8 March 2013

masalah identiti

assalamualaikum...

entry ini telah di request oleh seorang sahabat yang juga pembaca blog ' NAQHIAH KHALIDA '. wah..bajet habis. siap ade orang request entry tau. poyo semua ni!! =P

aku chatting dengan sahabat ni dekat FB. satu hari tuh, dia share satu gambar manusia yang aku tak kenal. pastu dia tanya. " naqhiah kenal tak sapa ni? " dah aku cakap tadi tak kenal kan. so,jawapan aku mestila tak kenal. mehehe. pastu dia bagitahu yang sebenarnya itu la roommate aku dulu. dah berubah penampilan ok. macam lelaki. takde tudung. pakai jeans & berbaju lengan pendek. macho sangat kot! tsskk

lepas aku tahu, istighfar kejap..astaghfirullah..ini bukan kali pertama. setakat ni aku dah kesan beberapa kengkawan sekolah aku yang dah berubah personaliti daripada gegirl kepada boboy. ada la jugak dalam 4,5 orang. oleh kerana sikap prihatin kakak nih dia mintak aku buat satu entry khas yang bertajuk ' masalah identiti '. chomel tau kakak nih..dia cakap camni kat aku 

" naqhiah buat la satu entry pasal masalah identiti. kak takda blog. kak ada blog bisnes ja. tu pon dah lama tak update. tak macam blog naqhiah yang cerita pasal warna warni kehidupan. "

oleh kerana sikap prihatin dia, aku rasa dia sangat chomel! hikhik. aku memang rasa rendah diri sangat untuk kupas isu ni sebab aku bukan pandai sangat nak kupas-kupas isu semasa. kupas bawang pon terkial-kial, lagi nak kupas isu pulak..( pengakuan berani mati! mahu jugak calon mak mertua diluar sana kalau baca entry nih bakal reject aku sebagai calon menantu..-,-')

tapi confident level aku meningkat secara mendadak bila dengar tafsir Quran bersama Ustaz Zahazan dekat radio ikim pagi tadi. terus dapat inspirasi nak tulis ape tau..suke amat!

aku tak tahu ape sebenarnya faktor mereka-mereka ini mengubah sifat azali yang Allah kurniakan. aku pon tak dapat nak selam hati dan perasaan diaorang sebab aku takde feeling langsung nak ubah apa yang Allah dah beri pada aku. tapi aku rasa diorang patut fikir dan muhasabah sendiri jalan yang diaorang pilih.

biasanya mereka yang ubah sifat asal nih sebab diaorang lebih cenderung pada kaum masing-masing. kalau gegirl ubah jadi boboy tuh, mesti dia minat dengan pompuan. nak wat-wat mocho setaraf dengan lelaki. tapi kalau yang lelaki lak jadi pondan atau mak nyah, sebab dia suka dekat orang laki. sanggup tau ubah ciptaan asal. aku sangat tak sokong dengan beberapa drama ataupun filem tempatan yang sibuk nak ketengahkan bab-bab penukaran jantina. bukannya apa..diaorang bukannya tonjolkan keburukan daripada dosa tersebut tapi sibuk nak suruh kita faham naluri diaorang yang nak tukar jantina tuh. hei! ape motif? nak suruh ramai-ramai tukar jadi pondan & pengkid? pastu buat filem banyak-banyak suh orang faham perasaan murni dari lubuk hati yang tak redha dengan jantina masing-masing. podah! dosa tetap dosa tahu?


* gambar hiasan


baik..aku selitkan sikit pengajaran dari kisah NABI LUTH & kaum Sadum. ( aku olah sendiri..jangan harap la aku nak menaip macam wikipedia. takde maknanya..huhu )

~ Nabi Luth diutuskan untuk sampaikan dakwah kepada kaum Sadum. kaum Sadum nih memang kaum yang tak bermoral. suka merampas barang orang, suka mencuri, menindas orang bawahan dan yang paling tak bermoral sekali ialah gejala homoseksual dan lesbian. jadi, Nabi Luth adalah Rasul yang diutuskan Allah untuk menyampaikan kebenaran serta membersihkan sifat-sifat kotor mereka ni. Nabi Luth berusaha sedaya upaya menyampaikan dakwah dimana sahaja. asalkan ada pertemuan, baginda akan cuba menyampaikan dakwah kepada kaumnya. tapi bila dah terlalu seronok dengan dosa, telinga dipekakkan dengan kebaikan. mata dijauhkan dengan kebenaran.

kaum Sadum mengugut Nabi Luth seandainya baginda tidak berhenti menyampaikan dakwah, mereka akan menghalau Nabi Luth dan keluarga keluar dari Sadum. oleh kerana Nabi Luth merasa sangat kecewa, Nabi Luth telah memohon kepada Allah supaya menurunkan azab kepada kaumnya didunia ini sebelum azab diakhirat.

Doa Nabi Luth dimakbulkan. Allah mengutuskan 3 malaikat yang menyamar menyerupai 3 orang lelaki remaja yang kacak dan pergi ke Kota Sadum pada suatu malam. sewaktu memasuki kota itu, mereka terserempak dengan anak gadis Nabi Luth dan bertanya siapakah yang sudi menerima mereka sebagai tetamu. lalu, anak gadis Nabi Luth pulang ke rumah dan bertanya kepada ayahnya. setelah Nabi Luth mengetahui bahawa mereka itu adalah lelaki remaja yang tampan, Nabi Luth bersedia menerima mereka sebagai tetamu kerana takut kaum Sadum akan mengambil kesempatan terhadap mereka ini.

