6 March 2014

nikmat juga satu ujian...

assalamualaikum...

pernah dulu.. aku persoalkan. kenapa? kenapa aku tengok mereka tu hidup sangat senang? macam tak ada masalah dalam hidup.. adakah Allah sedang melebihkan mereka? 

pernah dulu.. aku cemburu. aku sering memikirkan. kenapa aku tidak memiliki otak yang pandai seperti sahabat aku? dia sangat hebat tatkala memegang buku atau kitab. sekali baca, dah terus ingat. hafal Quran? hmm..kalau aku perlukan masa selama tiga hari untuk hafal 2 mukasurat dengan lancar, dia cuma perlukan beberapa jam sahaja untuk lancarkan bacaan. hebat bukan?

maka aku berfikir.. terus berfikir.. adakah aku sahaja yang diuji? mereka yang terus-menerus menerima nikmat tidak diuji? adakah Allah memilih dalam memberi kasih sayang?

jawapannya.. TIDAK.

seorang sahabat aku menegur... ' Naqhiah.. kita diuji dengan kesusahan. kita nampak ujian itu. maka kita merayu, meminta pertolongan kepada Allah. itu adalah tanda kasih Allah kepada kita. Dia tidak mahu kita lupakan Dia. tetapi mereka yang diberi nikmat juga diuji. malah ujian itu lebih besar daripada ujian kesusahan. kerana ujian kesenangan boleh membutakan mata hati dan menyebabkan kita lupa dan lalai terhadap Allah. orang yang diuji dengan kesenangan, jika hanyut, dia akan dibawa jauh dari Allah. maka, bersyukurlah kita yang serba kekurangan ni..'  T__T

maka, sejak detik itu.. aku sentiasa ikhlaskan diri dalam segala bentuk ujian yang diberikan Allah. 

ketika susah.. mohon pada Allah diberi segala kekuatan untuk menghadapinya dengan tenang.
ketika senang.. bersyukur kepada Allah. memohon supaya kesenangan ini tidak menjauhkan aku daripada Allah.

hakikatnya... Allah Maha Pengasih dan Penyayang. pada setiap ujian itulah kasih sayang Allah. maka, nikmat TuhanMu yang mana lagi yang kau dustakan?



" tiap- tiap diri akan merasai mati., dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan. dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. " surah Al- Anbiya ayat 35


terima kasih buat yang sudi membaca <3




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...