30 April 2017

Honeymoon : Medan, Indonesia. (Part 2)

assalamualaikum...

ini adalah siri last untuk honeymoon ke Medan. lepas ni nak sambung cerita lain pulak. punya busy sampai dekat 2 bulan tak update blog. huhu


nak baca part 1, klik bawah ni :



Danau Toba

hari ni perjalanan kami nak melihat keindahan semulajadi dibumi Medan. pemandangan indah yang pertama ialah Danau Toba.

Danau Toba tasik semulajadi yang terbesar di Indonesia. kalau datang Medan tak tengok sendiri camna rupa Danau Toba ni, memang satu kerugiaan yang besar. 

kami mintak supir stop sebab nak bergambar. supir tunggu jer dalam kereta. tangkap gambar guna phone, bergilir-gilir la jawabnya. husben tangkap gambar kita, kita tangkap gambar husben. ulang sampai besok pagi. haha

tukar pakai gopro plak. selfie pakai phone tak nampak pemandangan.

husben tak puas hati ambik gambar sendiri. dia pi panggil supir untuk ambikkan gambar kitaorang. heee

terus posing mengada-ngada. haha


cantikkan pemandangan Danau Toba ni? demi Allah aku bersyukur dapat melihat bumi yang indah ini.

Air Terjun Sipiso-Piso

dalam kereta, supir ada cerita tentang nama air terjun Sipiso-Piso. nama Sipiso-Piso tu diambil sebab air terjun ni jatuhnya sangat tajam seperti pisau. 

SubhanaAllah.. indah sangat pemandangan air terjun Sipiso-Piso ni. berada di celah bukit, air terjun ni adalah air terjun tertinggi di Indonesia.

nampak tak ada pelangi kecil kat bawah sana? air terjun ni dekat bawah tau. walaupon air terjun ni tertinggi, tapi dia berada dibawah sana.

mesti tak faham apa yang kita cakap tadi. haha. cenggini kekdahnya. air terjun tu jauh kat bawah sana. kita pulak dekat atas.

supir bagi masa 10 minit ja kat sini. untuk bergambar-gambar jer. dia kata mesti abang dengan kakak tak sanggup nak turun bawah. sebab ada ribuan anak tangga.

tapiiii, husben tak puas hati sebab dia rasa tangkap gambar dari jauh macam tak bawa makna apa-apa. jadi dia ajak turun. 

haa.. dari sini lagi real nampak Danau Toba. 

sebelum turun bawah, kitaorang bergambar habis-habisan dulu kat atas ni.



yang ni macam besala.. mintak tolong supir snap. hehe


bumi terbentang luas, hijau dan biru menenangkan jiwa. betul-betul indah. macam lukisan.

ok.. ni dah nak turun ke bawah. nak menjejak keindahan air terjun dari dekat. dah bagitau supir yang kami nak turun jugak. 10 minit tu memang tak logik untuk kitaorang. datang jauh-jauh takkan nak balik gitu je. jadi dia pon redha. hehe

ribuan anak tangga untuk ke bawah. nak turun ok jer. nak naik karang kita tengok la. T_T

bajet macam takde hal la. dulu panjat tembok besar hokay ja. amboi poyo! 

dah nampak dekat dah..

stop dekat pondok apa tah. nampak macam gerai. tapi tak bukak. mungkin cuti. ataupon mungkin dah tutup sebab tak laku. hehe. dekat sini kita nampak sama tinggi dengan air terjun.

dah snap seketul dua, kitaorang sambung jalan lagi.

ok. ni dah last. dah tak turun lagi dah sebab rasanya dah ngam camni. kalau turun bawah lagi, mungkin dah tak berapa cantik. lagipon kena fikir jugak bila nak naik nanti. jenuhhh..

tak pasti kalau ada yang mandi. tapi supir cakap bahaya kalau mandi. lagipon takde sapa jaga dekat bawah sana. jadi, pandai-pandai la sendiri.



saranghae abang! jom pi Korea plak pasni. eh?? haha

ececehhh! hehehe

selesai jer feeling-feeling kat bawah, kenala mendaki untuk naik ke atas balik. yang tadi kengkonon macam hebat sangat. rupanya panjit ditengah jalan. haha. boleh termuntah pulak. huhu. mujur pi dengan en. suami. terpaksala dia layan kita. kalau dengan orang lain, mesti tension sebab buat hal masa travel. ~_~ TQ abang!


Simarjarunjung

Simarjarunjung ni kafe. supir cakap sini ada teh halia. jadi boleh la segarkan badan selepas dah muntah tadi.


dari sini pon kita boleh nampak pemandangan Danau Toba.

dah sampai teh halia dan pisang goreng. teh halia tu pekat gila. aku bayang teh halia tu macam kat Malaysia la. teh yang dimasukkan hirisan halia nipis. rupanyaaa.. macam air herba. hitam pekat melekat. siap ada lada hitam timbul-timbul. wekk! seryes ni air? macam sup jer.. huhu.memang tak habis la jawabnya.. hirup sikit rasa pedas. terus tak jadi. ada jugak aku muntah kat sini. huhu


Parapat

selesai jer makan pisang goreng di kafe tadi, kitaorang meneruskan perjalanan ke Parapat. jalan nak ke Parapat, bengkang bengkok dan turun bukit. perut aku memang dah tak sedap, jadi loya balik. akhirnya muntah sekali lagi. huhu. sabor jelaaa..