Nabi Luth menjemput mereka di pinggir Kota untuk dibawa ke rumah ketika Kota Sadum sunyi sepi dan penduduknya sedang nyenyak tidur. dalam masa yang sama, Nabi Luth sudah berpesan kepada isteri dan anaknya supaya tidak membocorkan rahsia mengenai kedatangan tetamu mereka. bagaimanapun, isteri Nabi Luth yang memang sehaluan dengan kaum Sadum telah membocorkan kedatangan tetamu Nabi Luth kepada kaum Sadum. 

Dan apa yang telah ditakuti oleh Nabi Luth telah berlaku. Kaum Nabi Luth datang ke rumah dan meminta Nabi Luth menyerahkan tetamunya kepada mereka untuk memuaskan nafsu. Nabi Luth tidak membuka pintu tetapi telah meminta supaya mereka beredar dan menghormati tetamunya. Nabi Luth juga berpesan supaya mereka meninggalkan perbuatan keji sebelum azab Allah menimpa mereka. Bagaimanapun mereka tidak menghiraukan nasihat dan kata-kata Nabi Luth malah terus menyerbu dan menolak pintu rumah Nabi Luth.

Nabi Luth berterus terang kepada tetamunya, " sesungguhnya aku tak berdaya lagi menahan mereka daripada menyerbu rumah ini. aku tidak mempunyai senjata dan kekuatan fizikal untuk menolak kekerasan mereka. aku juga tidak mempunyai keluarga dan sanak saudara untuk meminta pertolongan. aku sangat kecewa kerana sebagai tuan rumah aku tidak mampu menghalau gangguan terhadap tetamu rumahku sendiri "

selesai kata-kata Nabi Luth, para tetamu segera mengenalkan diri mereka sebagai malaikat yang diutuskan Allah untuk menurunkan azab kepada kaum Sadum. para malaikat meminta pintu rumah dibuka seluas-luasnya dan membiarkan mereka masuk. saat kaum itu ingin menyerbu masuk, penglihatan mereka telah ditarik. mereka menjadi buta. terjadilah kacau bilau dan jeritan di sana sini kerana keadaan mereka yang buta secara tiba-tiba.

Nabi Luth dan keluarga pula diminta oleh malaikat untuk keluar dari kota Sadum kerana masa untuk kaum Sadum diazab telah hampir. para malaikat berpesan kepada Nabi Luth dan keluarga supaya tidak menoleh ke belakang ketika perjalanan keluar dari kota. akan tetapi isteri Nabi Luth yang telah menjadi musuh dalam selimut sering menoleh ke belakang dan bagai tidak mahu meninggalkan kaumnya. saat terbit fajar, bergegarlah bumi Sadum. angin kencang, hujan batu dan gegaran yang kuat telah menghancurkan kota Sadum dan penghuninya. isteri Nabi Luth juga termasuk dikalangan mereka yang di azab. ~

( psst..tafsir Quran pagi tadi surah al-Qamar ayat 33-39. menceritakan azab yang diterima oleh kaum Samud. korang boleh check balik yer.. )


wahh..penatnya nak olah cerita.wuhuhu. konon takmo taip macam wikipedia tapi kenapakah macam ada iras-iras jerk?? tskkk -,-'


* ini pondan kenapa cantik amat? lagi cantik daripada pompuan. haishh..geli pulak aku tengok muka lelaki berubah cam gini. =P


moral of the story, Allah memang tidak meredhai perbuatan homoseksual mahupun lesbian. kita diciptakan berpasang-pasangan untuk mengembangkan umat manusia. kalau dah memasing sibuk dengan kaum memasing, ape cerita dengan perkembangan umat? huuu..

bagi aku bukan semua perkara dalam hidup ni kita boleh pilih dan ubah. ada yang kita kena terima dan redha. contohnya jantina, jodoh, ajal maut..semua tu kan sudah ditetapkan. tak perlulah nak ubah ciptaan Allah sebab azab yang bakal menanti kita nanti, belum tentu kita mampu nak hadapi.

ingat! kita sekarang berada di dunia kerana menuju ke satu titik akhir iaitu kematian. dah bersedia nak menghadapi hari itu?? percayalah..setiap orang dilahirkan dengan keistimewaan masing-masing. berbangga lah dengan apa yang kita ada dan berbahagialah dengan apa yang kita terima. tak perlu persoalkan di sana sini sebab itu hanya akan membuang masa dan membawa kepada kerugian.

sila isi dada memasing dengan ilmu dan ketaqwaan pada Allah. mudah-mudahan kita bukan dikalangan mereka yang rugi. buat mereka yang masih kurang keyakinan dengan diri sendiri dan tak pasti dengan identiti, kembalilah pada Allah. mohon kuatkan iman supaya tak terjerumus ke kancah hina..sesungguhnya Allah lah sebaik-baik penolong dan pelindung. ^_^


terima kasih buat yang sudi membaca <3

2 comments:

  1. Salam.. terbaik pos kali nie.. suatu perkongsian yang isu yang dah ada pada zaman nabi, lalu terjadi kembali pada zaman skunk..semoga Allah merahmati kehidupan & kembalilah kepada fitrah asal. Itu lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..terima kasih nasihah.^_^..sama2 la kite muhasabah..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...