5 July 2013

hikmah berpuasa dan kelebihan Ramadan

assalamualaikum...

beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadan. maka dengan itu, marilah membaca entri ilmiah ini sebagai persediaan menyambut Ramadan..


HIKMAH BERPUASA & KELEBIHAN RAMADAN



  • Tibanya Ramadan, umat Islam seluruh pelusuk dunia serentak mengerjakan puasa dalam satu masa tertentu. Kesatuan hati dan niat tulus ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT

  • Dengan diwajibkan berpuasa, semua golongan Islam, kaya ataupun miskin terpaksa menempuh ujian yang sama. Berpuasa juga dapat menimbulkan keinsafan dan perasaan bertimbang rasa serta kasih mengasihi sesama umat Islam

  • Amalan berpuasa dapat melahirkan jiwa insan yang taat kepada Allah, justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan.

  • Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan sekaligus beberapa penyakit yang terdapat di dalam tubuh badan manusia dapat diatasi

  • Puasa itu disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran

  • Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa-dosa kecil

  • Kedatangan Ramadan ada keistimewaannya kerana dianjurkan ibadah solat Tarawih. di samping itu diwajibkan juga zakat fitrah ( badan ) ke atas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan membantu insan Muslim yang lain, khususnya mereka yang daif.

  • Diriwayatkan sebuah hadis daripada Nabi SAW : yang bermaksud : " Sesiapa berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan, mengharap balasan daripada Allah, diampunkan dosa-dosanya yang lalu. "

  • Ketibaan Ramadan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan

  • Malam Nuzul al-Quran ( 17 Ramadan ) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga akhir zaman.

  • Terdapat Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan ( 83 tahun 3 bulan ) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT


sumber rujukan : 
buku ' Indahnya Hidup Bersyariat '
Dato' Ismail Kamus / Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid



terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...