19 February 2017

Honeymoon : Medan, Indonesia ( part 1 )

assalamualaikum...

entry lepas kata nak tulis pasal majlis bertandang. alih-alih yang keluar cerita honeymoon pulak. dia melompat. hehe. sebenarnya aku dah semangat dah nak tulis pasal majlis bertandang. sekali cari-cari gambar dalam pendrive suma takde. suami lupa nak masukkan agaknya. jadi terpaksala tangguh dulu. nanti ada gambar kita update ok? ok tak ok kena ok la jugak. korang baca jer. aku yang tulis. jadi kena redha. haha.

cerita pasal honeymoon, suami aku pilih berbulan madu di Medan Indonesia. suami yang pilih sendiri sebab kitaorang kan tak bercakap sebelum kawin. cuma sebelum tu dia cuma tanya aku suka pi mana? aku jawab aku suka berjalan. bawak la pi mana pon. tapi kalau boleh jangan la bawak tempat yang aku dah pernah pegi. barula rasa fresh gitu. kita sama-sama rasa pengalaman baru. hehe. 

Medan sangat besar, percutian kitaorang yang 4 hari 3 malam pon rasa cam banyak dok atas kereta jer sebab suma tempat jauh-jauh. jadi aku takkan cerita ikut hari. aku akan cerita ikut tempat. sebabnya kalau ikut hari, ada hari yang kitaorang banyak atas kereta jer, takde cerita pulak nanti.


MEDAN


naik flight dari KL ke airport Kualanamu Medan makan masa 45 minit jer lebih kurang. dekat jah. tak sempat nak makan nasi lemak pong. hehe.

sampai kat airport Kualanamu, supir datang jemput. perjalanan kitaorang suma dibawa oleh supir ni. pakej suma suami yang uruskan. kita tak berapa tau..

sampai-sampai jer terus dia bawak kitaorang pegi shopping. Kedai batik & telekung Wajib

kita borong habis terus dekat sini. haha. baru jer sampai terus borong. tapi sebab suami kata beli siap-siap senang lepas ni takyah fikir dah.

terus beli telekung, kain batik dan kain pelekat. untuk keluarga terdekat dan kawan rapat.

lepas tu supir bawak ke kedai kek Bika Ambon dan Lapis Lengit Rika

ada tester. kalau datang sini, ini antara ole-ole yang wajib untuk dibawa pulang. lepas dah rasa-rasa, suami berminat nak beli yang Bika Ambon ( kaler kuning ) jer. sebab Bika Ambon rasa unik dan sedap. dia kata kalau kek lapis kat negara kita pon ada. lagi sedap. hehe. ok. kita beli Bika Ambon jer.

ada sijil halal.. jangan risau.

kita order ja dulu. nanti hari last baru ambik sebab dia akan bagi yang fresh punya baru masak. nanti lebih tahan lama.

kecik ja kedai dia. rasa kat sini, tengok pon kat sini. tak leh nak pusing-pusing kedai tengok benda-benda lain. sempoi.

 lepas tu kitaorang dibawa ke Istana Maimun. Istana kebesaran Kerajaan Deli.



 ramai betul orang kat dalam ni.. sesak. sampai tak tau camna nak tengok.

  tengok? terpaksa berhimpit-himpit sampai redha jela photoboom dimana-mana. dalam ni kita boleh tengok koleksi gambar-gambar keluarga Sultan, sejarah keluarga, perabot Belanda kuno dan senjata zaman dulu.

pengunjung juga boleh cuba pakai baju tradisi kat sini. memang ramai yang cuba. nak feeling zaman kesultanan dulu. hehe

murah jer.. tak la mahal. tapi kitaorang tak try la. cam geli jer. dah la panas. hehe.


kat belakang tu dah feeling pengantin. kalau menurut sejarah dulu, memang Istana ni akan dibuka pada waktu-waktu tertentu untuk pertunjukan muzik tradisional Melayu dan beberapa majlis keraian yang lain.

tak tau jadual ni betul ke tak. sebab bila tanya dekat supir, dia kata takde pon. tah laa..

pahlawan kat hujung sana siap sedia nak pi berperang. kitaorang bersiap nak bercinta. haha.