setelah berpusing-pusing dalam kereta hampir 3 jam, sampai la kami di Parapat. supir terus bawak pegi makan tengahhari dekat Restoran Nikmat. restoran ni dekat je dengan jeti. 

lauk penuh satu meja. hehe. eh. lupa nak cerita. kalau korang jalan-jalan dekat sini pastu nampak ada jual B1 dengan B2 tu maknanya haram. B1 tu anjing. B2 pulak babi. 

kebetulan masa ni ada orang Malaysia yang duduk meja sebelah. jadi, dia offer nak tolong snap kan gambar kitaorang.

lepas makan, kami terus ke jeti untuk naik feri. dekat jer dari restoran nak ke jeti. jalan kaki jer.

kalau ikutkan kami akan ke perkampungan Batak. sebuah kampung yang manusianya sejenis makan orang. grrr! tak tau la macammana keadaan sebenar sebab ada jer orang yang melawat perkampungan tu. kami tak pegi sebab aku dah tak larat. pastu husben pon takmau jugak pi sana sebab dia kata rumah diaorang bawahnya ada kandang babi. huhu. wallahua'lam. 

so, kami terus ke Pulau Samosir. ni kami menyeberang atas Danau Toba ok...

angin kat tasik ni sejuk sangat.. nak menyeberang ni dari Parapat ke Pulau Samosir, ambik masa dalam 1 jam kebih kurang.

ada apa dekat Pulau Samosir? 


Pulau Samosir


takda apa pon kat sini sebenarnya. kami cuma menginap dekat hotel sini.

bilik besar dan selesa. tapi takde aircond / kipas. memula rasa sejuk. tapi bila malam nak tidur, rasa panas pulak, huhu. tergamak dia takde letak apa-apa penghawa dalam bilik ni. azab pulak nak tidur. huhu

bab boleh bukak pintu dan duduk lepak-lepak kat luar tu, best la jugak.

layan view sekejap jer. pastu rehatkan badan.

dah rehat mandi solat apa suma, petang baru kitaorang keluar nak tengok pemandangan sekitar hotel.

pukul 6 petang kot rasanya masa kitaorang keluar ni. dah gelap semacam. hehe. Hotel Silintong namanya. kalau tak sanggup nak dok tanpa penghawa dingin / angin, takyah datang sini. tapi tak pasti la kalau supir ambik bilik bajet kat kitaorang sampai takde aircond. huhu




 melayan jela view gelap petang nak ke malam..

 kecik jaa jetinya.. nak turun / nak naik suma dekat sini jer.



 dah puas bergambar-gambar, kitaorang pegi makan malam dekat kafe hotel.

 dinner pukul 7. lauk pauk suma dah disiapkan khas. kita makan jer..

 selesai makan, balik bilik terus tido. takde kemana-mana dah. sebab sini mana ada tempat nak berjalan selain kawasan hotel.

 pagi ni breakfast dekat hotel jugak. 

selesai breakfast, pi berjalan-jalan lagi sekitar hotel ambik angin.

 jatuh cinta dengan suasana pagi dekat sini. tenang dan mendamaikan.




cantikkan? semalam gelap tak berapa nampak sangat.

amboiii.. senang hatinya.. hehe



 ni view depan bilik kitaorang.

 dah puas jalan-jalan, lepak jer kat depan bilik. kupas buah yang beli dekat Berastagi semalam, makan sambil layan view dekat pulau ni.

dalam pukul 9.30pagi kitaorang pon dah siap-siap check out hotel sebab feri akan gerak dalam pukul 10 pagi. bye-bye Silintong!

 perjalanan balik ke Parapat, kitaorang dapat tempat duduk kat dalam sebab kat luar suma dah penuh.

 memula macam, ok la. layan jela kat dalam pon.

 tapi pastu sebab tak tahan,kitaorang keluar jugak. haha.


 apo lagi. bergambarla beribu lemon. =P

 eh? rupanya ada kerusi kosong kat hujung. hehe. panas menghadap matahari. cenggitula jadinya. =P



Alhamdulillah.. Medan memang best. kaya dengan keindahan semulajadi. kalau korang jenis yang suka tengok alam semulajadi, ini memang tempat yang sesuai. tapi kalau jenis berjalan nak shopping, Medan bukan tempatnya. 

lagi satu kena banyak sabar dengan perjalanan yang panjang. Medan besar dan suma tempat jauh-jauh. tapi insyaAllah, setiap tempat adalah berbaloi untuk kita pergi dan kutip pengalaman. ^_~

thanks abg sebab sudi bawak sayang datang sini. ada rezeki bawak sayang pi tempat lain pulak naaa.. amboi! haha



terima kasih buat yang sudi membaca <3



1 comment:

  1. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

    PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
    PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
    TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ HANYA 380 ( MINIMAL 10 ORANG)

    ITINERAY :

    DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
    ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
    BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

    DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
    AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

    DAY 4 : HOTEL – AIRPORT
    AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.





    SERVICES TERMASUK :
    1. TRANSPORT
    2. PEMANDU PELANCONGAN
    3. HOTEL 3 BINTANG
    4. BREAKFAST 3X
    5. MAKAN TENGAH HARI 3X
    6. DINNER 3X
    7. SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    8. KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    9. MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...