23 January 2013

kasih padamu..

assalamualaikum...

orang yang bercinta mesti banyak mengingati insan yang dicintainya.
apabila hati mengingat, mulut akan banyak menyebut.
apabila lidah banyak menyebut, hati akan berasa rindu.
apabila rindu, pasti terasa ingin bertemu.
ya..begitulah sifir cinta kepada Rasulullah..


baik..besok adalah hari kelahiran junjungan besar kita Rasulullah S.A.W..untuk itu marilah kita bersama-sama hadiahkan selawat sempena hari lahir baginda..

ALLAH HUMMA SOLLI A'LA MUHAMMAD WA'ALA ALI MUHAMMAD..
ALLAH HUMMA SOLLI A'LA MUHAMMAD WA'ALA ALI MUHAMMAD..
ALLAH HUMMA SOLLI A'LA MUHAMMAD WA'ALA ALI MUHAMMAD..

mudahkan? tak perlu nak keluarkan duit dan hadiahkan intan berlian, kereta mewah ataupon apartment mewah. cuma perlu berselawat keatas Rasulullah S.A.W, mudah-mudahan Rasulullah S.A.W akan memberi syafaat kepada kita diakhirat nanti..aminnn

untuk itu..aku ada satu lagu yang aku rasa memang menyentuh hati bila dengar lagu nih..serius sebak. kenapa? sebab kadang-kadang terasa macam diri dah sia-siakan pengorbanan Rasulullah dulu. Baginda berkorban segala-galanya untuk sebarkan dakwah Islam. Islam dah sampai kepada kita. tapi kenapa kita tak pegang ajaran Islam dengan sebenar-benarnya dan buat Rasulullah bangga dengan kita? sama-samala kita berfikir dan bermuhasabah..T__T



_________________________________________________________________________________

sebuah cerita yang lain..

hari ni sekolah aku ade wat merentas desa dekat Taman Botani..dah lama tak exercise, semput jugak aku nak habiskan satu pusingan dekat taman nih...tengok la tu.siap dengan 2 botol air, payung lagi..kemain sistem pertahanan yang aku buat. mengalahkan diva kampung dusun.hehe. full entry tentang program merentas desa klik sini..


terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...