19 November 2016

Bujang Trip : Masbro Village Melaka

assalamualaikum...

bujang trip ni plan asalnya kengkawan aku la. diaorang beriya sangat ajak pegi berjalan sebelum aku kawin. mula-mula macam malas sebab tak tau nak kemana. pastu sebabkan diaorang bersungguh-sungguh sangat, ok la. jom!

plan asal diaorang ajak ke Desaru. tapi aku bagi cadangan lain. aku ajak diaorang ke Melaka. walaupon dah beratus kali ke Melaka, tapi Melaka banyak tempat best. kalau pegi Desaru, rasa cam takde apa. hehe. so, diaorang pon ikut jer.

4 orang jer.. Anis tak bujang. tapi dia buat-buat bujang. haha. untung ler dapat suami sporting. dia kasi pi berjalan dengan kawan. kitaorang bertolak dari JB dalam pukul 11.30 pagi camtu. sebabnya pagi tu kitaorang ada meeting panitia. pi meeting dulu, pastu baru gerak ke Melaka.

plan asal kitaorang nak pi cari keria antarabangsa dulu bila sampai Melaka. malangnya, kedai tutup. sebab hari jumaat. so, korang leh take note yaa. kalau nak merasa keria antarabangsa, jangan pi hari jumaat. dah kedai tutup, kitaorang pi pekena coconut shake Klebang.

panas ya ampunn! memang sedapla nak pekena coconut shake.


kat sini ada makanan petang jer.. ada kuih muih dan nasi lemak. tadi sebelum bertolak dah makan nasi lemak yang panitia sediakan. memang tak la nak makan nasi lemak lagi. jadi, kitaorang makan kuih muih jer..


dah settle makan, terus gerak pegi homestay..

ok. dah sampai Masbro Village. nak check in.

dah daftar, ambik kunci suma,. boleh la masuk homestay

haa.. ni dia kitaorang punya homestay. comel kan?? penyebab terkuat nak datang Melaka adalah kerana homestay ni la. lain daripada yang lain. meh aku tunjuk ruang kat dalam.

luar nampak macam kecil. tapi bila masuk dalam, luas sangat..

ruang makan dan dapur.. pintu kecik tu, toilet.

dapur dia comel jer. dapur nak masak takde. dia cuma sediakan microwave dengan kattle. pastu pinggan, cawan, sudu suma ada. sabun nak basuh pon ada. jadi kalau bungkus makanan, senang laa.

TV pakai channel Njoi. 

ruang tamu. lapang jer sebab tak banyak barang. sofa dia boleh jadi katil. jadi kalau bawak family ramai-ramai, nak tido kat hall pon boleh.


toilet bahagian bawah.

tangga naik tingkat atas. tangga dia curam sikit. semput la jugak nak naik sebab tinggi dan curam.

kat atas ada 2 buah katil size queen. ngam kitaorang 4 orang.

besar kan?

ni toilet tingkat atas. toilet kat atas lagi besar dari yang bawah. yang penting memang comel la tilet dia.

dah puas usya dalam bilik, kitaorang keluar jap sebab nak ambik gambar. tak leh tahan sebab cantik sangat design homestay nih. ala-ala oversea gitu.


ada swimming pool tapi kena pakai swimming suit. jadi kitaorang perhati jela pool nih sebab memang takleh mandi. hehe.


panas terik sampai tak nampak snap apa. pastu baru sedar yang ada 2 homestay kat tepi tu lompong. haha. time kitaorang datang ni diaorang masih lagi dalam proses pembinaan. ada banyak lagi homestay yang diaorang nak buat.

lepas ni mungkin makin cantik la sebab akan ada banyak lagi homestay. ok. lupa nak bagitau. harga untuk satu malam RM280. agak pricey. tapi memandangkan pegi dengan kawan-kawan, boleh la tong-tong. sorang RM70. check in pukul 2pm, check out pukul 12pm esoknya.

haa kau! sakan nampak lobang kat homestay. haha.

dah selesai bergambar-gambar, masuk homestay. rehat dulu. petang karang baru keluar balik.

dah rehat, mandi solat apa suma, dalam pukul 5 kitaorang kuar dari homestay. nak pegi Sky Tower.

