26 December 2015

Travel : Beijing, China

assalamualaikum...

Alhamdulillah.. akhirnya kuar jugak entry baru. mesti bosan dah nengok entry lama. pebenda buat blog tapi malas update?? tahlaaaa.. no komeng! haha

ini adalah part 1 eh.. aku akan cerita serba sikit la pasal perjalanan aku kat sana. sebab masa aku upload gambar dekat FB, ramai yang mintak share bajet la, makanan la, tempat yang kitaorang pegi la. nak cerita suma tu dalam satu entry jer memang tak la kan.. sebab aku pegi sana pon dekat seminggu. kang bukan aku jer malas nak tulis, korang pon malas nak baca. buat letih aku jerrr.. haha

so, entry ni lebih kurang cam teaser la. cerita serba sikit jer untuk gambaran korang.

kalau kira ikut tarikh kitaorang pegi, start dari 27/11 - 3/12 macam seminggu la. tapi kena tolak masa untuk perjalanan jer 2 hari. sebab sehari pegi sehari balik. kami pegi dengan agent. memang tak retila nak backpackers suma kan. sebab aku jenis penakut. jadi pakai agent jer. dah tentu dia uruskan suma. tak payah fikir-fikir lagi dah. 

kitaorang naik flight dari Senai ke KL makan masa 45 minit gitu. dari KL ke Beijing, 6 jam.. mujur naik MAS. tak bosan sangat. leh layan movie. lagu.

makanan pon sodap.. asyik makan jerrr.. haha

kitaorang sampai Beijing dalam pukul 1 pagi. (masa Beijing sama dengan masa negara kita) pastu dah dok kelam kabut kat imegresen, dengan nak claim bagasi lagi, pastu ada bagasi  yang hilang (bukan aku, orang lain), tok tek tok tek sampai hotel dalam pukul 3 pagi.

eh.. lupa nak bagitau. winter coat kena ready dekat tangan. jangan sumbat dalam bagasi. pegi musim winter kalau ko pakai baju macam summer memang ko beku kat situ. huhu. kitaorang turun jer flight terus rasa sejuk sampai ke tulang. pastu mulut pon dah kuar asap. suhu masa tu -5c. 

pakaian masa musim winter nih, memang belapis-lapis. dalam pakai long john, pastu pakai seluar dan tshirt. pastu pakai winter coat, mafla, sarung tangan. stokin pon aku pakai 2 3 lapis. ini memang wajib 

ok.. ni geng yang join trip nih. geng sekolah aku 12 orang. campur dengan makcik pakcik pencen 5 orang. pastu agent lagi 2 orang. total suma sekali dalam 19 orang la. best sangat sebab sumanya sporting belaka. geng aku takyah cakap la. memang kaki travel kan. kalau korang perasan, memang muka yang sama jer pegi memana.. hehe.

kat China, driver belah kiri. jadi pintu bas belah kanan. kitaorang sampai hari pertama tu nampak jer bas, terus menuju ke belah kiri. nak cari pintu. sekali takda.. haha. kena gelak dengan kawan-kawan sebab kalut sangat. so, sebabkan driver belah kiri, lane laju pon belah kiri. nak lintas jalan pon tengok kiri dulu baru kanan. gittu,

ok.. ni agent kitaorang kat Beijing. Anita namanya.. dia bukan muslim tapi dah handle banyak customer muslim. boleh cakap melayu. tapi melayu Indonesia. bagus Anita ni.. banyak pengetahuan. sepanjang jalan dia akan cerita banyak benda la. sejarah la. isu semasa la. tips la. kadang aku dengar, kadang aku tak dengar. haha. sebab kadang-kadang aku teralit tengok pemandangan kat luar bas. 