sedikit info, kat kawasan Istana Maimun ni, ada jugak kedai-kedai jual cenderahati. tshirt, keychain, fridge magnet. jadi boleh la shopping sini pulak. hehe

makan tengahhari, supir bawak ke restoran makanan padang



sikit-sikit tapi banyak jenis. Alhamdulillah sedap dan kenyang.


lompat ke hari ketiga. hehe. ini sebenarnya bukan dekat Medan. kitaorang singgah sini dari Parapat nak balik semula ke Medan. 


kedai jajan. ada macam-macam jenis kudap-kudap. tapi nama dia pelik-pelik. Tong-Tong, Ting-Ting, Tang-Tang tahh.. pelik. bagitau jala biskut kacang. boh nama betui kan senang.hehe. 


PATEN nama kedainya.. 


makan tengahhari di Restoran Panorama. makanan minang.


restoran ni pon aku tak tau kat mana tempatnya sebab dalam perjalanan kan.. mungkin area Parapat jala kot. tahhh.. tak tau. hehe.




tak pala tak tau pon.. janji boleh makan. sedap makanan kat restoran ni.


kat sini ramai jugak jumpa orang Malaysia. mugkin sebab diaorang pon macam kami. singgah sebelum balik ke Medan. of coz sebab restoran ni femes gak.


sampai kat Medan, kitaorang berhenti di masjid tertua di Medan iaitu Masjid Raya.


waktu sampai jer kat Medan hari pertama, kitaorang memang rasa cam nak pegi terus sebab cantik sangat. tapi hari ketiga baru supir bawak. Alhamdulillah.. merasa jugak solat kat sini.



kat sini kita kena faham orang Indonesia sejenis struggle untuk hidup. diaorang buat macam-macam untuk sara hidup diaorang. nak masuk masjid ni kena bayar sikit. pastu nak letak kasut pon kena bayar sebab ada yang tolong jaga. masuk dalam pon ada jugak yang datang nak mintak sedekah.

bagila sikit apa yang kita ada. mudah-mudahan murah rezeki kita..

 lepas solat kami ingat nak bergerak jer terus. takat ambik gambar kat luar jadi la. tapi tetiba ada sorang mamat yang mengenalkan diri dia sebagai Eddy, ajak tengok-tengok masjid. kira macam pemandu pelancong dalam masjid. gambar Al-Quran yang dah beratus tahun.

biasala.. Indonesiakan sempoi. sukahati jer boleh lalu lalang dekat ruang solat muslimin ataupon muslimat. masa aku solat pon tetiba boleh ada lelaki masuk. nasib tak bukak tudung time tu. kalau tak naya. huhu. ni sebenarnya rasa bersalah sebab pegi kat kawasan mimbar yang sepatutnya ruang muslimin solat.

 kalau dah si Eddy ni yang ngajar, kita pon redha jela ikut, haha


katanya perkuburan kat sini untuk kerabat diraja, tan sri, dato' suma.. ringkasnya untuk orang berpangkat la..

seni bina kat sini gabungan Moroko, Eropah, Melayu dan Timur Tengah..

 cantikkan? suami takut-takut nak masuk sini sebab ni ruang solat wanita. tapi tinjau-tinjau nampak macam ok. jadi kita masuk.

 mungkin diaorang pon dah biasa kot orang laki keluar masuk kat sini. jadi, diaorang pon sentiasa dalam keadaan sedia la. 



cantik sangat masjid ni.. oh ya. kalau boleh bagi sikit upah dekat pemandu pelancong yang bawak kita tu. sebab dia bukannya sesaja nak jadi pemandu pelancong berbuih-buih cerita, pastu tolong snap gambar itu ini dengan percuma. dia nak cari duit. jadi bagila sikit.

 makan malam si Doli bawak kami ke restoran cina muslim. Malaka namanya.. tah-tah orang kita punya kedai. hehe

 dia punya staf perempuan suma. pastu bukan main gembira lagi si Doli. patutla beriya ajak kitaorang makan kat sini. ada udang sebalik mee ropanya. haha.

tapi makanan dia suma ok. sedap! lagipon dah berapa hari asyik makan makanan padang, jemu dah. eceh ayat! padahal pi pon sat ja.. haha.


satu lagi tempat makan power dekat Medan. Restoran Ayam Penyet Cinde Laras.

 banyak cawangan tapi kitaorang try dekat jalan menuju ke airport. sebab dah nak balik dah, jadi singgah situ dulu.


 sambal dia paling mantap. aku makan sambil menitik air mata. haha. pedas tapi sedap. memang terbaik!