Anis punya peel. tiap kali sebelum kereta bergerak mesti dia nak wefie. hehe

bahagian depan ni tak bergambar lagi. jadi suh Kak Eva parking keta kat tepi, pastu bergambar dulu.

homestay depan ni macam takde orang jer.. taktau la diaorang kosongkan ataupon memang takde orang. 

kosong pon takpe. senang nak feeling. haha


Los Angeles kooo.. mampu? hehe



gaya lebih kurang sama jer. tapi snap beribu lemon. dasar suma kayu. haha. jenis tak tau camna nak pose. sabor jelaa.

haa.. ni kayu bin kayan. haha. itu jer yang mampu.

start dari pintu pagar pon dah nampak unik.

sebelah Masbro ni ada rumah tradisional Melaka. tak pasti dia buat pameran ataupon sekadar tunjuk gitu je..

oleh kerana tak tau boleh masuk ke tak, kitaorang feeling kat luar jer.

ni dah kenapa?? nak menari makyong? haha

pastu kami ke Sky Tower. Sky Tower ni ketinggian dia 42 tingkat tak silap. naik tingkat 41 untuk beli tiket. pastu naik setingkat lagi untuk Sky View.  harga tiket rm25. pon mahal jugak. tapi takpela. untuk pengalaman.

yang mencadangkan naik atas ni, aku. masa awal-awal tu Kak Husna tak setuju sebab dia gayat. pastu tetiba dia kata ok. dia kata boleh. so, kita on. pastu bila sampai situ, kena jalan dekat jambatan yang kiri kanan cermin, terasa macam jalan atas angin. oiii! aku tak boleh!

nampak macam tak seram sangat. tapi seryes kalau ko gayat, ini adalah sesuatu yang mencabar jugak. aku ingat aku ok. rupanya tak. gigil kaki aku nak melangkah. 

masa ni Kak Husna pulak bagi semangat kat aku. eh? haha. tu la orang cakap jangan over confident. kan dah malu sendiri. =P 

pemandangan masa ni memang cantik. cuma aku tak boleh fokus sebab terlampau takut.

walaupon takut, still kena jalan jugak. sebab takmo duduk tengah ni lama-lama. jadi, pelan-pelan, ko pon sampai.

yeah! dah sampai atas. Alhamdulillah. kat sebelah tu lantai kaca. sapa berani boleh la try. aku memang tak mungkin nak berdiri situ. kalau nak tangkap gambar kat atas tu, kena bayar RM18 tak silap aku. mahal betoi. huhu. dikalangan kitaorang, Anis sorang jer yang berani nak berjalan kat situ. gila kentang budak ni. hehe

kitaorang bergambar kat tepi-tepi jer. ni pon dah rasa cam habis berani dah. haha

memang cantik pemandangan malam Bandar Melaka nih. kita dapat lihat sebuah kota yang bercahaya.


indah kan pemandangan malam dari atas ni? lagi indah sebab saya ada disitu. ecewah!

ada banyak teropong. tapi tak tau kenapa teropongnya tak leh nampak apa-apa. gelap jer.. tak tau la kalau kitaorang tak pandai guna. huhu. tapi takpela. teropong ni boleh buat prop jer. hehe

boleh pulak bela ikan kat atas nih.. hehe


kat tengah ni agak gelap. dia nak buat suasana romantik agaknya. cuma bergantung pada lampu ni jer la. dia keluar lampu warna warni.