Anita akan bawak bendera untuk handle kitaorang. jadi, dari jauh pon kita boleh nampak bendera nih. kalau rasa nak sesat ke apa, cari bendera tu jer. hehe

ok.. orang cantik, pemandangan cantik tapi bukan nak cita pasal tu. itu korang pon boleh nampak. =P nampak termos kat tepi tu? nak cerita, bawak termos bila kuar berjalan. ni masa hari pertama. tak berapa reti lagi masa nih. patutnya tinggal jer dalam bas. takyah susah-susah bawak kehulu kehilir. tapi memang kena spare la. sebab walaupon setiap hari Anita sediakan sebotol mineral kat kami, tapi air mineral tu sejuk gila. siap ada ais lagi. tak sanggup ooo nak teguk. huhu. jadi, bawak termos supaya kita boleh minum air suam.

botol air dengan tisu basah yang nak digunakan untuk buang air, kena sentiasa bawak. jangan nak tinggal kat bas pulak. sanggup pulak ko nak patah balik pegi kat bas. terkucil tengah jalan la jawabnya. haha

cuaca sejuk ni sebenarnya boleh buat kulit kering. so, kena sentiasa sapu minyak cocoa butter kat kulit dan vaseline kat mulut supaya kekal lembap. kalau biar nanti boleh jadi luka. pon kena selalu minum air dan makan buah supaya badan kekal sihat. lagi satu, spare jugak coklat atau energy bar. sebab sangat membantu untuk pemanasan badan.

sepanjang kat sana, memang kurangla menghadapi kesesakan jalan raya. sebabnya diaorang ada peraturan yang mana ada hari-hari tertentu kereta sekian-sekian tak boleh keluar. contohnya, hari ni plat kereta no 4 dan 8 tak boleh keluar. jadi, kalau dia keluar kena saman la. besoknya nombor lain pulak. gitu. nak beli kereta pon susah. 5 tahun tunggu turn baru dapat beli. itu pon tak tentu lagi. tah-tah lama lagi daripada tu. pastu kereta dari negeri lain pon tak boleh masuk. kalau negara kita relaks ja. KL ke JB boleh.. kalau sana, beli kereta kat Beijing, kat Beijing jer boleh pakai. masuk negeri lain kena saman.

sebab tu kita nampak diaorang banyak jalan kaki jer. 

basikal dengan motor pon banyak jugak. bagus motor ngan basikal ni dok kat lorong dia jer. takde bersepah macam kat negara kita. terselit-selit. kalau jem kat KL tu lagi laa. risau betul.. 

budak kecik pon kurang nampak jugak kat sini. sebabnya, kat sini dia buat family planning. satu pasangan boleh ada sorang anak jer. tak boleh lebih. tapi Anita cakap sekarang dia dah bagi lagi sorang. maknanya setiap pasangan boleh dapat 2 orang anak. sebabnya, kerajaan dah macam risau kurang tenaga muda. banyak orang tua jer.. 

pokok-pokok ni dia cat bahagian akar sebab nak jaga kesuburan. taknak mati cepat.

yang dok balut tu pon sama. sebab nak jaga kesuburan pokok.

aku tak pasti ada berapa banyak masjid dekat Beijing nih. tapi kitaorang cuma singgah masjid untuk solat sehari sekali jer. untuk Zohor dan Asar. waktu lain suma balik solat kat hotel. setiap hari kami akan pegi masjid yang berlainan. Alhamdulillah masjid dia suma bersih dan cantik.. 

