5 March 2016

Travel : Beijing, China. (Day 2)

assalamualaikum...

klik link dibawah untuk baca entry sebelum :


ok.. kita sambung pulak cerita travel ke Beijing untuk hari kedua. hari kedua nih kitaorang start awal sikit. sebab semalam dah puas rehat kan. lagipon banyak tempat nak jalan. pagi ni kami sarapan kat restoran.

masuk jer restoran, terpegun dengan dekorasi diaorang. cantik sangat.

konsep macam gua gituu.. 

terus feeling macam dok kat Turkey. tak rasa macam kat China pon. hehe

sarapan kami pagi nih.. nasi goreng, roti dengan apatah tu.. kuih diaorang kot. Alhamdulillah.. suma sedap.

Kedai Sutera

destinasi selepas makan ialah kedai sutera. Amoi comey pakai spek tula yang layan kitaorang sebaik sahaja masuk kedai. Sarah namanya. boleh cakap melayu Indonesia dengan sangat fasih. jadi dia bagitau segalanya tentang sutera. sutera dihasilkan melalui ulat sutera. ulat sutera akan mengeluarkan kepompong. 

ni kepompong yang dah kering.. kalau satu kepompong ada 2 ekor ulat sutera, benang yang dihasilkan akan berselirat. jadi tak sesuai untuk dibuat kain. tapi boleh buat cadar dan selimut. Sarah suh kitaorang bukak kepompong nih. cuba punya cuba tak boleh. rupanya memang takleh bukak sebarangan. pandai Sarah kenakan kitaorang. =P

cara nak bukak kepompong, rendam dalam air, pastu masukkan ke acuan yang berbentuk U terbalik tu.. nampak tak??

ok.. gambar ni jelas sikit. haa.. ulang-ulang buat step tadi sampai dapat ketebalan benang yang kita nak.

ni dia kapas daripada sutera.. lembutnya MasyaAllah..

pastu Sarah suh try pakai losyen sutera plak. best losyen ni. wangi.. lembut jer rasa tangan. kalau aku beli, mesti budak-budak suka nak datang salam tangan aku. haha. motippp sangat.

pastu Sarah tunjuk beberapa barangan yang terhasil daripada sutera. sentuh kain pon dah rasa cam nak tido. best woi! haha

nampak? bukan main banyak lagi pilihan barangan sutera. tinggal duit ja tak berapa nak banyak. haha

Magic scarf nih aku beli.. sebab best dan multifunction. boleh buat jadi mafla, jaket, dress dan macam-macam lagi la. Sarah ada buat demo. tapi tak boleh ambik gambar. sory..

bantal sutera pon aku beli gak. sebab bantal nih pon multifuncion jugak. bila lipat jadi bantal. bila bukak jadi selimut. best kan? aku beli 2. satu untuk diri sendiri. satu untuk mak. rasa berbaloi sangat. tido pon mimpi indah jer sekarang. haha. *over

haa.. ni hasil shopping-shopping kat kedai sutera.

Zoo Panda

destinasi berikutnya, Zoo Panda. 

 kaler daun pokok nih cantik, jadi kita stop kejap nak bergambar. weee..

ok.. dah sampai depan Panda House..

ni dia tunjuk makanan panda..

kedai cenderahati.. 

cari punya cari, panda tido rupanya. cait! kita datang jauh-jauh hangpa boleh tidoq?? haha

suma tido.. takde satu pon yang jaga. depa tunjuk montot jer kat kita.. huhu

 last-last kita selpie sendiri. hehe


ni panda yang derhaka pada ibunya lalu disumpah menjadi batu.  *tak kelakor

Beijing Zoo 1906

tangkap gambar beramai-ramai dengan group.

taktau bangunan apa. sebab cantik, posing jela.

lepas dah habis jalan kat Zoo Panda, kitaorang pegi makan tengahhari. satu jela masalah. nak tangkap gambar lauk yang lengkap susah sikit sebab mesti ada makanan yang sampai lambat. macam dalam gambar nih, ada lagi 3 jenis lauk belum sampai. kadang nasi dah habis, tetiba ada lagi lauk sampai. dahhh.. lauk tetiba jadi dessert pulek.. haha


selesai makan, singgah solat dekat masjid. pastu sambung balik jalan.. masjid nih tengah renovation kat depan. tu yang macam huru-hara sikit. tapi kat dalam tip-top.

Kedai Buluh

kedai buluh ataupun kalau orang kampung aku panggil bamboo. haha

spot bendera Malaysia.

macam biasa. ada penerangan ringkas dulu.. dia cerita serba sikit kebaikan buluh. apa barangan yang dapat dihasilkan melalui buluh. kalau manusia jenis teruja tak ingat dunia, ko mesti rasa cam nak beli suma. jadi, bawak-bawak istighfar. ada banyak hari lagi nak kena tempuh ujian masuk kedai goverment nih. haha

kan dah kata tadi banyak.. antara produk buluh, towel, berus gigi, sabun dan macam-macam lagila..

kat sini aku cuma beli stokin jer.. tak pakai jaket sebab tak sejuk sangat masa nih.

Summer Palace

Summer Palace nih istana musim panas. 3 per 4 kawasan dikelilingi air..

 tapi masa kitaorang datang nih, bukannya dikelilingi air. tapi ais. air suma jadi beku. huhu. masa nih sumpah sejukkkk!

 kalau menurut cerita Anita, Summer Palace nih tempat diadakan pesta atau keraian. Maharaja tinggal bersama dengan gundik-gundik.

 ini bukan gundik. ini Maharani tak kesampaian. haha


 sejuk sangat sampai hidung pon sakit.. huhu. terpaksa tangkap gambar macam ninja. haha

 tengokkkk. beku beb!


 kat sini memang cantik sangat.. tapi hari dah start nak gelap. padahal baru pukul 4 lebih.


 seronok sangat walaupon sejuk..


ok.. dah gelap.. Anita dah jerit suh naik bas. haha. ok.. next day kita sambung entry lain. bye! ^_~


terima kasih buat yang sudi membaca <3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...