiba-tiba dan tidak sengaja, jadi sawan. hehe. pastu lupa diri. sekarang nih dalam proses menahan diri la kengkononnya..sebab aku nih kalau bukak FB, memang hobi aku la stalker online butik. usya baju, usya tudung. sampai letih-letih la gerammm..haha. ini yang orang panggil ' takde keje! ' ..usya jela yang mampu pon. tak dapat derr nak beli..sebab dah tau. dalam purse, lagi banyak resit daripada duit..boooo..

aku memang harap sangat gaji cepat sikit masuk. minyak dah naik 2kupang kotttt..janganla buat penganiayaan begini..cian aku...-,-'

untuk itu...nampaknya menu yang paling sesuai dalam tempoh takda gaji ni ialah...

MEGI...

image dari google sahaja. kalau megi yang selalu aku masak, of coz la presentation dia sendu..takde maknanya aku nak masak megi teruk teruk. aku boh aiq hangat jaa..cukup kembang, ngap! bhaha.

sabar yer perut..nanti aku dapat gaji kita gi makan Dominos..( sambil usap perut. wakaka )


nota kaki : bohsan gila entry kali nih. mengarut-ngarut jer aku tulis..-,-'


terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...