16 February 2013

MTQ semakin hampir, tapi aku...

assalamualaikum...

faham tak perasaan apabila disuruh buat sesuatu yang tak pernah kita minat sejak azali? seolah-olah dipaksa makan ulam genuak jering yang amat pahit tak boleh nak telan tanpa kerelaan hati..okay. takde kena mengena. dah kenapa aku merepek terlebih padu secara tiba-tiba..waaa.. tapi nak gambarkan inilah perasaan aku sekarang. dah 2 jam terpacak depan laptop sambil belek-belek rangka isi skrip bercerita untuk pertandingan MTQ. langsung takde idea yang masuk. ada rangka pon seolah-olah tak membantu. kenapakah otak mengalami kelembapan yang teramat sangat? 

aku dah dapat tugas ni sejak bulan 1 dulu..tapi sampai sekarang, dah masuk bulan 2 dan sebentar lagi bulan 3 menjengah aku dok lagi cam gini..alahai..sedeynya..-,-'

ok..tolong jangan comparekan penulisan blog aku dengan pertandingan MTQ nih..MTQ lain. MTQ ni pertandingan. skema 360darjah. siap ada syair, sajak, pantun blablabla..ingat pandai ker makhluk nih nak wat suma menda tuh? dah la kisah HAJARUL ASWAD..bukan kisah si tanggang mahupun bawang putih bawang merah..mana nak cari idea? bawah katil takde. dalam lemari pon takde. dalam otak aku lagi bercambah kekosongan..yang ada idea nak tulis blog takmasukakalsekaligusmerepekrepek..tskkk   -,-" 


* mencari ketenangan di Teluk Batik..konon. walhal Teluk Batik banyak sampah. last-last aku bebel sepanjang jalan dan menimbulkan stress kepada diri sendiri..huhu. neraka apakah ini?


dalam hati penuh penyesalan..dulu masa cikgu cikgi mengajar kat sekolah selalu jerk pandang dinding sampai tembus. langsung tak fokus. sekarang dah makan diri sendiri. T_T

sebenarnya, ini bukanlah kali pertama aku ditugaskan ajar budak bercerita. tahun lepas kena jugak. tapi bezanya tahun lepas ketua panitia dah bagi buku kat aku. cerita dia complete. tak payah pikir-pikir. bagi jer buku tu kat budak, suh dia hafal pastu aku adjust sikit-sikit jer. mudahnya la kan...hikhik

tahun ni..aku dapat rangka jer..alahai..zaman karang mengarang ni dah lama aku tinggalkan. sekali lagi, sila jangan compare kan penulisan blog aku. aku tulis blog cincai boncai jerk. mana aku letak kemahiran penulisan tradisional ataupun karangan surat rasmi dalam blog nih. takde. takde. so,manakan sama tulis blog dan tulis skrip bercerita.

aku tak nafikan, bercerita memanglah best..best kalau cakap tanpa ada skema yang sepatutnya. macam merepek dekat kucing sebab masuk rumah tanpa dijemput..senangkan? cakap jerk..tapi kalau dah kuar bab-bab sajak, syair, pantun, tadarus quran lagi, memang mati kutu la cheq..


ALLAH..ALLAH..mohon petunjuk..


YA ALLAH..mudahkan la tugas aku.semoga aku dapat sempurnakan tugas ini dengan baik walaupun diri sangat lemah..tskkk -,-"


terima kasih buat yang sudi membaca <3

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...