ok. tengok basikal yang ada berbungkus atas dia tu. ada orang jual macam manisan gitu. memang ramai peniaga kecik kat tepi-tepi jalan. ada jual topi la. beg la. macam-macam. dia bukan gerai tau. orang tu akan usung barang jualan dia cam tu jer. aku tak snap gambar plak. huhu. cuma nak bagitau, kadang kita sebagai pelancong ni memang cepat teruja. nampak murah jer terus nak beli. tapi ni apa yang agent aku pesan la.. kalau nak beli boleh. cuma pastikan duit tu cukup-cukup, sebab kalau bagi duit lebih, nanti kemungkinan dapat duit baki tu palsu. kang bila kita dah perasan, dia pon dah lesap. bahaya sangat.. huhu

orang asyik tanya makanan halal susah tak nak cari kat Beijing? tak susahla sebab kami pegi dengan agent. haha. tak payah pikir. dia sediakan suma, kita tinggal makan jer

sebenarnya Anita cakap makanan halal tu takde pilihan sangat. sebab orang Islam adalah penduduk minoriti kat sana. jadi, kami terpaksa repeat restoran yang sama sekurang-kurangnya 2 kali. sarapan pagi plak memang terpaksa dekat restoran yang sama jer.. 

tapi bagi aku la kan.. restoran yang sama pon takpa janji lauk dia best. hehe. sepanjang kat sana memang meriah sangat time makan. lauk penuh meja. setiap hari akan ada lauk 7 ke 9 lauk. memang puas makan.

masa ni ada lagi lauk yang tak sampai. hehe. orang kata makanan kat sana tak sedap. jangan terpedaya dengan rupanya yang cantik bla bla bla. ada yang kata tawar la. kurang masin la. takde rasa la. jadi, kami dah spare dah. bawak sos, garam, sambal hitam, megi (in case takleh telan langsung makanan diaorang, balik boleh telan megi). malangnya, sampai hari last. suma makanan sedap. stok yang kitaorang bawak, buat sedekah jer kat driver bas sebab tak sempat makan. haha.

tapi aku tak rasala cerita orang lain tu tipu. sebab kalau baca kat blog dan dengar sendiri daripada cerita adik aku Jiha yang dah penah sampai Beijing, suma kata makanan diaorang tak sedap. takkan la suma orang menipu plak. tak logikkan.. cuma aku rasa kami bernasib baik. mungkin agent kitaorang dah pilih betul-betul tempat makan yang sedap. jadi, kami tak terkenala macam orang lain.

musim sejuk, siang pendek malam panjang. pukul 5 petang dah Maghrib. pukul 6 petang dah Isyak. Subuh macam biasa. pukul 6 pagi baru Subuh. aktiviti malam takde. bebas.. jadi, kitaorang selalu merayau sendiri la kalau tak penat. selalu pukul 8 dah boleh balik hotel dah. pukul 9 dah tido. kadang pukul 8 pon dah tido. haha

haaa.. sebelum terlupa. kat sini susah nak cari wifi. hotel yang kitaorang duduk pon takde. kalau nak jugak on internet, beli sim. tapi sim dia mahal gila. 100 yuan. kalau convert duit kita dalam 60 lebih. geng aku suma tak beli sebab bila fikir-fikir balik, nak beli simkad sampai 60ringgit dapat pakai seminggu jer. kat Malaysia simkad 5ringgit jer. haha. takyah membazir. banyak lagi benda lain boleh beli. oleh kerana suma orang takde internet, jadi suma orang hidup di alam nyata. takdela setiap masa dok belek phone. suma orang lebih menikmati percutian. wahhh gittuw ayat! haha

yang cantik sebelah aku ni la Kak Sal. Ketua Fast Travel.. sporting, baik hati, murah hati, ramah tamah. sumalaa.. memang best pegi bercuti dengan Fast Travel ni sebab murah tapi mewah. 

harga pakej yang kami pegi RM2300 jer all in. pastu konsep Kak Sal bekerja, bukan sekadar nak bisnes jer. dia nak berkongsi kekayaan. sebab tu kalau tengok cara dia layan customer macam VIP rasanya. memang best la.. kalau korang nak tau camna bestnya, 

boleh usya : FB Fast Travel 

banyak gambar-gambar dan testimoni dari customer.

ok.. ada masa aku update lagi cerita pasal Beijing ni. tungguuuuu!




terima kasih buat yang sudi membaca <3



4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...