BERASTAGI

perjalanan dari Medan ke Berastagi makan masa 3 jam lebih. pastu ikut jalan biasa sebab takde highway memang membutala cita dia. huhu. husben tak tido, pastu suka dia ambik gambar kita tido ternganga. haha.

sampai sini singgah ke pasar buah dan bunga dulu. Berastagi ni atas bukit. cuaca sejuk macam Cameron Highland.

tulisan terbalik. hehe


 kereta yang supir bawak kitaorang sepanjang dekat Medan.

mestila ada buah kan dah nama pasar buah. kitaorang beli pisang kaki dengan salak untuk makan-makan kat hotel nanti. bukan kat hotel jer, kat atas kereta sekali. habis lama sangat perjalanan. kena la makan bagi hilang boring. hehe

kedai bunga.. tak tengok pon. sebab bukan nak beli. lagipon nampak serabut. huhu.

strawbery.. tengok cara diaorang display memang tak la nak beli. kat bawah-bawah ja diaorang letak. paras betis ja. kotor kot..

selain buah dan bunga, baju-baju pon ada jugak jual kat sini..

kitaorang beli tshirt kat sini. saja untuk kenangan..

bagi aku, diaorang ni memang cacamarba. dia boleh pi sogok kuda kat sini. dah la yang sedia ada pon kotor. ada kuda pulak, lagi kotor. busuk bau kuda. yang sebelah sana ada gerai makanan. supir cakap boleh makan jagung bakar. eee.. kalau tengok keadaan memang tak lalu la. gerai kotor yang amat.

 tengok keadaan kat belakang aku tu.. haru biru jadinya.. 

 suami teringin jugak nak naik kuda. tapi sebabkan aku taknak, dia pon taknak la. aku takut binatang kot.. huhu. mana boleh.

 habis jer jenjalan dekat pasar buah, kitaorang check in di Danau Toba International Cottage.

 takde angsa 2 ekor dan rose atas katil pon. hehe. sebab suami tak ambik pakej honeymoon. cuma ambik yang private sahaja.

 tapi Alhamdulillah.. besar sangat bilik ni. besar dan selesa. angsa dengan rose tu tak penting. yang penting kita happy jalan sama-sama.




pemandangan depan bilik sangat indah.. dapat tengok kehijauan yang terbentang luas.

cantik!

pemandangan depan bilik cantik sangat. berbaloi tido-tido dalam keta sebab lama nau perjalanan. hehe


makan malam dekat kafe dia jer.. semua makanan sedap. sangat sedap ok! sampai sekarang teringat lagi rasa sedap tu..


selesai makan, masuk bilik tido. dah takde jalan dah..

dah siap untuk pagi ni sebab nak gerak awal. dah rasmi tshirt yang beli semalam kat pasar buah. tak basuh halal laa.. haha.

breakfast pagi ni pon dekat cafe. sebab kawasan ni takde apa. kita cuma menginap jer.

menu aku pagi ni.. bihun goreng versi gemuk-gemuk bihunnya. hehe. sedap!

nasi goreng menu suami. diaorang ambik order malam, masa makan malam tu dah tanya siap-siap besok pagi nak makan apa.. cenggitu style diaorang. hehe

lepas makan kitaorang bergambar dulu sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. ok, tengok pemandangan belakang. jangan asyik nak tengok jari jemari weolls jer. haha. belakang tu Gunung Sibayak.

ngengada! haha. ok, belakang sana pulak Bukit Gundaling. best tau sebab boleh tengok pemandangan indah kat sini. tapi lagi indah sebab saya ada bersama awak. cia cia cia! haha

 saja la jenjalan kat bawah nak tengok-tengok walaupon takde apa.. hehe


orait berhenti dulu kat sini. insyaAllah pasni kita sambung lagi ya.. sabar tau. haha. sebab mungkin ambik masa yang panjang jugak nak sambungnya tuu.. nasibla. =P




terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...