20 December 2012

kad siswa


assalamualaikum..

salam sejahtera, salam bahagia, salam 1 malaysia..cewahhh..ngada-ngada plak eh..mentang-mentang nak citer pasal kad siswa, tetiba dah jadi macam tokoh pidato. kengkonon nak bagitahu yang aku ni adalah mahasiswa. =P

orait..aku dah memiliki kad siswa ni hampir sebulan la jugak. tapi tak pernah guna pon. sekali pon tak pernah guna sebelum ni. hari ni baru secara besar-besaran aku bershopping menggunakan kad siswa dan bajet nak cerita pengalaman aku menggunakan kad siswa. buat mereka yang dah tahu dan merasa bosan nak baca entri aku yang bajet berpengalaman tinggi nih, boleh la klik pangkah laku-laju. huhu. yang nak baca, dok diam-diam hokey?



baik..sebelum tuh nak jugak ler citer, sebenarnya aku tak layak pon dapat kad siswa. TAK LAYAK! ha..nampak? jelas? dah tu camna kad siswa tuh boleh tersesat dekat aku? well..aku adelah adik angkat Muhyiddin Yassin. sebab tu aku dapat kad siswa walaupon tak layak. haha. ok..tak lawak pon.

sebenarnye camni..aku punya K.U ( ketua unit ) sangat efficient dan berdedikasi..waktu kuar jer kad siswa ni, laju-laju dia gi ambik dekat HEP. tapi beberapa hari lepas tuh, adela sorang student dari kelas lain datang bagitahu yang sebenarnya kad siswa cuma untuk student full time jer. student part time macam kitaorang tak layak. so, HEP mintak kitaorang pulangkan balik atas arahan pengarah. what?? pulangkan balik? apakah ini..buruk siku tahu? dah bagi nak ambik balik. dah la ade nama & IC dekat kad tu. daripada korang simpan dalam laci, baik bagi kitaorang guna..

masa tu aku ngan kengkawan dah mula fikir-fikir alasan untuk tak pulangkan kad siswa tuh. nak buat-buat hilang la..tertinggal kat rumahla..kira dah macam ngigau la jugak nak cari alasan. last-last satu hari tu, K.U aku buat pengumuman. dia kata tak payah pulangkan dekat HEP kad siswa tu. dia dah pegi tanya dekat HEP & HEP takkan tarik balik kad siswa daripada student yang dah dapat. yang dah dapat tu rezeki..yang tak dapat lagi, diaorang terpaksa sekat..

tahu tak perasaan aku masa tu macammana? rasa cam nak lompat tinggi-tinggi! serius hepy..tak sia-sia la lantik K.U aku tu pegang jawatan. gila laju dia pegi ambik sumbangan..sesungguhnya dia la K.U yang paling berdedikasi lagi macho di abad ini. ( kemain lagi puji. tahu tak dia dah ada girlfriend? nak kena libas dengan tali pinggang? bhaha )


lampu dekat KFC oren..muka aku pong dah nampak oren..wuhuhu. aku pakai spek mata baru. bolat x bolat muka aku? lagi bolat dari bola..bola pon confius dengan muka aku sampai ingat aku kawan dia.cis!

KFC..semua ini berjumlah rm20.80..nak guna kad siswa sepatutnya kurang dari rm20. tapi tadi aku buat maka kesian sebab nak jugak diskaun.tahu tak dapat kurang berapa? 98 sen.. dekutnya..diskaun ker nih??

spek mata aku yang baru..aku buat kat fokus point..harga sebelum diskaun rm130..selepas diskaun rm117. dapat diskaun rm13..emm..

BBM yang aku beli kat MYDIN..cewahh..azam tahun baru kot. nak jadi guru cemerlang 2013. =P jumlah sume barang-barang nih rm11.60. lepas tunjuk kad siswa, dapat rm10.80..kurang 80sen..diskaun sangat..T__T

total aku diskaun hari ni menggunakan kad diskaun ialah rm15. walaupon takla banyak sangat penjimatan tapi ok la kan. kang aku cakap banyak-banyak dah macam tak bersyukur pulak. huhu. kira ok la dapat diskaun sikit-sikit pon..boleh jugak menabung beli gula-gula untuk anak murid.hihihi

klik sini untuk maklumat terperinci tentang kad siswa..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...