31 January 2016

Travel : Beijing, China (Day 1)

assalamualaikum..

klik sini untuk baca entry sebelum.

ok. sambung balik cerita pegi Beijing itu hari. hari pertama jalan-jalan di Beijing, kami mula lambat sikit. sebab kitaorang kan sampai kat hotel dalam pukul 3 pagi. Anita bagi kitaorang rehat dulu. takyah mula awal. jadi, pukul 10 am baru keluar dari hotel. sarapan pagi hari tu pon diaorang datang hantar kat bilik dalam pukul 7 am.

The Forbidden City

tempat pertama yang kami pergi ialah The Forbidden City. sepanjang perjalanan aku macam jadi syahdu-syahdu gitu. sebab macam tak percaya dah sampai China. haha. pastu bersyukur sangat sebab Allah bagi rezeki aku sampai sini.

dalam bas ada heater. bila turun dari bas amboi kau! sejuk yang amat ok. hidung rasa pedih sangat. mungkin sebab hari pertama, jadi badan masih belum boleh biasa.

ramai sangat manusia.. masa ni Anita ada cerita-cerita jugak sambil jalan. tapi otak aku tak masuk. kat bibir asyik ' sejuk sejuk '. haha

bangunan apa aku tak tau.. tapi sekarang memang kami nak menghala ke Forbidden City.

ok.. dah sampai kat depan bangunan Forbidden City. Forbidden City nih, istana zaman Maharaja dulu. beratus tahun yang dulu. sekarang dah jadi macam muzium jer sebab dah takde Maharaja. Anita dok cerita jugak pasal Dinasti Ching la, Ming la. yang mana satu punca kejatuhan pon taktau. dah tak ingat. haha. hangpa pi google sendiri la.

memang ramai sangat manusia. 

berhenti jap nak posing. hehe

Forbidden City ni memang besar. tak silap aku Anita cakap ada beribu bilik. kalau silap ampun ya.. aku tak ingat dah. tapi Anita cerita, Maharaja akan tidur bilik lain-lain setiap malam. dia akan rotate semula bila dah habis. pastu Maharaja punya makanan setiap hari pun ada beratus jenis. pastu dia takkan makan makanan yang sama setiap hari sebab takut kalau ada yang bubuh racun bila dah kesan makanan kegemaran dia. jadi lauk yang dia tak sentuh, buang. mubaziron betoi! haha

beratur dulu.. kat sini ada security check. beg suma kena scan.


masuk jer dalam tetiba nampak depa ni dok berkawad.. haa.. tengok lantai tu eh. Anita bagitau, batu tu pon dia lapis sebanyak 7 lapisan. atas sebab keselamatan. memang kukuh.

boleh tau masa nih punya eksited sebab view macam cantik ja nak snap, aku leh tak perasan berjalan atas ais. dah snap seketul dua, pastu nak gerak, sekali baru sedar licin. mujur Kak Dania pegang aku. kalau tak dah jadi buah nangka tergolek kat China. haha.

bangunan suma memang yang asal. cuma warna jer Anita cakap dia buat baru. yela.. nak buat muzium kan. kalau sendu macam rumah hantu, sapa ja nak datang. =P

masa ni Anita dah lepas kitaorang. gerak sendiri. sebab tempat ni besar. suma orang pon sibuk nak bergambar je kan..

tetiba aku dapat port yang mana takde orang nak photoboom gambar aku. hehe
masa kat sini Kak Sharimah telah berjaya mencipta kenangan manis dengan jatuh tergolek sebab terpijak ais. haha. kesnya sama jugak. sebab eksited nak tangkap gambar sampai tak perasan ada ais.

tetiba nampak dataran memutih. wahh.. terujanya kita. @_@

rupanya diorang dah sakan dah main salji. ok. jom pi join..

gembiranya kitaaaa! 





belakang ni macam tempat singgahsana Majaraja la kiranya. ramai betul manusia. ni jela satu-satunya tempat yang dia bukak. yang lain tengok bangunan jer.

tapi tengok laa.. punya sesak. dah macam nak pi cium Hajarul Aswad pon ada depa nih. haha

ini ja aku dapat snap. siap snap sekali dengan kepala apek mana tah. nasib laa. haha. takde apapon. dia cuma tunjuk tempat Maharaja bersemayam jer. eh, betul ka bersemayam? senang cerita dia duduk atas tu la. macam tempat duduk Sultan kat negara kita.

celah-celah tangga ni lagi banyak ais. kat sini Kak Salmi plak berjaya digolekkan oleh ais. haha.

dah kalau pergi oversea tuh, perangai jakun cam tak leh nak kawal kan. dengan bangau nih pon nak bergambar. motip??

acah-acah sweet lettew aku ngan Kak Sha. padahal takdak bentuk love pong! haha

air pon beku..

Maharani Kiah. * muntah cekedis.

keluar dari bangunan, nampak salji lagi. tak boleh jadiiii.. pakat berenti nak bergambar.


beku pon beku la.. janji puas hati..



Foot Massage

lepas selesai makan dan solat, kami dibawak ke kedai massage. ni antara kedai goverment la. ok.. nak bagitau. kalau pegi Beijing dengan agent, kita memang takleh nak elak daripada pegi kedai goverment. sebab tu memang syarat yang diaorang dah letak dekat agent. kalau tak, tak boleh buat tour kat situ. jadi sepanjang kami kat sana, memang hari-hari pegi kedai goverment.


segala jenis herba yang aku tak tau dan tak pernah nak ambik tau. haha. yang aku tau, siap jadi ubat aku guna jer. manusia zaman moden kata koo. =P

cantik dan selesa..

ambik position. dan eksited dah sebab tak pernah mengurut kaki.

pastu staf dia datang hantar air panas buat rendam kaki.

ok.. sedihnya. aku cuma dapat rendam kaki jer. sebab tukang urut tu dia main belasah jer bagi tak kira jantina. aku, Kak Dania dan Kak Balyah dapat staf lelaki. ehhh.. memang tak la aku nak bagi dia urut aku. pastu try mintak tukar staf perempuan pon tak dapat sebab diaorang tak faham bahasa inggeris. takpela.. takde rezeki.

Acrobatic Show

malamnya kitaorang pegi tengok Acrobatic Show. best gila show nih. aku bagi 10 bulan bintang di langit. amboi ko over. haha

memang terbaik sangat. ada macam-macam jenis persembahan. yang patah riuk suma cukup. pastu hat globe nih pon best. bayangkan depa sumbat 10 biji moto dalam tu dok pusing-pusing. cemas betul aku takut belanggar. 

macam tak puas tengok show nih. nasibla jauh.. kalau dekat aku pi lagi nak tengok show nih. hehe

depan pintu masuk ni, ada kedai yang jual cenderahati, longjohn, simcard, powerbank pon ada. aku tak sure jugak kedai apa sebenarnya sebab barangnya bercampur-baur. haha. jadi, sementara makcik pakcik dok shopping tu, kami bergambar untuk menghilangkan bosan.

thumbs up!

lepas makan, kitaorang pegi jalan-jalan sendiri dekat kedai tepi jalan. nak cari buah. kedai ni depan hotel jer.. 


selesai jer beli buah, terus balik hotel. cerita hari kedua nanti pulak aku sambung kalau rajin. sabor yerrr..




terima kasih buat yang sudi membaca <3



No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...