Kak Eva feeling janam janam.. =P


ini jer yang ok. berpuluh gambar ambik sumanya hancus sebab lighting. bukan main seronok snap, tengok balik gambar dah rupa ju-on pon ada. haha. nyampah betoi.

jadi, carila tempat yang ada lampu. kalau pandai, suluh dengan lampu henset pon boleh. biar cerah sikit. macam kitaorang, suma dah nak habis batery. tak leh nak bukak torchlight. tu yang redha jer muka jadi kaler-kaler. haha.


nampak orang yang kat belakang tu? dia suluh pakai torchlight. baru cerah sikit gambar.. kitaorang terus bersila bawah lampu. hambek! jadi Hulk terus kaler hijoo.

yeah! Alhamdulillah. mission complete.

nak pegi makan malam. pakat kebuluran sebab makan nasi lemak pagi tadi jer. 

pegi Melaka tak makan ikan bakar adalah satu kerugian. kitaorang makan ikan bakar dekat Alai. waze jer..


pilik lauk dulu...

ikan siakap bakar

sotong goreng tepung

sambal udang dan kailan ikan masin. ada pulak sambal kicap untuk cicah dengan ikan bakar. perghh. memang marvelous.

dah boleh makan, suma orang makan dengan lahapnya. haha. tak makan tenggahhari kot. suma macam kebulur. Kak Husna dah masuk angin. terus sakit kepala. lepas makan terus balik homestay. dah tak kemana dah.

tapi sampai jer homestay, kitaorang nak bergambar lagi. haha. jakun sungguh.

tapi kalau tak tangkap gambar malam ni, nak tangkap bila lagi. check in pon satu malam jer.. Kak Husna tak join sebab dah sakit kepala. dia nak terus tido. jadi kitaorang bertiga jer.

cute jer diaorang posing. hehe. dah puas bergambar, baru masuk homestay.

hahaha. tak penah tau aku snap gambar tengah baring. Anis punya keje la nih. mujurla macam elok jugak muka tu. tepek la kat sini. wee. dah. tido. besok nak jenjalan lagi.

pagi ni memang planningnya keluar lambat sikit sebab nak dok kat homestay lama sikit. sarapan kat homestay jer. kitaorang dah bawak megi cup, nescafe 3 in 1 ( sebenarnya diaorang ada sediakan. kami tak tau ), biskut dan segala jenis jajan. jadi sarapan itu jer.. tapi, pagi ni ada masalah sikit kat homestay. takde air. sedih betul. taktau apa masalahnya. samada sebab pembinaan atau memang kat situ tekanan air rendah. kelam kabut jugak la. dah ada yang sakit perut, nak terkucil apa suma. terbantut kat situ.

dalam pukul 8.30 gitu, baru ada air.. bertabah la sementara menunggu air. hehe. pastu line internet pon agak slow. ini memang review ikhlas yaa. tempat memang cantik. tapi kita tak boleh nafikan kemudahan yang lain. jadi aku bagitau sensiang kat sini. pandai-pandai la fikir. nak kelainan, nak feeling oversea, nak gambar cantik, sini memang tempatnya. tapi mungkin sebab dia masih dalam proses naik taraf, jadi ada banyak kelemahan yang timbul. insyaAllah tempat ni akan jadi lebih baik pada masa akan datang.

macam biasa.. keluar jer dari bilik mesti nak posing. hehe


dah last dah.. pasni nak check out. jadi harus la bergambar habis-habisan.






Hollywood pulokk!


no caption. tengok jela gambar kitaorang feeling-feeling cover album. hehe




feeling princess plak mokcik nih. haha. 


ok. kita belanja gambaq depa dua ja. sebab nak nego sampai letgo. haha. tahun depan leh buat bujang trip untuk depa dua pulak. ( gurauu. jangan marah aaa! )


ni pi posing kat belah depan pulak..






ok. dah check out. bye-bye Masbro Village. ada rezeki kita datang lagi. insyaAllah.


sekarang kita nak bergerak pegi MPO. Melaka Premium Outlet @ A'Famosa Freeport.

bagi yang tak tau, MPO ni sejenis tempat yang mengumpulkan kedai-kedai berjenama tapi dengan harga yang rendah. jadi seronok la nak shopping. hehe. klu kat Johor ada JPO. 

aku lebih suka shopping kat MPO daripada JPO. tak tau kenapa. mungkin sebab aku rasa sini lebih murah. JPO ramai orang Singapore turun. jadi harga dia lebih up. 




 bergambar kat sini pon cantik. sebab dekorasi menarik.


ada kincir angin dan kolam buatan. 

sebabkan panas, pakat beli aiskrim..

