19 March 2015

mendaki Gunung Pulai

assalamualaikum...

pegi Gunung Pulai ni bukanla baru-baru ni yer.. rasanya aku pegi bulan lepas kot. sebelum cuti raya cina. hehe. tapi faham la aku.. kalau tak peram dulu cerita, memang bukan Naqhiah laaa.. 

plan nak mendaki Gunung Pulai ni, Kak Wahid yang cadangkan. bila Kak Sharimah bagitau Kak Wahid ajak mendaki, aku terus eksited. sebab aku tak pernah mendaki sebelum ni. merentas desa pernah la.. itu pon sebab sekolah yang buat. kalau nak harap diri sendiri, memang jauh sangat aku nak buat aktiviti cenggini. haha

pagi tu, hujan turun tau. memula macam terfikir gak. jadi ke tak jadi nak daki nih. tapi kami keluar gak. pegi makan dulu pastu baru bertolak. dekat pukul 9pagi kami dah sampai dekat Gunung Pulai. oh ya.. Gunung Pulai ni dekat Pekan Nenas. kalau nak parking kereta jangan risau. banyak parking dekat bawah ni. tapi parking dekat rumah orang la. kena bayar RM1 dekat pakcik / makcik tu..

 lepas warm up, boleh start daki..

 pakai camera phone memang macam hampeh sikit. dia bergegar memanjang. haha. 

ok.. dah sampai 750 m..

dah daki 750m baru jumpa tanda ni tau. sebagai tanda kenangan, kita lepak sambil selfie seketul dua. tayang kat sini seketul jer. takut korang seram. haha

ok.. sambung daki lagi..


dah naik sampai 2000m, kepala aku dah start pening. macam nak pitam. huhu. terus aku jerit kat diaorang. " saya dah tak larat!!! " 


pastu diaorang ajak duduk.. ok. ambik nafas dulu. relaks... 


daki lagi pastu semput lagi. huhu..2 kali gak aku mencungap. memang rasa tak tahan pening dia. pastu, diaorang tanya aku. " larat tak nak naik lagi? kalau tak larat Naqhiah tinggal la dulu kat sini. " pastu rasa macam, hmm takkan nak dok sorang. tak boleh. tak boleh.. jadi kuatkan semangat untuk daki lagi.


pastu Kak Wahid bagila satu cerita motivasi masa nak sambung daki lagi. Kak Wahid kata dia pernah tengok satu rancangan TV yang jemput sorang perempuan yang berjaya naik Gunung Everest. masa mula-mula naik, dia terjatuh. habis gigi dia patah. kawan-kawan dia tak tunggu pon dia. semua terus naik. oleh kerana nak jugak sampai puncak, jadi dia kuatkan semangat. dia mintak kekuatan dari Allah dan berzikir jer sepanjang mendaki. sampai la dia berjaya sampai ke puncak. MashaAllah.. hebat! ok.. naik semangat aku. terus zikir jer sepanjang mendaki. berdoa dekat Allah supaya diberi kekuatan. terus lepas tu kepala jadi ok. dah tak pening.

jadi, kami mendaki perlahan-lahan. takpe.. lambat-lambat pon takpe. janji sampai. sambil-sambil tu, nikmati keindahan alam.. ada air terjun tau kat Gunung Pulai nih. tapi tapi tapi, tak berapa bersihlaa..


lepak dulu... kemain Kak Salmi menongkat kaki. hikhik


Alhamdulillah.. dah 3730m   sikit lagi..


berhenti jer ambik gambar.. haha. kata nak pelan-pelan kan..


haa.. kat sini banyak monyet jugak. kalau nampak monyet, cubala cari batang kayu untuk pertahanan diri.


nampak tanda 4000m rasa gembira sangat! sikit lagi. sikit lagi.


dan akhirnya.. 4700m. penamat! ini ketinggian terakhir yang kita boleh naik. puncak kita tak boleh naik sebab ada kem tentera ke apa tah. tapi tak boleh naik la..



pastu Kak Wahid kona bawak kami kat belakang kabel letrik nih. sebab nak tengok berapa tinggi kami naik.






masa ni jam lebih kurang pukul 12.00 tengahhari. tapi dah naik sampai atas nih, rasa sejuk jer.. tak macam tengahhari pon.



 memang best bila dapat tengok view macam nih. hari-hari dok tengok bangunan tinggi-tinggi dengan udara kotor dari asap kereta dan rokok. so,bila dapat dok atas nih, hirup udara segar dan tengok pemandangan hijau, tenang sangat..


hahaha.. kelakor plak tengok kegigihan Kak Salmi pegang monopod tu.. dah macam nak menyumpit. kihkih

dah puas layan pemandangan, nak turun pulak. turun pon mencabar gak. sebab bila part cerun tu, jari kaki suma kena berfungsi sebagai brek. memang sakit la bila jari kaki nak tahan berat badan. sebab tu kita kena berundur jugak untuk kurangkan tekanan.

secara keseluruhannya, kami ambik masa 5 jam untuk naik dan turun gurung. 3 jam naik, 2 jam turun. haha. punya la lama.. turun-turun, dah zohor. terus gerak pegi masjid. pastu baru sedar perut dah bekeroncong. yela.. pagi tadi makan roti canai jer. pastu kami pon gerak pegi restoran Mandela.

oleh kerana lapar yang tak menahan, terus order macam tak makan sebulan. haha. menu kami, puyuh masak kicap, tomyam campur, sotong goreng tepung, ikan siakap 3 rasa, kailan ikan masin. baru jer berat badan nak turun 2kg, terus naik 5kg. =P


nota : 
  • sediakan bekal air dan biskut dalam beg. sebab pendakian akan ambik masa yang agak lama. lapar dan dahaga perkara biasa bila badan bergerak aktif.
  • warm up dulu sebelum daki. dan jangan lupa cool down lepas habis daki.
  • daki secara perlahan dan banyakkan berzikir sepanjang pendakian untuk membina kekuatan.




terima kasih buat yang sudi membaca <3



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...