28 February 2013

sawan

assalamualaikum..

hari ni aku diminta untuk gantikan kelas seorang guru yang mengajar PJK. aku ni walaupun malas ya Rabbi nak kawal murid dekat padang, tapi aku kesian jugak bila masuk kelas tengok muka diaorang yang excited nak main. jadi, nak tak nak kena nakkk jugak la bagi diaorang main..hoho

untuk permulaan aku suruh budak-budak tuh panaskan badan dulu. lepas tu tinggal lagi 15minit, baru aku lepaskan diaorang buat aktiviti bebas. "yang nak main, silakan main. yang taknak main silakan duduk ditepi bangunan diam-diam!" wahh..gitu arahannya.haha.

waktu aktiviti bebas, aku jadi pemerhati. aku taknak diaorang lari tersadung batu, berdarah ibu kaki. dalam pada tu ada la beberapa murid yang duduk main dihadapan aku. diaorang tak main lari-lari. cuma sekadar main tepuk amai-amai jerk. tiba-tiba aku nampak sorang budak ni terjatuh. sebenarnya jatuh perlahan je pon. itu pon terduduk. bukannya jatuh terlentang.

tapi, lepas jatuh tu dia tak bangun. aku nampak dia macam tersedu. aku pon pegila dekat. dah kenapa pulak budak nih..waktu aku perhati dari dekat, aku nampak tangan dia tergapai. mata terbeliak. eh?? ape hal pulak nih? yang kawan-kawan dia sibuk mengata."Farhan..ko kenapa? kena rasuk ke?"   * takde respon.

haishhh..aku dah cuak. waktu tu aku nampak air liur dia meleleh. Ya ALLAH! serius ke nih? budak ni sakit ker ape? sawan?? yang kawan-kawan Farhan dah mula jauh..geli gamaknya tengok air liur Farhan meleleh. aku dah gelabah. macammana ni? apa nak buat? aku lari pegi bilik guru pendidikan khas sebab itula tempat yang paling dekat. aku nak mintak tolong. sumpah aku tak tahu ape nak buat.

tapi bila aku jenguk dalam bilik guru tu, tak nampak cikgu pon. yang budak-budak kelas aku dah jerit-jerit panggil aku. Masya-ALLAH..aku panik sampai aku lupa sepatutnya aku kena jaga kelas. bukan tinggalkan budak-budak tu macam tu. lepas aku pegi balik dekat tempat budak-budak tu berkumpul, aku nampak Farhan dah terbaring. mulut dia berbuih. mata terbeliak dan merah..

Ya ALLAH...tangan aku dah sejuk. mata aku dah bergenang. 

" eh..tolong! tolong ustazah! ustazah tak tahu nak buat ape nih. kamu tolong cari Cikgu Ramli ker, Cikgu Ainin ker. cepat! "

budak-budak lepas dengar aku cakap macam tuh, berlari diaorang macam kuda terlepas dari kandang. hoho. aku terus pegi dekat Farhan. "Farhan..sabar eh. sabar.."  sambil urut belakang badan dia ( aku tahu tak logik aku mengeluarkan kata-kata perangsang sedemikian rupa. budak Farhan tu bukan sakit nak bersalin..huuu. )

berapa saat lepas tuh, barula kak Ainin datang dan menyelamatkan keadaan. dia mintak tolong GPK untuk angkat Farhan masuk dalam bilik khas dan col mak Farhan.

lepas tu, aku terus mintak budak-budak beratur dan masuk kelas. walaupun ada masa lagi 10minit, aku taknak ambik risiko. baik diaorang duduk dalam kelas. lebih terjamin keselamatan. mujur budak-budak tak protes. diaorang ikut jer arahan.

oleh kerana hari ni aku dah alami sendiri perkara ni, so aku dah google untuk tambahkan pengetahuan.hasilnya...

~ sawan atau tarik adalah ransangan yang berlaku di dalam otak secara tiba-tiba yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkahlaku @ aktiviti kanak-kanak tersebut. ini dapat dilihat jika kanak-kanak :
* diam seketika
* tiba-tiba keliru @ hilang kesedaran
* kaki dan tangan menjadi keras @ kejang
* kaki dan tangan menyentak-nyentak
* tiba-tiba jatuh ke lantai

~gambar hiasan~

rawatan kecemasan ketika sawan :

harus dibuat

1. sentiasa tenang & jangan panik
2. perhatikan anak itu dari segi turutan peristiwa, pergerakan badan & anggota, tempoh masa sawan.
3. elakkan kecederaan ( jangan alihkan pesakit kecuali jika dia berada dikawasan yang bahaya seperti tengah jalan @ tempat yang tinggi. )
4. pusingkan pesakit pada kedudukan mengiring ( ini untuk mengelakkan pesakit tercekik dengan air liur @ muntah sendiri )
5. jangan berkerumun untuk melihat pesakit.


jangan

1. pegang pesakit dengan kuat. ( biar sawan berhenti dengan sendiri )
2. letakkan objek ke dalam mulut seperti sudu @ kunci ( ini dapat mencederakan lidah )
3. berikan makanan atau ubat melalui mulut ( biar sawan berhenti dan pesakit sedar sepenuhnya sebelum diberi makan )
4. lakukan CPR ( pesakit tidak akan berhenti bernafas @ mati dari sawan yang sekejap )


waktu kejadian, memang aku zero. tambah dengan panik. lagila..ade 2, 3 murid perempuan yang tengok menda yang jadi dekat Farhan, menangis. tapi budak lelaki sibuk tanya aku..

budak 1   : ustazah, sawan tu ape?
aku           : sawan tu sakit..
budak 1   : emm,saya rasa takla ustazah. Farhan kena rasuk!
budak 2 : bukan...Farhan tu makan racun la.sebab tu mulut dia keluar buih.ko tak penah tengok tv ker?
aku           : fuhhhh ( malas nak layan.sukahati korangla..hukhuk )



terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...