selesai dekat MPO, kitaorang bergerak pergi mencari hajat yang tertangguh semalam iaitu kuih keria antarabangsa. kedai ni bukak pukul 2 petang. pandai-pandai la adjust masa. ada 2 buah kedai sebenarnya. Haji Jalil dan Hajah Rahmah. sama jer dua-dua. kedai pon dekat-dekat.

masa lalu dekat kedai Hajah Rahmah (kitaorang nampak kedai Hajah Rahmah dulu baru Haji Jalil), ingatkan barisan kat situ dah habis panjang dah. jadi kitaorang nak try yang Haji Jalil. Kak Eva tak jumpa parking, jadi aku dengan Anis jer turun sebab nak tapau jer. rupa-rupanya barisan kat Haji Jalil lagi panjang teroks!

tetiba Kak Husna datang. eh nak beratur jugak? hehe

beraturla dengan bersabar.. nampak tak barisan dia cam mana? dalam kedai barisan dia melingkar macam ular tedung. huhu. tunggu punya tunggu, dekat 20 minit. tak banyak mana pon bergerak. siap ada yang kata dah habis. adoiii! dalam kedai ni dah la panas. haba kot. pastu aku bagitau Kak Husna, " apa kata kalau kita cuba dekat Hajah Rahmah? tapi sorang kena tunggu jugak dalam barisan ni. incase kalau Hajah Rahmah tak ok, kita takyah la beratur semula. " Kak Husna ok er.. tapi dia nak ikut aku berjalan pi Hajah Rahmah. jadi, Anis la kena beratur kat Haji Jalil. haha.

barisan dekat Hajah Rahmah panjang jugak. tapi tak sengeri dekat Haji Jalil. jadi, kitaorang nak stay sini. pastu Kak Husna pon col la Anis suh datang sini.


haaa. nampak berapa panjang punya que?? coq keria betoi! haha.

dah semakin menghampiri kaunter. hehe. biaq Anis selpie sorang-sorang. dia lawa lagi takpa. kita ni nih yang tak goreng coq keria pon dah macam apa muka. huhu. 

tudiaaa kuih keria idaman rakyat jelata. punya seksa nak bulih makan pon. sebiji 50sen tak silap. dia had kan pembelian untuk setiap orang 15 biji sahaja. kitaorang beli 20 biji. jadi sorang 5 biji jer. tak sampai hati pulak nak beli banyak-banyak. kesian orang yang beratur. lagipon macam tak boleh kot nak makan banyak.

yang tadi tu kata-kata sebelum makan. tapi lepas makan macam menyesal pulak beli 5 biji jer. dah la beratur panjang. haha. len kali kalau pegi lagi, nak beli banyak. sebab sumpah sedap. rangup kat luar lembut kat dalam. isi dia macam ubi semata. macam takde tepung. pastu dia sira dengan gula melaka memang perfect. tak manis sangat. bila kita makan macam cair dalam mulut. sedapnyaaaa! ( telan ailio)

pastu kitaorang gerak pegi Bandar Hilir. nak naik Cruise. tapi sebelum tu kitaorang pegi makan asam pedas Melaka dekat restoran depan dengan menara Taming Sari.

tak tau nama restorannya apa. sebab kita tengah lapar. dapat makan pon cukup. nama kedai tak penting. haha

dah tak heran dah dengan Dak Anis yang tak habis-habis nak ambik gambar. terus jer bukak langkah. hehe.


lepas makan, pegi naik cruise. diorang tak penah naik cruise. tu yang nak sangat naik. aku pulak masuk ni dah 4 kali naik cruise. haha. nampak tak betapa kerapnya aku datang Melaka?

layan kan jer...

turun cruise singgah sekejap dekat Medan Samudera. beli la serba sikit ole-ole. pastu terus gerak balik JB. 


Alhamdulillah.. 2 hari yang cukup bermakna. walaupon planning last minit, semuanya berjalan dengan baik. terima kasih kawan-kawan untuk percutian singkat tapi penuh dengan kenangan manis. mudah-mudahan ada rezeki kita untuk pegi jenjalan lagi. muah muah! love u all! ^_^



terima kasih buat yang sudi membaca <3



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...