2 August 2013

eh? dah nak raya yer?

assalamualaikum...

kehidupan sejak dua menjak ni kembali menggila..stat jer keja, hidup aku dah mula tak tentu arah. kepala asyik pikir itu tak siap. ini tak siap. terkejar sana. terkejar sini. H.U.R.U.H.A.R.A okay..huhu. dek kerana itu, kehidupan sosial sedikit terganggu. ada yang PM dkt FB tak berbalas. yang mesej dekat phone tak reply. aku betul-betul tak daya..hoi! apahal bunyi macam aku nih penting sangat orang nak cari cari khenn..nyampah jer statement tak boleh bla. wahaha.

tapi sebenarnya aku nak menyampaikan rasa bersalah sebab asyik mengelat bila ada yang datang menegur. tak mau la orang pikir yang aku ni sombong, bongkak, takabur dan riak pulak..aku malas nak chatting2 sebab masa aku terhad sangat untuk on9. aku on9 kadang-kadang jer. tu pon cuma nak tengok info ataupun update yang penting. kalau dah takda apa-apa, memang cepat-cepat aku offline. phone aku plak memang dah lama benar aku tak topup. malas..

aku punya waktu keja dari pagi sampai petang. pukul 7 sampai pukul 1.30 untuk sekolah menengah. pukul 2.30 sampai pukul 5 pulak sekolah rendah. sampai rumah pukul 5.30 dah kelam kabut masak untuk berbuka. macam rajin kan? terpaksa sebenarnya sebab orang kat rumah ni tak suka sangat makanan kat bazar. kalau la ikutkan perasaan yang malas ni, nak jer aku suh diaorang suma berbuka dengan coco crunch. haha. keji gila!!. 

karang lepas berbuka kalut dengan terawih. pas terawih kena hadap plak keja-keja sekolah. i is penat..huhu. tapi demi setitik peluh petani, ku gagahkan jua. * dah kenapa dengan peluh petani? krik.krik.krik.krik. ( bunyi cengkerik )

aku + kerja = mustajab. begitu konsepnya..sebab aku ni macam mak nenek sikit. kalau kerja lebih sikit ja, mula la badan jadi sengal-sengal. sebab tu aku tak tinggal pon mustajab..kalau ikutkan hati, nak jer aku culik kerusi Rest n Go dekat Tesco nuu..apakan daya, mustajab jela yang mampu. haha

keja punya keja, sampai aku dah tak sedar pon yang kita ni nak dekat raya. aku macam takda rasa pon. yang aku pikir selalu dalam kepala, paper exam budak-budak tak siap lagi. ( dalam tempoh 2minggu kena submit 11 paper exam. aku macam nak meninggal cari masa untuk buat soalan. huhu ) 

sampailah satu hari tu aku bukak radio dalam kereta dengar lagu raya. aku macam wat muka heran. apa nihh..radio ni suka over tau! lambat lagi la raya..dia pasang lagu raya awal-awal ni pasai pa? pastu pegi dekat sekolah, bila borak dengan anak murid jer, diaorang sebut raya.raya. 

* eh, dah nak dekat raya yer? 
* yala ustazah..minggu depan kan kita raya.jumaat besok mesti ramai yang tak datang sekolah punya. dah nak balik kampung..
* laaa...tak sedar..huhu




jom la kita shopping raya...

jalan dekat KL ni memang menyampahkan? asyik jem memanjang..aku malas sebenarnya dengan jalan kat KL nih, tapi mana lagi nak shopping. nak harapkan pekan Rawang? apa pon tak boleh..haha! ( bergambar dalam kereta kerana nak menyampaikan motif bahawa, kami menunggu dalam kereta lebih lama daripada pegi shopping )


bukak puasa dekat luar itu hari...ikan dia besauuuu...jadi kami merasa sangat bahagia walaupun penat. hehe

sebenarnya shopping tak habis lagipon. banyak lagi barang yang belum beli. tahun ni pon kuih tunjuk-tunjuk jer. tak sempat nak buat. tapi tah la..mungkin last minit kita gagahkan diri jugak wat kuih. hehe. tapi kemungkinan adalah 50/50..sebab cik naqhiah ni kan pemalas orangnya..=P

ok la..korang korang yang nak balik kampung atau yang tengah siap-siap nak balik kampung tuh, drive carefully hokay! jalan time raya ni memang mencabar sikit. dengan kereta banyak. polis pon banyak. accident pon boleh tahan banyak. so, jaga diri hiasi peribadi ingatlah orang yang tersayang! 


terima kasih buat yang sudi membaca <3


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...