7 November 2015

ukuran kebahagiaan

assalamualaikum...

macammana kita ukur kebahagiaan seseorang? 

dengan melihat pada wajahnya kah?
dengan melihat pada hartanya kah?
dengan melihat keluarganya kah?
atau.. dengan melihat kejayaannya kah?



aku pernah jer dapat ucapan cam ni...

" aku harap satu hari nanti kau akan dapat kebahagiaan yang dicari.. "

bila aku jawab, " aku ok jer.. "

" aku tau Kiah.. aku boleh rasa.. "

eh eh.. dia pulak boleh rasa. dia terlebih nilai aku, ataupon aku yang tak reti nilai diri sendiri? haha


pernah jugak orang cakap cam ni kat aku...

" aku tengok kau happy jer. bahagia tengok. "

" laaa.. kenapa plak? aku biasa jer.. "

" yala.. nampak enjoy ja. macam takda masalah.. "

mana boleh manusia takda masalah.. tak normal tuhh..


hakikatnya.. pandangan mata dengan keadaan sebenar mungkin tak sama. tak kisahla macammana pon orang judge kita, aku akan ambik yang baik-baik sahaja. kalau dia nampak kita macam tak bahagia, aku harap, dia doakan kita supaya sentiasa bahagia. kalau orang nampak kita bahagia, Alhamdulillah.. semoga kita akan terus bahagia.. 

of coz semua orang nak terus rasa bahagia.. taknak ada masalah. stress sampai sakit kepala. sapa jugak yang suka semua tu.. tapi sebagai manusia, kita memang tak boleh lari dari masalah. apa yang kita boleh buat, cuba selesaikan dengan cara yang paling baik.

bagi aku, kebahagiaan tu tak perlu dicari, tapi perlu dinikmati. nikmati setiap apa yang ada dalam hidup kita. hatta sekecik-kecik benda pon dan jaga apa yang kita ada tu sebaik mungkin. ada duit, gunakan dengan baik. ada kawan / family, jaga hubungan baik. bila ada ujian, cari hikmah pada setiap ujian. jangan nak merungut dan mengeluh jer.. 

bahagia tu biar kita jer yang rasa. jangan nilai orang lain. kalau kita sibuk bandingkan diri kita dengan orang lain, boleh jadi, kita akan rasa iri hati, dengki sebab dia lebih daripada kita. mungkin jugak, kita jadi riak. sebab kita lebih pulak dari dia. padahal Allah dah tetapkan dah segala rezeki dan ujian buat kita. ada yang lebih kat sini tapi kurang kat sana. ada yang lebih kat sana tapi kurang kat sini. kita tak tau..

jadi, doala yang baik-baik. cakap yang baik-baik. fikir yang baik-baik. semoga semuanya akan jadi baik-baik jugak.. semoga kita semua kekal dalam keadaan bahagia dan dilindungi Allah SWT.

lately nih, ramai pulak dok ngata-ngata cikgu makan gaji buta sebab asyik cuti sekolah. Alhamdulillah.. rezeki jugak. kita sentiasa bahagia jadi cikgu. tak kisahla apa pon orang luar nak judge. asal dia pon bahagia. ^_^



terima kasih buat yang sudi membaca <3



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...